Sunday 28 April 2013

Beginilah nasib saudara Islam kita di Burma.



Beginilah nasib saudara Islam kita di Burma. Meskipun tak sanggup nak post, tapi spy org tahu, post jugalah. Ya Allah! Bantulah sauda seIslam kami di Burma, kuatkanlah kesatuan jemaah mereka dlm menghadapi ujian dan dugaan dariMu Ya Allah, dan teguhkanlah hati2 mereka dlm menggapai redhaMu.

اللهم انصر إخواننا المظلومين في بورما

Marilah sama2 share agar dunia TAHU!!

Thursday 25 April 2013

Kejam! Rakaman Lelaki Islam Dibakar Hidup-Hidup Di Myanmar

Kenapakah wujud manusia yang kejam, bermusuhan dan saling berbunuhan antara satu sama lain? Kes terbaru ini berlaku di Myanmar di mana aktiviti perbersihan etnik besar-besaran pada abad ini sedang berlaku, dengan kekejaman tahap maksima dilakukan terhadap etnik Rohingya yang beragama ISLAM. Seorang lelaki Islam baru-baru ini dibakar hidup-hidup tanpa sebarang belas kasihan dan bantuan! Polis pula hanya memerhati tanpa menghalang perlakuan kejam ini.
Penjenayah Kemanusiaan
Pertubuhan hak asasi kemanusiaan mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.
Video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.
Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.
Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.
Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati.
Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.
Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran.
Berikut beberapa lagi gambar kekejaman yang dilakukan:
 Cornered: After a Muslim district is set on fire people are seen fleeing
the fire into the bushes, but a young Muslim man is forced into the
open
 Beating: The rioters can be seen chasing a man wearing black through the long grass and hitting him with sticks
 Slaughter: He is pushed on to the ground before a savage blow with a
sword strikes him and he is left on the ground, presumed dead
Perbersihan Etnik Terbesar Sejak Era Hitler
Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut.
Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York.
Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas
perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu.
“Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka,” kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.
Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu.
Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali.
Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing.
sumber: dailymail.co.uk, sinar harian, kosmo, billyinfo.blogspot.com

Wednesday 24 April 2013

Wawancara Tragis Dengan Seorang Muslim Di Burma : Tolong Selamatkan Hidup Kami!


BURMA-Di bawah ini adalah sebuah wawancara dengan seorang lelaki Muslim yang sedang bersembunyi di Burma pada 17 Juli 2012. Menurut pewawancara, hal tersebut sulit untuk menguraikan segalanya bahwa ia mengatakannya (sambil) menangis pada seluruh permohonannya ini.

“Ini adalah hidup kami. Kami berada dalam sebuah situasi yang sangat sulit. Hidup kami sulit…

Jadi tolong … dengan kekuatan … tolong cobalah untuk menyelamatkan hidup kami … sungguh-sungguh aku tidak memiliki seorang pun untuk menjelaskan bagaimana mereka telah (mempengaruhi) kehidupan kami … tolong, cobalah untuk menyelamatkan hidup kami … tolong berhubungan dengan orang lain, tolong …

Aku berharap semua orang (akan mencoba untuk) menyelamatkan hidup kami…. tolong cobalah untuk menyelamatkan hidup kami, kami sangat …

