Sunday 30 November 2014

Pelarian Rohingya Diseksa Sebelum Tiba Di Malaysia



Bibijan Rahimullah menceritakan pengalamannya sebagai pelarian.
Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 1:59 PM



KUALA LUMPUR: Bibijan Rahimullah mengambil keputusan untuk menaiki sebuah bot kecil di Myanmar pada Oktober lalu yang akan mengambil masa selama seminggu untuk sampai ke Malaysia bagi melarikan diri daripada keganasan yang melanda etnik Rohingya.
Sebaliknya, dia dan tiga anak kecilnya terpaksa berdepan pelbagai detik hitam sepanjang menempuh perjalanan tersebut.
Bibijan mendakwa mereka terpaksa berhimpit seperti sardin di dalam sebuah bot dan menyaksikan beberapa rakan senegaranya mati akibat diseksa.
Mayat mereka kemudiannya dibuang ke dalam laut seperti sampah.

"Saya tidak menduga tragedi yang kami harungi dalam perjalanan untuk sampai ke sini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan datang ke sini. Saya lebih rela mati di rumah saya," kata wanita berusia 27 tahun itu dalam satu temu bual bersama agensi berita AFP di Kuala Lumpur.
Komuniti Islam Rohingya dilabelkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu etnik minoriti di dunia yang paling ramai ditindas.
Mereka sanggup menyeberang Laut Andaman dan pesisir pantai Thai untuk melarikan diri ke Malaysia selepas kerajaan Myanmar menyifatkan seramai 1.3 juta etnik Rohingya sebagai pendatang di negara itu.
Malah, taraf kerakyatan dan peluang ekonomi mereka turut dinafikan.
Namun, seorang aktivis berkata, bilangan etnik itu yang hidup sebagai pelarian kini semakin meningkat sejak dua tahun lalu selepas pertempuran berdarah berlaku membabitkan penganut Buddha dan Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar.
Penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa berkata, seramai 19,000 orang telah melarikan diri sejak awal Oktober lalu.

Jika sebelum ini, kebanyakan pelarian terdiri daripada golongan lelaki, pada hari ini berlaku peningkatan dari segi bilangan wanita dan kanak-kanak yang sanggup bergadai nyawa untuk melarikan diri ke negara jiran.
Bibijan bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan dua anak perempuannya masing-masing dua dan tiga tahun meninggalkan rumah mereka di Rakhine untuk mengikuti suaminya yang melarikan diri ke Malaysia, dua tahun lalu.
Sebuah bot kecil yang dipenuhi puluhan pelarian membawa mereka menyelusuri sungai sebelum dipindahkan ke sebuah kapal.
"Keadaan di dalam kapal terlalu padat. Orang ramai kelihatan seperti ikan sardin," katanya.
Bibijan berkata, pelarian wanita akan diberi makan nasi dengan hanya berlaukan tiga tangkai cili kering dan sedikit air.
Manakala pelarian lelaki pula katanya, hanya akan diberi makan sekali sehari atau tidak diberi makan langsung.
"Pelarian lelaki menjadi sangat lemah. Apabila mereka bertanyakan mengenai makanan, mereka dipukul dengan pangkal senapang dan batang besi," kata Bibijan.
Wanita itu berkata kira-kira belasan pelarian mati kerana dipukul, kelaparan atau sakit dan mayat mereka kemudiannya dicampak ke dalam laut.

Sunday 23 November 2014

Rakyat Arab Saudi pulang selepas 12 tahun di Guantanamo

GAMBAR fail yang diambil pada bulan Mac, 2010 menunjukkan pengawal tentera Amerika Syarikat mengiring seorang tahanan di dalam Kem VI di Guantanamo Bay, Cuba. - Foto AFP

