Thursday, 25 July 2013

Anak-anak kecil di Burma


Anak-anak kecil di Burma. Hidup dalam kemiskinan, diancam, dizalimi dan dibunuh. Doakan mereka. HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL

Tuesday, 23 July 2013

selamatkan rohinya

The ‪#‎Mujahideen‬ who are in Bangladesh are now in the doorsteps of Burma to answer the barbaric inhuman carnage and slaughter of their fellow Muslim brothers an sisters in ‪#‎Burma‬ 

Almost 3,900 Mujahideen are already fighting the oppressive Burmese forces in cities like ‪#‎Arakan‬ and nearly 12,000 Mujahideen are waiting for their chance from ‪#‎Bangladesh‬ and ‪#‎Indonesia‬

The tides are turning ! Pray for the lions of Islam !

VIA: Ummah Of Muhammad
 

Monday, 22 July 2013

Pemerintahan darurat ditarik balik



YANGON - MYANMAR. Myanmar menarik semula perintah darurat susulan daripada rusuhan etnik hingga menyebabkan berpuluh maut di Meiktila, Myanmar, Mac lalu.

Media tempatan melaporkan kepada AFP, pegawai tentera sebagai berkata, perintah itu di batalkan berikutan kawasan tersebut kembali aman.

“Kami jamin keadaan terkawal dan kembali tenang, pasukan keselamatan ditempatkan di kawasan panas untuk memantau keadaan terutama dalam bulan Ramadan ini,” menurut kenyataan itu.

Pada kejadian Mac lalu, seramai 44 disahkan terbunuh apabila pertempuran tercetus antara penganut Buddha dan Muslim hingga menyebabkan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa menyelar tindakan pasukan keselamatan yang lambat bertindak.

Wednesday, 17 July 2013

Myanmar janji bebaskan tahanan politik

Myanmar janji bebaskan tahanan politik
Dua aktivis memakai topeng muka Thein Sein dan Cameron sebagai provokasi agar pemimpin itu membebaskan tahanan politik serta pembelaan masyarakat Islam Rohingya.
LONDON - ENGLAND. Presiden Myanmar, Thein Sein, mengeluarkan kenyataan akan membebaskan semua tahanan politik sehingga akhir 2013 selain menyokong kemungkinan gencatan senjata buat pertama kali sejak enam dekad lalu.

"Sehingga penghujung tahun ini, tiada lagi individu yang menjalani hukuman penjara di bawah pertuduhan politik," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron, di London, kelmarin.

Dipetik PressTV, sekumpulan aktivis tempatan mengadakan protes selama dua hari ketika kedua-dua pemimpin itu berjumpa untuk membincangkan isu hak asasi kemanusiaan penduduk Asia.

Kira-kira 30 aktivis dari kumpulan Avaaz berhimpun di pekarangan Parlimen Britain dengan membawa kain rentang bertulis 'Cameron, don't let Burma become the next Rwanda', iaitu mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai pada 1994.

Bagaimanapun, Thein Sein dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, beliau telah membubarkan pasukan keselamatan yang dituduh mencabuli hak asasi masyarakat Islam Rohingya di Rakhine, barat Myanmar.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 237 orang dilaporkan terbunuh di Myanmar membabitkan keganasan etnik sejak beberapa tahun lalu dan kira-kira 150,000 lagi menjadi pelarian. 

Friday, 12 July 2013

Rohingya cari bantuan senjata, wang tunai


Jakarta: Dua pemimpin Rohingya berada di Indonesia baru-baru ini untuk berunding dengan kumpulan pelampau bagi mendapatkan bantuan dan sokongan.

Mereka yang dikatakan mengetuai kumpulan militan Rohingya di Myanmar berhasrat untuk mendapatkan pejuang, senjata api, wang tunai dan jurulatih membuat bom. Mereka yang terdiri daripada ulama, Abu Arif dan komander, Abu Shafiyah , mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Solidariti Rohingya (RSO). - Agensi