Hingga saat ini kami tidak memiliki informasi dari para saudara dan saudari kami… tolong cobalah untuk menyelamatkan hidup dan kehormatan kami …(??) titik lemah kami adalah karena kami adalah orang Muslim…kami tidak memiliki titik lemah lagi, pada saat mereka mencoba untuk mengakhiri (memadamkan) Islam … mereka mencoba untuk membunuh hidup kami… (tolong hubungi negeri-negeri Islam dan agen-agen berita lainnya) kami sekarat … kami akan mati dengan diri kami sendiri… kami tidak dapat pergi ke perkampungan lainnya karena perbatasan imigrasi sedang menunggu untuk membunuh kami.. mereka sedang menunggu kami…titik lemah kami adalah hanya karena kami adalah orang Muslim…tolong cobalah untuk menyelamatkan nyawa kami… dalam banyak waktu aku telah mendengar di kota-kota lainnya… dari banyak orang aku telah mendengar hal ini… mereka telah memperkosa Muslimah… mereka melaporkan bahwa 171 orang dipenjara.. seluruh wanita, mereka bahkan tidak memiliki sebatang korek untuk membakar (perapian) untuk memasak nasi… mereka hanya memakan pohon-pohon pisang hijau… disana bahkan tidak ada lagi pohon pisang untuk mereka makan…jadi tolonglah, jangan lupakan tentang itu…

Tolong cobalah untuk menyelamatkan hidup kami dengan membagikan informasi ini dengan negeri-negeri lainnya… anak-anak kami sedang sekarat…lebih dari 1000 nyawa sudah terbunuh di desaku – mereka juga seperti-ku, aku pun seperti mereka …’

Wawancara ini terjada pada tanggal 17 Juli 2012.



(KabarDuniaislam/al-mustaqbal.net)

Rakaman lelaki Islam dibakar tersebar

Rakaman lelaki Islam dibakar tersebar
Mangsa yang dibakar hidup-hidup dibiarkan menderita dan orang ramai hanya menyaksikan kejadian itu di tengah bandar Meiktila.
YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.

Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.

Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.

Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.

"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.

Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.

Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran. 

Tuesday 23 April 2013

Kempen hapus etnik Rohingya



Gambar dirakam pada Jun tahun lalu dan dikeluarkan Human Rights Watch (HRW) semalam, menunjukkan sekumpulan penduduk Rakhine yang memegang senjata, menyelamatkan diri dari kebakaran besar yang berlaku di sebuah kampung di negeri Rakhine, Myanmar. - AFP
BANGKOK 22 April - Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW), menuduh Myanmar melancarkan satu kempen pembersihan etnik terhadap penduduk Rohingya yang beragama Islam berdasarkan bukti penemuan kubur-kubur besar dan pengusiran etnik tersebut.
Badan hak asasi manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, etnik Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan di Myanmar menghadapi jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, didakwa dan diusir.
HRW berkata, pemimpin masyarakat dan sami Buddha menganjur dan menggalakkan orang ramai dengan sokongan pasukan keselamatan melancarkan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di Rakhine pada Oktober lalu.
''Kerajaan Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik terhadap (etnik) Rohingya dan ia berterusan sehingga hari ini melalui penafian bantuan kemanusiaan dan mengehadkan pergerakan,'' kata Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson.
''Di Rakhine, lebih 125,000 etnik Rohingya dan penduduk Islam dihalau, dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka,'' kata badan hak asasi itu.
Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam dua keganasan melibatkan penganut Buddha dan Islam di Rakhine sejak Jun lalu, berdasarkan angka kematian rasmi, namun HRW mempercayai jumlah tersebut lebih tinggi.
Dalam laporan berdasarkan temubual dengan lebih 100 orang, HRW berkata, pihaknya menemui empat kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti jenayah.
''Dalam satu contoh pada Jun lalu, sebuah trak kerajaan membuang 18 mayat tanpa pakaian dan separuh bogel berdekatan kem pelarian Rohingya, dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan etnik Rohingya supaya terus meninggalkan Myanmar,'' kata HRW.
HRW menuduh pihak berkuasa memusnahkan masjid dan melakukan penangkapan besar-besaran di Rakhine.
''Pasukan keselamatan tidak mempedulikan atau turut membantu penganut Buddha menyerang anggota masyarakat Islam,'' kata badan hak asasi manusia itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130423/lu_04/Kempen-hapus-etnik-Rohingya#ixzz2REsVNzP9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pakatan usir Muslim Rohingya

Pakatan usir Muslim Rohingya
Foto daripada HRW menunjukkan seorang anggota polis mengacu senapang ketika keganasan etnik meletus di Sittwe, Rakhine. - Foto AFP Bangkok: Kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di negeri Rakhine dan kubur mangsa bunuh beramai-ramai ditemui.

Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) di sini semalam.
Penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah, lapor HRW yang berpejabat di New York.


Galak rusuhan

Pertubuhan itu menuduh pihak berkuasa Myanmar, pemimpin komuniti dan sami menganjur dan menggalakkan rusuhan dengan sokongan pasukan keselamatan negeri menyerang perkampungan Rohingya di Rakhine, Oktober lalu.

Kerajaan Myanmar melakukan penghapusan etnik terhadap penduduk Rohingya sehingga hari ini dengan menafikan bantuan dan menyekat kebebasan bergerak, kata Timbalan Pengarah HRW di Asia, Phil Robertson.

Penghapusan etnik secara asasnya ditakrif sebagai dasar satu etnik atau kumpulan agama untuk menghapuskan kumpulan lain dari kawasan tertentu secara ganas.
Di Rakhine, lebih 125,000 penduduk Rohingya yang dipaksa meninggalkan kediaman mereka, tidak diberi bantuan kemanusiaan dan tidak dapat pulang ke rumah mereka.

180 mati

Selain itu, 180 orang mati dalam dua keganasan etnik di Rakhine sejak Jun 2012, kata angka rasmi tetapi HRW percaya angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan 100 temu bual, HRW mendapat bukti empat kawasan kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti pembunuhan. - AGENSI

Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya



GAMBAR yang dirakam pada Jun 2012 menunjukkan penduduk tempatan menyelongkar dan mencuri di tapak sebuah masjid yang musnah selepas keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di Satwe, negeri Rakhine.- AFP


BANGKOK - Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut.
Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York.
Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu.
"Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.
Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu.
Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali.
Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2REiqTY9w 
Hakcipta terpelihara 

Thursday 18 April 2013

GENOSIDA ATAS KAUM MUSLIM DI BURMA-MIYANMAR



"Saudara kami di Burma, maafkanlah jika yang kami bisa baru sekadar memberitahu dunia tentang penderitaan yang menimpa kalian." ... Muslim Burma diusir dan dibunuh karena kekhawatiran kafir budha akan pengaruh muslim di sana, karena muslim menguasai ekonomi, transportasi, konstruksi, perdagangan dll. terlebih setelah muslim memiliki jalur politik. kekhawatiran burma akan menjadi seperti indonesia, dimana dulu muslim minoritas berubah menjadi mayoritas bukan sekedar rumor. sehingga mereka kafir budha ini merespon dengan mengusir, membunuh, boikot ekonomi dan menghancurkan semua yang ada. Walau sejarah membuktikan, bahwa negara ini dulu dikuasai oleh kaum muslimin. Genosida atas kaum muslim masih terus berlanjut di Suria, Palestina, Burma, dan beberapa negara lainnya.

EU sedia batal sekatan terhadap Myanmar



BRUSSELS 18 April - Kesatuan Eropah (EU) dijangka membatalkan kesemua sekatan yang dikenakan terhadap Myanmar bermula minggu depan, kecuali membabitkan sekatan senjata, sebagai pengiktirafan usaha reformasi politik di negara tersebut.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Reuters melaporkan, EU telah bersetuju untuk menarik semula sekatan itu selama setahun dan akan berkuatkuasa bermula Isnin depan.
Penarikan semula sekatan terbabit dipersetujui selepas Presiden Thein Sein melakukan perubahan drastik politik Myanmar ke arah demokrasi berbanding pemerintahan junta tentera sebelum ini.
Bagaimanapun, sekatan terhadap urusniaga senjata masih dikekalkan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_04/EU-sedia-batal-sekatan-terhadap-Myanmar#ixzz2Qldftc8C
© Utusan Melayu (M) Bhd