AHAD, 23 NOVEMBER 2014 @ 10:11 AM

RIYADH: Seorang rakyat Arab Saudi yang ditahan di penjara Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo selepas 12 tahun, hari ini pulang ke tanah air selepas dibebaskan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.
Mohammed Murthi al-Zahrani tiba di Riyadh pagi ini dan pegawai keselamatan melakukan persiapan untuk membawanya menemui ahli keluarga, demikian lapor agensi berita Saudi Press.
Pembebasan Zahrani menyaksikan kini hanya 142 tahanan masih di penjara berkenaan selepas Presiden Barack Obama menjanjikan penjara berkenaan akan ditutup.
Zahrani yang ditahan kerana menjadi anggota al-Qaeda, adalah tahanan terbaharu yang ketujuh dibebaskan dari penjara yang mencetus kontroversi yang terletak di Cuba itu dalam tempoh tiga minggu lalu.
Pembebasan Zahrani selepas beberapa hari pihak berkuasa AS memindahkan lima tahanan ke Georgia dan Slovakia.
Zahrani diterbangkan dari pusat tahanan itu menerusi pesawat yang disewa khas pada Jumaat lalu.
Zahrani sebelum ini pernah dianggap individu yang paling memberi ancaman kepada kepentingan Amerika. - AFP







Gesa Myanmar beri hak kerakyatan penuh

Penduduk Islam Rohingya terus menjadi mangsa penindasan kerajaan Myanmar.
 Penduduk Islam Rohingya terus menjadi mangsa penindasan kerajaan Myanmar.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin meluluskan resolusi menggesa Myanmar memberikan hak kerakyatan penuh kepada etnik minoriti Rohingya.
Perhimpunan Agung Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB menerima pakai resolusi tidak terikat tersebut bagi menggesa negara Asia Tenggara supaya menukar pendekatan mereka terhadap penduduk Islam Rohingya.

Sebelum ini, laporan dipetik dari Press TV, pihak berkuasa Myanmar mengumumkan bahawa kira-kira 1.3 juta penduduk Rohingya akan didaftarkan sebagai Benggali dan mereka yang menolak identiti itu bakal ditahan atau dihantar pulang ke Bangladesh.

PBB lulus resolusi iktiraf Rohingya

Kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir
kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir 

23 November 2014 2:22 AM

NEW YORK 22 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima resolusi yang menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya Islam, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Yangon supaya membatalkan rancangan untuk memberi identiti baharu kepada golongan minoriti itu.
Keputusan itu diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perhimpunan Agung badan dunia berkenaan ekoran perdebatan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mahukan lebih suara.
Resolusi berkenaan menggambarkan ‘kebimbangan serius’ PBB ke atas nasib lebih kurang 140,000 orang etnik Rohingya di negeri Rakhine yang tinggal di kem-kem pelarian yang kotor selepas keganasan meletus di wilayah itu antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012.
Di bawah pelan yang disokong oleh kerajaan, etnik Rohingya akan dipaksa menukar identiti mereka sebagai Bengali, satu istilah yang dilihat menghina dalam usaha mereka mendapat status kerakyatan.
Mereka yang enggan akan dipaksa tinggal di dalam kem-kem pelarian.
Resolusi itu antara lain menggesa Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk di negeri Rakhine, membenarkan akses yang sama bagi status kewarganegaraan penuh kepada etnik Rohingya, membenarkan pengenalan diri dan memastikan akses sama kepada pelbagai perkhidmatan lain.
Wakil Myanmar di PBB bagaimanapun membantah penggunaan terma ‘Rohingya’ dalam resolusi berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan itu hanya membangkitkan ketegangan di Rakhine.
“Penggunaan perkataan oleh PBB hanya akan mengundang kebencian daripada rakyat Myanmar, menjadikan usaha kerajaan semakin sukar dalam menangani isu tersebut,’’ kata perwakilan itu. – AFP


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-resolusi-iktiraf-rohingya-1.27977#sthash.nz556O5a.dpuf

Saturday 22 November 2014

Myanmar dakwa penyeksaan Rohingya rekaan media



Presiden Myanmar, Thein Sein. - Foto AP

Friday 21 November 2014

Gempa sederhana landa sempadan Myanmar-India


21 November 2014
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi pada 2.14 pagi itu berlaku di 23.5 darjah utara dan 93.5 darjah timur iaitu kira-kira 226km barat laut Monywa, Myanmar.

