Monday 15 June 2015

Thailand sita aset RM11.2 juta


GAMBAR yang dirakam pada 20 Mei lalu menunjukkan sebahagian pelarian Rohingya di atas bot semasa ditunda menuju ke Kuala Simpang Tiga, Aceh, Indonesia. - AFP


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menyita aset bernilai lebih AS$3 juta (RM11.2 juta) dipercayai dimiliki individu yang terbabit menyeludup pelarian Rohingya dari Myanmar, lapor The Bangkok Post semalam.
Pejabat Anti-Penggubahan Wang di sini juga merampas wang tunai kira-kira AS$1 juta (RM3.75 juta) di dalam akaun bank milik dalang kepada aktiviti pemerdagangan manusia itu.
The Bangkok Post turut melaporkan bahawa pihak kerajaan juga sedang memeriksa transaksi terkini akaun bank Leftenan Jeneral Manas Kongpang, seorang pegawai kanan tentera yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan pelarian tersebut.
Nasib pelarian Rohingya menjadi perhatian di rantau ini selepas penemuan kubur besar yang mengandungi puluhan mayat pelarian di Thailand pada bulan lepas. Kubur-kubur sama turut ditemui di Malaysia.
Tindakan keras kerajaan Thailand terhadap rangkaian pemerdagangan manusia menyebabkan ratusan pendatang asing terkandas di dalam bot di perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pegawai tinggi kerajaan dan tentera Thailand terlibat dalam isu pemerdagangan manusia itu. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3d5GJDSPe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment