Wednesday 28 October 2015

Kerajaan Myanmar rancang rusuhan agama di Rakhine?

gambar fail bertarikh 10 Jun 2012 memaparkan dua orang penduduk

GAMBAR fail bertarikh 10 Jun 2012 memaparkan dua orang penduduk yang bersenjatakan parang, melintasi sebuah rumah yang terbakar akibat sengketa agama di Sittwe, Rakhine, Myanmar. REUTERS
YANGON 27 Okt. – Kerajaan Myanmar dipercayai menjadi dalang rusuhan agama di negeri Rakhine pada 2012 yang menyaksikan etnik minoriti Rohingya dibunuh, ditindas, dan mencetuskan krisis orang hanyut di rantau Asia Tenggara, lapor portal Al Jazeera.
Menurut pendedahan Unit Penyiasatan Al Jazeera yang memetik laporan pertubuhan hak asasi manusia, Lowenstein Clinic, siasatan selama lapan bulan di Myanmar menunjukkan bukti kukuh bahawa rusuhan yang berlaku di Rakhine dirancang oleh Yangon.
Laporan bertajuk Genocide Agenda itu mendedahkan, kerajaan mencetuskan kekecohan antara etnik Rohingya dan penduduk beragama Buddha bagi meraih kepentingan politik dengan menyebarkan mesej berbaur kebencian bagi menakutkan rakyat tentang bahaya kehadiran penduduk beragama Islam.
Selain itu, kerajaan dipercayai menawarkan wang kepada kumpulan pelampau Buddha yang menyokong pucuk pimpinan kerajaan bagi menyemarakkan lagi kebencian terhadap etnik Rohingya.
Pengarah Inisiatif Jenayah Negara Antarabangsa (ISCI), Profesor Penny Green mendakwa, Presiden Myanmar, Thein Sein turut menggunakan mesej berbaur kebencian untuk kepentingan kerajaan dengan langkah meminggir, mengasing dan mengurangkan populasi penduduk Islam di negara itu.
“Keganasan yang berlaku tidak melibatkan isu agama, tetapi telah dirancang dengan mencetuskan kemarahan penduduk Buddha di Rakhine untuk membunuh penduduk Rohingya.
“Segala perancangan dibiayai oleh pihak tertentu yang merancang mencetuskan rusuhan dengan teliti,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kerajaan-myanmar-rancang-rusuhan-agama-di-rakhine-1.151476#sthash.YD2hgMIU.dpuf

Saturday 24 October 2015

Mana mau lari...

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my
Pelabuhan Klang: Lebih dua ratus warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Pulau Indah, di sini, yang dijadikan kediaman, awal pagi tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen 1, Jabatan Imigresen Putrajaya, Hazizan Abdullah, berkata warga asing berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan atas kesalahan antaranya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja tamat tempoh.

Beliau berkata, premis dibahagikan kepada bilik kecil dijadikan kediaman warga asing yang kebanyakkannya bekerja di kilang berhampiran taman perindustrian berkenaan.

"Seramai 750 warga asing diperiksa dalam serbuan berkenaan dan mereka yang ditahan berasal dari Nepal, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan Indonesia di bawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

"Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tidak memiliki permit kerja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 3:41 PM

IHSAN pembaca HM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87815#sthash.Eo3DczBJ.dpuf

‘Lima bulan hidup di laut’

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my
Pelabuhan Klang: “Kami terpaksa berada di lautan selama lima bulan kerana cubaan masuk ke Malaysia, Thailand dan Indonesia gagal,” kata pelarian Rohingya, Hasina, 35, yang ditahan bersama 33 lagi pelarian lain ketika cuba masuk ke negara ini, pagi semalam.


Dia ditahan jam 10.20 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pelabuhan Klang selepas bot dinaiki dari Tanjung Balai, terkandas di benteng pasir pada kedudukan satu batu nautika Pulau Ketam.

Katanya, dia terpaksa menggadai nyawa menaiki bot untuk datang ke Malaysia dengan harapan negara ini memberi ‘sinar’ kepada dia sekeluarga.

“Saya membayar dua juta Rupiah Indonesia (RM620) kepada sindiket sebagai tambang untuk datang ke Malaysia,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, pihaknya menahan 40 warga asing masing-masing enam Indonesia dan 34 pelarian Rohingya berusia dari enam bulan hingga 39 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:07 AM

Sebahagian pelarian Rohingya ke Malaysia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pelabuhan Klang, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87754#sthash.gk2C28yP.dpuf

Friday 23 October 2015

Suu Kyi bela hak ekspatriat


Aung San Suu Kyi

23 OKTOBER 2015
Aung San Suu Kyi

NAYPYIDAW - MYANMAR. Pengerusi Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD),  Aung San Suu Kyi berkata beliau akan berusaha untuk mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan negara jiran dan melindungi hak ekspatriat.

"Pada masa kini, negara kita perlu mempunyai hubungan lebih baik dengan negara jiran dalam usaha bagi mencapai pembangunan. Ia penting untuk kita dan negara lain. Rakyat harus menikmati perlindungan di negara ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau turut melihat situasi di mana ramai rakyat negaranya terpaksa ke luar negara dan meninggalkan keluarga demi mencari nafkah berikutan kekurangan peluang pekerjaan di Myanmar.

"Sistem yang diaplikasikan pada masa ini tidak mewujudkan peluang kerja sejak lebih 50 tahun lalu. Kita perlu mengubah sistem sistem pendidikan dan mewujudkan peluang ekonomi bagi membantu rakyat tempatan," katanya.

Suu Kyi juga menggesa kerajaan untuk memberi perlindungan kepada semua rakyat di negara asing kerana ia merupakan tugas utama kedutaan, lapor Eleven Myanmar.

Awas gelombang kedua orang hanyut

Malaysia turut diberi amaran oleh Amnesty International

Migrants swim to collect food supplies dropped by a Thai army

Gambar fail merakamkan beberapa pendatang asing terjun ke laut untuk mengutip bekalan makanan yang digugurkan dari sebuah helikopter tentera Thai di Laut Andaman di perairan Koh Lipe. – AFP
YANGON 22 Okt. - Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menasihatkan Malaysia, Thailand, dan Indonesia supaya membuat persediaan bagi mengelak gelombang kedua krisis orang hanyut yang dijangka berlaku selepas habis musim monsun awal tahun depan.
Menurut penyelidik pelarian pertubuhan itu, Anna Shea, dalam tempoh enam bulan pada awal tahun ini, lebih 31,000 orang hanyut dilapor menaiki bot penyeludup manusia, jumlah yang besar berbanding tahun sebelum ini.
Katanya, peningkatan trend itu dijangka berterusan sekali gus memerlukan tindakan segera kerajaan bagi mengelak isu orang hanyut berulang yang menyaksikan pendatang asing dari Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar di­seksa, dipukul, dan ditahan untuk wang tebusan termasuk dibunuh.
“Pendatang yang kami temui mendakwa ‘bernasib baik’ dapat sampai ke daratan, kerana ramai yang mati di laut atau diseludup untuk menjadi buruh paksa.
“Kerajaan mesti bertindak pantas bagi menghalang tragedi itu daripada berulang,’’ kata Shea dalam satu kenyataan sebagaimana lapor portal Myanmar Times.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini melaporkan, sebanyak 370 kematian orang hanyut dicatat di laut dari Januari hingga Jun lalu, namun Amnesty International menganggarkan jumlah mangsa sebenarnya lebih ramai berdasarkan temu ramah dengan mereka yang selamat tiba di Indonesia, yang turut dipaparkan dalam dokumentari, Deadly Journeys.
Oleh itu, pertubuhan tersebut menasihatkan Malaysia, Thailand, dan Indonesia supaya membuat persediaan dengan mewujudkan pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam perkembangan berkaitan, agensi berkenaan turut menggesa Myanmar supaya menangani isu-isu yang membuatkan etnik Ro­hingya melarikan diri termasuk ketegangan kaum dan layanan berat sebelah terhadap masyarakat minoriti tersebut.
Kumpulan pemantau itu pada masa sama mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan etnik Rohingya status kerakyatan termasuk memansuhkan undang-undang kontroversi berkaitan kaum dan agama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/awas-gelombang-kedua-orang-hanyut-1.149526#sthash.b2bxot8m.dpuf

Saturday 17 October 2015

Suu Kyi berkempen di Rakhine

Suu Kyi berkempen di Rakhine

Suu Kyi (tengah) dikerumuni penyokong ketika beliau tiba untuk berkempen di bandar Thandwe, semalam.
THANDWE - RAKHINE. Pemimpin parti pembangkang, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi tiba di Rakhine untuk pertama kali, semalam bagi menyertai kempen pilihan raya selama tiga hari di selatan negeri tersebut menjelang proses pengundian pada 8 November depan.
Bagaimanapun, jurucakapnya memaklumkan Suu Kyi tidak akan melawat kawasan bergolak di Sittwe dan utara negeri terbabit di mana parti pimpinannya berdepan saingan sengit daripada Parti Kebangsaan Arakan (ANP) yang disokong gelombang nasionalisme serta peningkatan sentimen anti-Islam.
Lapor  AFP sebelum ini, kumpulan pelampau di Rakhine mendakwa penerima Hadiah Nobel Keamanan itu dilihat cuba untuk bergaul mesra dengan penduduk Islam di negeri tersebut.
Dakwaan tersebut dikatakan bertentangan dengan kenyataan media tempatan dan antarabangsa sebelum ini berikutan pemimpin berusia 70 tahun itu pernah dikritik kerana berdiam diri seakan tidak mahu campur tangan dalam isu penindasan ke atas etnik minoriti, Rohingya.
Dalam wawancara bersama India Today baru-baru ini, Suu Kyi bertindak mempertahankan sikap berdiam diri beliau kerana ia adalah salah satu cara untuk mencapai perdamaian.
Menurutnya, pesaing NLD cuba untuk menggunakan agama dan kebangkitan gerakan nasionalis sebagai sebahagian daripada kempen politik mereka.

Thursday 15 October 2015

8 kumpulan tentera pemberontak tandatangan perjanjian gencatan senjata

KHAMIS, 15 OKTOBER 2015 @ 4:04 PM


PRESIDEN Myanmar, Thein Sein (tengah) menyambut diplomat semasa Perjanjian Gencatan senjata Nationwide (NCA) majlis di Myanmar Pusat Konvensyen Antarabangsa di Naypyitaw, Myanmar. - Foto EPA


NAYPYITAW, Myanmar: Kerajaan Myanmar dan lapan kumpulan tentera pemberontak etnik minoriti menandatangani perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan peperangan lebih enam dekad. Bagaimanapun kumpulan pemberontak yang lebih berkuasa enggan menyertai perjanjian itu sekali gus memberi isyarat bahawa keamanan akan kekal sukar untuk beberapa tempoh yang akan datang. Perjanjian itu ditandatangani pada satu majlis di pusat pentadbiran Myanmar, Naypyitaw, oleh Presiden Thein Sein dan wakil kumpulan pemberontak. Keengganan kumpulan pemberontak yang lebih besar seperti etnik Kachin dan Wa untuk menandatangani perjanjian itu dilihat menggagalkan usaha Thein Sein yang mengharapkan pencapaian terbesar dalam tempoh lima tahun pentadbirannya. Namun, perjanjian yang dinamakan Perjanjian Gencatan Senjata Negara dilihat sebagai langkah pertama ke arah menamatkan pemberontakan yang wujud sejak sekian lama terhadap kerajaan majoriti Myanmar oleh pelbagai etnik minoriti yang menuntut autonomi dan kawalan ke atas sumber semula jadi mereka di utara, timur laut dan timur negara. Kumpulan etnik yang mewakili 40 peratus daripada 52 juta rakyat di negara ini mendapati diri mereka sebagai mangsa penganiayaan tentera dan diskriminasi dalam perkhidmatan kesihatan dan pendidikan termasuk pembinaan jalan raya dan bekalan elektrik. - A

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89194

Tuesday 13 October 2015

Siasatan kes rogol pelarian Rohingya masih tertangguh


Banda Aceh: Masalah bahasa menyebabkan siasatan kejadian rogol tiga wanita pelarian Rohingya di kem penempatan di bandar ini tertangguh, kata polis.