Bagaimanapun gempa itu, tidak mendatangkan ancaman tsunami. - Bernama

Thursday 20 November 2014

Myanmar batal pinda perlembagaan tahun depan


Yangon: Myanmar tidak akan meminda perlembagaannya sehingga pilihan raya umum berakhir tahun depan.
Speaker parlimen negara itu, Shwe Mann berkata, pihaknya tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam suasana politik dan pentadbiran ketika ini.
“Walaupun referendum untuk pindaan itu boleh diadakan pada Mei, perubahan tidak akan diperkenal sehingga ahli parlimen baru dilantik,” katanya kepada media di Naypyitaw semalam.
Sebelum ini pelbagai pihak menjangka kerajaan akan memperkenalkan peruntukan baru bagi mengurangkan kuasa politik tentera.
Ia juga bakal membuka jalan kepada tokoh pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi bertanding sebagai calon presiden. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10293#sthash.6sjB8x6t.dpuf

Wednesday 19 November 2014

Tentera Myanmar bantah pindaan Perlembagaan


19 November 2014
YANGON - MYAMMAR. Tentera Myanmar menentang rancangan meminda Perlembagaan untuk membolehkan pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi bertanding jawatan presiden.

"Tujuan Perlembagaan digubal bukan demi kepentingan individu tetapi untuk menjamin masa depan rakyat.

"Ia bukan masa yang sesuai untuk meminda Seksyen 436 sebaliknya kita perlu mewujudkan perpaduan secara menyeluruh sebelum membuat sebarang perubahan besar dalam negara," tegas wakil tentera di Parlimen, Kolonel Htay Naing.

Menurut AFP, difahamkan, kira-kira lima juta penduduk telah menandatangani petisyen dikemukakan Suu Kyi dan parti pimpinannya untuk menamatkan kuasa veto tentera bagi membolehkan Perlembagaan dipinda.

Di bawah Seksyen 436, sebarang pindaan dalam Perlembagaan perlu mendapatkan lebih 75 peratus undi majoriti.

Myanmar tidak pinda perlembagaan sehingga selepas pilihan raya

Gambar fail menunjukkan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dengan Speaker Parlimen, Shwe Mann (kanan) pada satu majlis di Yangon baru-baru ini. - Foto AP
RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 11:29 AM

YANGON: Myanmar tidak akan meminda perlembagaan sehingga selepas pilihan raya umum penghujung tahun depan, kata Speaker Parlimen hari ini.
Perkembangan terbaharu itu dianggap menyukarkan usaha pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi untuk mengurangkan kuasa politik tentera atau bertanding merebut jawatan presiden.
Speaker Dewan Rendah, Shwe Mann, berkata satu pungutan suara mengenai pindaan kepada perlembagaan yang disediakan pihak tentera itu pada 2008 mungkin diadakan Mei depan, tetapi tiada perubahan akan dilakukan sehingga Parlimen baharu dibentuk.
"Kita tidak mampu melakukan kesilapan untuk meminda perlembagaan dalam senario politik dan pentadbiran sekarang," katanya di ibu negara, Nay Pyi Taw, yang disiarkan secara langsung menerusi 'Radio Free Asia' hari ini.
Parti Suu Kyi sebelum ini berjaya mengumpulkan petisyen dengan hampir lima juta tandatangan Julai lalu yang menyeru kepada pindaan peruntukan di dalam perlembagaan bagi mengurangkan kuasa perundangan pihak tentera.
Antara peruntukan kontroversial termasuk halangan kepada Suu Kyi untuk bertanding jawatan presiden kerana anaknya memegang kewarganegaraan Britain. - Reuters

Bangladesh selamatkan lebih 600 mangsa penyeludupan manusia

SELASA, 18 NOVEMBER 2014 @ 4:32 PM

 
DHAKA: Lebih 600 mangsa penyeludupan manusia dari Myanmar dan Bangladesh berjaya diselamatkan dalam operasi terbesar yang dijalankan pihak berkuasa Bangladesh, di perairan negara itu hari ini.

Mangsa ditemui di dalam sebuah bot nelayan sepanjang 22 meter yang belayar menggunakan bendera Myanmar kira-kira 400 kilometer dari ibu negara Dhaka, demikian menurut jurucakap tentera laut, Laksamana M Rashed Ali.

Beliau berkata, bot ikan berkenaan dipercayai menunggu sebuah lagi kapal yang akan membawa mangsa penyeludupan manusia itu ke lautan menuju ke Malaysia.

Seramai 14 kru bot berkenaan ditahan.

Pegawai Pengawal Pantai Bangladesh berkata, mangsa dipercayai hendak diseludup ke dalam bot atau kapal untuk di bawa ke Malaysia namun selalunya mereka ditawan dan dibawa ke hutan di Thailand di mana penculik akan meminta wang tebusan.