PBB beri amaran kepada kerajaan Myanmar


Ban Ki-moon memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan keganasan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya. - AGENSI
GENEVA 11 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya Islam biasanya dilakukan oleh penganut Buddha yang telah menyebabkan beratus-ratus orang maut pada tahun lalu, sekali gus mengancam pembaharuan politik yang dibawa oleh Presiden Thein Sein.
"Adalah penting untuk pihak berkuasa Myanmar mengambil langka perlu bagi menangani masalah komuniti minoriti di negara itu, termasuk tuntutan kerakyatan daripada etnik Rohingya.
"Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu tersebut berisiko 'merosakkan proses pembaharuan dan memberi kesan serantau'," kata Ki-moon.
Ki-moon mengeluarkan amaran itu ketika menghadiri mesyuarat duta-duta PBB dari 'Kumpulan Negara Rakan Myanmar' yang dianggotai Australia, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Norway, Rusia, Singapura, Thailand, Britain, Amerika Syarikat, Vietnam dan Lithuania.
Duta-duta PBB dari negara Islam semalam turut menyatakan Myanmar tidak boleh menyertai komuniti negara demokrasi jika tidak melindungi hak kumpulan minoriti.
"Mengadakan pilihan raya sahaja tidak cukup untuk menjadi sebuah negara demokrasi. Pembunuhan dan penyeksaan ke atas kumpulan minoriti perlu dihentikan," kata Duta Arab Saudi ke PBB, Abdallah Yahya al-Mouallemi.
Menurutnya, etnik Rohingya telah dihalang daripada mendapatkan kewarganegaraan, bekerja, disekat perjalanan, tidak dibenarkan mengerjakan ibadat dan dihalang untuk dikebumikan dengan sempurna.
Duta Djibouti ke PBB, Roble Olhaye yang mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula berkata, etnik Rohingya hidup dalam 'pengasingan kekal sama seperti pembersihan etnik' di Myanmar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130712/lu_02/PBB-beri-amaran-kepada-kerajaan-Myanmar#ixzz2YmloiKTd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 11 July 2013

PBB beri amaran kepada Myanmar


GENEVA 11 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan penganut Buddha ke atas penduduk minoriti Islam jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya Islam di negara yang majoritinya dihuni oleh penganut Buddha ini telah menyebabkan beratus-ratus orang maut pada tahun lalu, sekali gus mengancam pembaharuan politik yang dibawa oleh Presiden Thein Sein.
“Adalah penting untuk pihak berkuasa Myanmar mengambil langkah perlu menangani masalah komuniti minoriti, termasuk tuntutan kerakyatan daripada etnik Rohingya.
“Kegagalan kerajaan Myanmar menangani isu itu berisiko ‘merosakkan proses pembaharuan dan memberi kesan serantau’," kata Ki-moon. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130711/lu_10/PBB-beri-amaran-kepada-Myanmar#ixzz2Yjx8M7Xb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 3 July 2013

Sri Lanka haramkan majalah Time

Sri Lanka haramkan majalah TimeSri Lanka adalah negara ketiga haramkan penjualan Time.
COLOMBO- SRI LANKA - Kerajaan Sri Lanka mengharamkan pengeluaran majalah Time edisi 1 Julai bertajuk The Face of Buddhist Terror , mengenai isu pertelingkahan etnik Myanmar, semalam.

Jurucakap jabatan kastam, Leslie Gamini berkata, pihaknya terpaksa bertindak sedemikian kerana majalah berkenaan menggunakan foto sami terkenal Myanmar sebagai muka depan selain bakal mencetuskan sentimen
pergaduhan antara etnik Buddha dan Islam.

"Dengan menggunakan kuasa perundangan, majalah tersebut terpaksa diharamkan. Kita tidak harus membenarkan isu berkenaan tersebar seluruh Sri Lanka kerana ia mampu mengundang pergaduhan," kata Gamin dipetik AFP

Majoriti masyarakat Buddha menghuni Sri Lanka  termasuk Islam dan etnik lain.

Kepulauan itu adalah negara ketiga mengharamkan majalah tersebut selepas Myanmar.

Tuesday, 2 July 2013

Keganasan terbaharu di Rakhine

YANGON 1 Julai - Sekumpulan perusuh membakar dua buah rumah di sebuah bandar di negeri Rakhine, semalam dalam kejadian keganasan terbaharu antara penduduk beragama Buddha dan penduduk minoriti Rohingya Islam di Myanmar.
Jurucakap kerajaan, Ye Htut menerusi akaun Facebooknya hari ini berkata, kira-kira 50 orang berkumpul di luar balai polis di bandar Thandwe, semalam selepas tersebar berita tentang seorang wanita beragama Buddha dirogol oleh lelaki yang berlainan agama.
"Keadaan menjadi tidak terkawal selepas polis mengarahkan mereka beredar dan kumpulan perusuh mula membakar dua buah rumah tersebut.
"Tiga penduduk Islam turut cedera dalam kebakaran tersebut," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_07/Keganasan-terbaharu-di-Rakhine#ixzz2XqTRmS8t
© Utusan Melayu (M) Bhd