Ketua polis daerah Lhokseumawe, Anang Triarsono berkata, tujuh saksi termasuk seorang wanita disoal siasat, tetapi sehingga kini tiada suspek dikenal pasti.

Bulan lalu, empat wanita dan enam lelaki Rohingya berusia 14 hingga 28 tahun ditahan sekumpulan lelaki tempatan ketika mahu meninggalkan kem penempatan mereka.

Mereka mendakwa kumpulan lelaki bertopeng itu memukul mereka dan merogol tiga wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia 14 tahun.

Kejadian itu mencetuskan bantahan lebih 200 pelarian Rohingya yang mengancam meninggalkan kem penempatan di Blang Adoe.

Semua pelarian itu diselamatkan pihak berkuasa Indonesia selepas bot nelayan yang dinaiki mereka hanyut ke perairan Aceh empat bulan lalu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 6:55 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84684#sthash.VCLwtqYO.dpuf

Sunday 4 October 2015

Presiden Myanmar berdepan saman


WARTAWAN SINAR HARIAN
Presiden Myanmar, Thein Sein

4 OKTOBER 2015
Presiden Myanmar, Thein Sein

YANGON - MYANMAR . Aktivis Muslim di Myanmar telah memfailkan tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Thein Sein, menuduh beliau dan beberapa menteri Kabinetnya melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik minoriti Rohinghya.

Tuntutan saman itu difailkan pada Khamis lalu di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

Menurut plaintif, etnik Muslim Rohingya menjadi subjek kepada pembunuhan beramai-ramai, penderaan serta didiskriminasi oleh pegawai-pegawai yang dikawal Thein Sein dan menteri-menterinya.

"Tuntutan sivil ini bertujuan menuntut ganti rugi dan hukuman atas kesalahan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya oleh Thein Sein dan konco-konconya," menurut jurucakap Burma Task Force.

Burma Task Force adalah badan yang mewakili 19 pertubuhan Islam di Myanmar.

Difahamkan, ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan bagi hakim untuk memutuskan sama ada kes tersebut boleh diteruskan. - Reuters

Thursday 1 October 2015

Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol


Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol

1 OKTOBER 2015
Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol Anggota polis Indonesia mengiringi wanita Rohingya selepas didakwa dirogol di sebuah kem pelarian. - Foto AFP

JAKARTA - INDONESIA. Sekumpulan remaja etnik Rohingya mendakwa telah dipukul dan dirogol di kawasan perkhemahan pelarian di Indonesia.

Empat wanita dan enam lelaki berusia antara 14 dan 28 tahun yang cuba melarikan diri ke negara jiran Malaysia memberitahu, mereka ditahan sekumpulan lelaki bertopeng berhampiran kem sebelum dibawa masuk ke dalam hutan.

Mereka juga memaklumkan turut dipukul dan tiga daripada rakan wanita dirogol kumpulan lelaki tersebut.

Menurut timbalan ketua perwakilan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi di Indonesia, Steve Hamilton, ketegangan di kawasan kem berkenaan tercetus kelmarin selepas salah seorang wanita dibawa pihak berkuasa ke hospital dengan kekerasan.

"Keadaan menjadi panik dan huru hara apabila pelarian Rohingya yang lain cuba untuk menghentikan ambulans," katanya.

Kelmarin, lebih 200 orang Rohingya bertindak meninggalkan kem dengan membawa pakaian dan bekalan lain sebelum berjaya dipujuk untuk kembali ke kem. - Press TV