Mangsa biasanya akan ditahan sehingga keluarga atau waris mereka membayar wang tebusan untuk membolehkan mereka dibebaskan.

Sekiranya wang tebusan tidak dibayar, mereka biasanya akan dibunuh atau dijual sebagai hamba.

Ribuan etnik Rohingya meninggalkan Myanmar sejak beberapa bulan lalu dan masih tidak sampai ke destinasi yang dituju, demikian menurut ahli keluarga mereka. - REUTERS

Tuesday 18 November 2014

Pelajar universiti adakan bantahan di Yangon

 17 November 2014 3:38 PM
YANGON 17 Nov. - Beratus-ratus mahasiswa Universiti Myanmar mengadakan bantahan besar-besaran pada hari ketiga berturut-turut di sini semalam, dalam satu tunjuk perasaan haram yang jarang diadakan bagi menentang undang-undang pendidikan baharu.
Penunjuk perasaan yang menyertai bantahan itu turut membawa bendera berwarna merah dengan simbol merak berwarna keemasan, simbol yang melambangkan zaman pemerintahan beraja Myanmar.

Kesemua mereka berarak sambil melaungkan slogan ‘Kita perlu kebebasan dalam akademik’ dan ‘Berjuang untuk kebebasan akademik.’ - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-universiti-adakan-bantahan-di-yangon-1.25810#sthash.pUrtmdfg.dpuf

Monday 17 November 2014

Nasib 12,000 Rohingya jadi tanda tanya


17 November 2014 12:58 AM

Gambar bertarikh 10 Julai tahun lalu, menunjukkan seorang lelaki Rohingya menangis ketika berdoa selepas bersolat di Pusat Tahanan Imigresen di wilayah Kanchanaburi, Thailand. – Reuters

Wanita dan kanak-kanak Rohingya menaiki sebuah bot sebelum ditahan oleh pasukan pengawal sempadan Bangladesh di Teknaf pada 13 Jun 2012, ketika cuba menyeludup masuk ke negara itu ekoran keganasan agama di Rakhine, barat Myanmar. – AGENSI 
SITTWE 16 Nov. – Kira-kira 12,000 pelarian etnik Rohingya yang me­ninggalkan Myanmar dengan menaiki bot sepanjang bulan lalu, dilapor masih belum tiba ke destinasi, sekali gus meningkatkan kebimba­ngan ahli keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia tentang nasib etnik minoriti itu yang dikhuatiri dihalang menghampiri kawasan pantai.
Menurut penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa, ribuan etnik itu, kebanyakannya pelarian dari negeri Rakhine, meninggalkan negara terbabit sejak 15 Oktober lalu dengan menggunakan laluan laut di Teluk Bengal.
Jelas Lewa, dalam tempoh sama, kira-kira 4,000 orang meninggalkan Bangladesh, termasuk etnik Rohingya, dipercayai menuju ke Malaysia, tetapi perlu menempuh perjalanan melalui Thailand.
Tambahnya, orang hanyut berdepan risiko yang tinggi apabila berada di Thailand kerana kumpulan penyeludup dan sindiket pedagang manusia akan menahan mereka di sebuah kem di dalam hutan yang bersempadan dengan Malaysia sehingga ahli keluarga membayar wang tebusan untuk dilepaskan.
“Kira-kira 460 orang hanyut ditemui dan ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada bulan ini, tetapi nasib beribu-ribu lagi pelarian tersebut tidak diketahui dan mereka tidak menghubungi ahli keluarga masing-masing.
“Kali terakhir kes seperti ini berlaku pada 2008 apabila beratus-ratus pela­rian Rohingya ditemui dalam keadaan lapar dan kekurangan air akibat terkandas di lautan dan dipercayai ramai lagi mangsa yang hilang di laut,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalaman Thailand (ISOC), Banpot Phunpian berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah tertentu bagi menghalang bot pelarian daripada menghampiri kawasan pantai negaranya.
Bagaimanapun katanya, beliau percaya beribu-ribu pelarian yang me­ninggalkan Myanmar pada bulan lepas disembunyikan atau bersembunyi di kawasan pulau dekat Thailand. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nasib-12-000-rohingya-jadi-tanda-tanya-1.25492#sthash.snF06zst.dpuf

Friday 14 November 2014

Hutang, Mabuk Antara Punca Kes Bunuh Rakyat Myanmar Di P.Pinang - Polis

Datuk Abdul Rahim Hanafi
Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 6:48 PM

GEORGE TOWN: Hutang, mabuk dan berselisih faham di tempat kerja sehingga membawa kepada pergaduhan adalah antara punca berlaku kes bunuh melibatkan rakyat Myanmar di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata motif itu diperoleh daripada hasil siasatan 18 kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu dari Januari hingga Khamis.

"Mereka ini bergaduh sesama sendiri dan biasanya berlarutan dan menjadi serius sehingga menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 128 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am di sini Jumaat.

Beliau berkata sehingga awal hari ini sebanyak 48 kes pembunuhan direkodkan dengan 31 daripadanya melibatkan rakyat asing manakala selebihnya melibatkan rakyat Bangladesh, Vietnam, Indonesia dan rakyat tempatan.

Sebanyak 10 kes diklasifikasi sebagai 'unknown' namun polis percaya mereka ialah rakyat Myanmar disebabkan modus operandi pembunuhan yang hampir sama.

"Kes 'unknown' ini kerana identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti tetapi polis percaya mereka warga Myanmar berdasarkan keadaan mayat dan cara mereka dibunuh dengan dikelar atau ditikam bertubi-tubi," katanya.

Sambil menafikan kesemua kes bunuh rakyat Mnyamar itu disebabkan konflik agama, Abdul Rahim menegaskan: "Tidak pernah sekali dalam siasatan kami jumpa berkenaan isu agama. Jangan main soal agama...tidak timbul isu ini".

Beliau berkata satu pasukan petugas diterajui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah telah ditubuh bagi menangani kes pembunuhan melibatkan rakyat Myanmar.

400 anggota keselamatan jaga Obama


Yangon: Lebih 400 anggota keselamatan Amerika Syarikat (AS) ditugaskan untuk menjaga Presiden negara itu, Barack Obama ketika beliau berada di Myanmar.
Perkara itu didedahkan seorang pegawai kanan polis Myanmar yang enggan dinamakan.
“Lebih 400 anggota keselamatan akan menyertai rombongan Obama. Mereka dikerah berjaga-jaga di lokasi yang bakal dilawatnya. Pasukan Polis Myanmar juga akan membantu mereka melaksanakan langkah keselamatan itu,” katanya.
Menurutnya, ada di antara anggota keselamatan terbabit berada di Myanmar sejak seminggu lalu.
Selain itu, katanya, kakitangan keselamatan Amerika Syarikat itu juga membawa peralatan keselamatan mereka sendiri.
“Polis Myanmar mengerahkan lebih 1,000 anggotanya mengawal laluan yang akan digunakan Presiden AS di Yangon.
“Manakala di Yangon, polis bertugas sepenuhnya kerana laluan digunakan mungkin diubah bila-bila masa,” katanya.
Obama turut dijadualkan menemui pemimpin belia ASEAN di Dewan Jubli Intan kampus Universiti Yangon selain berjumpa dengan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi.
Lebih 200 penduduk bandar Mingala Taungnyunt merancang mengadakan tunjuk perasaan membantah dasar kerajaan Myanmar ketika Obama berada di Yangon. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8921#sthash.F8iqkDyE.dpuf

Thursday 13 November 2014

AS mahu Myanmar rangka perancangan benarkan Rohingya jadi warga negara

NAYPYITAW: Amerika Syarikat menggesa Myanmar supaya menyediakan draf perancangan terbaharu bagi membenarkan golongan minoriti Rohingya menjadi warga negara dan membatalkan langkah untuk menghantar mereka ke kem tahanan sekiranya enggan mengaku diri sebagai Benggali.
Majoriti daripada 1.1 juta penduduk Muslim Rohingya tidak bernegara dan hidup seperti dalam keadaan aparteid di wilayah Rakhine, di pantai barat negara itu yang mempunyai majoriti penduduk beragama Buddha.
Kira-kira 140,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas pertempuran dengan golongan etnik beragama Buddha di Rakhine pada 2012.
Pelan Tindakan Wilayah Rakhine itu mensyaratkan penduduk Rohingya berkenaan supaya menganggap diri mereka sebagai Benggali - terma yang ditolak kebanyakan daripada mereka kerana ia merujuk sebagai golongan pendatang dari Bangladesh walaupun menetap di Myanmar selama beberapa generasi - bagi memungkinkan mereka mendapat taraf kewarganegaraan.
Menurut draf perancangan berkenaan, kerajaan mencadangkan pihak berkuasa membina kem sementara bagi menempatkan penduduk Rohingya yang enggan didaftarkan dan tidak ada dokumen yang mencukupi.
Timbalan Penasihat Komunikasi Strategik bagi Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Ben Rhodes berkata, perancangan itu mencabuli hak sejagat dan mencabar usaha pembaharuan di Myanmar.
"Kami ingin melihat perancangan baharu yang membenarkan Rohingya menjadi warga negara melalui proses biasa tanpa memerlukan mereka membuat pengenalan sendiri," katanya di Naypyitaw di mana Presiden Barack Obama akan menemui pemimpin negara berkenaan pada sidang kemuncak serantau.
Obama akan berada di Yangon, bandar raya terbesar Myanmar esok bagi menemui pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi di kediamannya. Suu Kyi menghabiskan lebih 15 tahun di bawah tahanan dalam rumah berikutan bantahannya terhadap bekas tentera junta.
Suu Kyi yang menjadi ikon demokrasi antarabangsa selepas memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 1991, didapati kurang bercakap mengenai nasib Rohingya.
Rhodes menggesa beliau supaya bercakap mengenai penderitaan yang dialami golongan berkenaan.
"Pandangannya sudah tentu amat penting," katanya. - Reuters

Ejen aktif seludup keluar etnik Rohingya


Bangkok: Lebih 10 ejen utama terbabit menyeludup keluar etnik Rohingya ke negara ketiga dengan kebanyakannya dihantar ke Malaysia.
Suatu sumber semalam mendedahkan, ejen terbabit mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 daripada setiap pelarian, manakala RM6,000 daripada majikan yang ingin menggaji mereka.
Dia yang juga aktivis kumpulan antipenyeludupan manusia berkata, ejen terbabit mempunyai hubungan dengan individu tertentu di negeri Rakhine.
“Dari Rakhine sindiket itu mengeksport penduduk Rohingya ke negara asing,” katanya.
Sumber itu berkata, kini adalah waktu puncak aktiviti menyeludup etnik Rohingya kerana musim bergelora di Laut Andaman sudah berakhir.
Katanya, perairan itu biasanya tenang antara November hingga April setiap tahun.
Menaiki kapal yang dibuat seolah-olah milik nelayan, kata sumber itu, pelarian terbabit ditempatkan berhimpit-himpit.
“Bagi setiap kapal kecil, lebih 200 orang dimuatkan, tetapi pada kapal lebih besar, kadang-kadang ia membawa sehingga 1,000 pelarian,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8682#sthash.EJYOQhtD.dpuf

Wednesday 12 November 2014

Pegawai ajar usir pendatang


Bangkok: Pegawai Thai di Ranong, wilayah pantai barat negara itu, melatih 400 penduduk kampung untuk mengawasi pendatang haram dari Myanmar dan menggesa mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa jika melihat etnik Rohingya itu.
Langkah itu adalah sebahagian daripada projek ‘Pengawal Andaman’ yang bertujuan menghalang pendatang itu yang menggunakan laluan dari Myanmar ke Thailand supaya tidak mendarat.
Penduduk kampung berkenaan dilatih memberi kumpulan pendatang berkenaan makanan, ubat-ubatan dan minyak supaya mereka boleh meneruskan perjalanan ke negara ketiga.
Polis di daerah itu menangkap 299 etnik Rohingya, termasuk 23 wanita dan 13 kanak-kanak bulan ini.
Masyarakat itu yang tidak diiktiraf oleh Myanmar sebagai warga negaranya, meninggalkan negara berkenaan selepas menjadi mangsa penindasan dan kekejaman penduduk Buddha.
Mereka mengambil kesempatan itu dengan keadaan laut yang kurang bergelora antara November dan April untuk menaiki bot nelayan ke negara lain, khususnya, Malaysia. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8447#sthash.BHTYRESS.dpuf

Tuesday 11 November 2014

Warga Myanmar Di Pulau Pinang Kini Lebih Berwaspada

Kyaw Kyaw (kiri) bersama adiknya Win Win Than.
GEORGE TOWN: Pekerja kilang, Soe Kyaw Kyaw sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali mendengar berita terdapat pergaduhan kaum di negaranya, Myanmar.

Jelas Kyaw Kyaw, dia sentiasa risau jika dipukul menggunakan topi keledar atau disepak oleh rakan negaranya ketika berbasikal.

"Setiap kali mendengar berita ada konflik di antara Muslim dan Buddha di Myanmar, saya berasa takut," katanya yang tinggal di flat Taman Juru, Bukit Mertajam.|

"Akan ada konfrontasi dan gangguan fizikal tetapi tidak sampai mengambil nyawa seseorang."

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, peningkatan jumlah warga Myanmar dibunuh di Pulau Pinang menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Kyaw Kyaw yang telah tinggal di sini selama lapan tahun berkata, dia selesa dengan kejiranan di sini, namun perasaan seram timbul apabila mendengar cerita dari kawan-kawannya yang tinggal di daerah lain.

"Dua orang kawan saya dirompak di Bukit Tengah dan salah seorangnya dibunuh.

"Kawan saya yang terselamat itu telah balik ke Myanmar," jelasnya.

Tambahnya, biasanya pergaduhan atau pertelingkahan  berlaku apabila ada di antara mereka yang mabuk.

Sementara itu, seorang lagi warga Myanmar, Naing Lin,23, berkata dia berasa selamat tinggal di sini.

Naing Lin


"Selama empat tahun di sini, saya berada dalam keadaan selamat," jelasnya.

Dalam pada itu, masyarakat tempatan yang melakukan aktiviti riadah di Taman Kebun Bunga tetap menganggap kadar jenayah di Pulau Pinang tidak membimbangkan walaupun ada pihak menemui mayat tanpa kepala minggu lalu.
Seorang pengurus syarikat tempatan, Wendy Wong,26, menganggap pembunuhan ngeri itu sebagai kes terpencil.
"Saya rasa aman berjoging di sini. Saya datang ke sini hampir setiap hari dan tidak pernah mendengar apa-apa jenayah berlaku di kawasan ini kecuali satu kejadian itu, "katanya.
Selain itu, H C Lee, 67, berkata, taman itu masih pilihan utama untuk dia berjalan-jalan pada waktu pagi.
"Wanita itu telah dibunuh sebelum mayatnya dibuang di sini. Bagi saya taman itu masih selamat dan aman," katanya.
Seorang anggota bomba, Mohd Ali Ahmad, 38, berkata dia selalu melakukan aktiviti mendaki pada waktu malam.

"Polis sentiasa membuat rondaan di kawasan ini," katanya.

Seorang Lagi Warga Myanmar Dibunuh Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lagi rakyat Myanmar ditemui mati di Jarak Atas, Tasek Gelugor di sini menjadikan mangsa sebagai individu ke-20 yang dibunuh dalam 18 kes yang dilaporkan di Pulau Pinang tahun ini.

Dalam kejadian terbaharu, mayat pekerja binaan, Hein Lat Kyaw, 34, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

Mayat ditemui oleh seorang individu yang lalu di kawasan itu sebelum melaporkan kepada polis kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sedang menyiasat kes itu walaupun siasatan awal menunjukkan tiada kaitan dengan kes pembunuhan lain di negeri ini.

Menurutnya, mayat itu ditemui dengan kesan kelar di leher, tikaman di dada, perut dan punggung serta luka di pergelangan tangan kiri.

Tambah beliau lelaki itu mungkin mati kurang 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.

"Kami percaya mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan di sini.

"Berdasarkan siasatan awal, dia adalah seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat pembinaan di Taman Kelasah, Seberang Jaya.

"Dia mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kami percaya pembunuhan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Polis juga menemui satu sarung pisau sebelah badan mangsa.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Thailand usir lebih 200 Muslim Rohingya ke laut

Thailand usir lebih 200 Muslim Rohingya ke lautPuluhan ribu Muslim Rohingya telah melarikan diri negara bagian Rakhine Myanmar sejak 2012, kebanyakan dari mereka menggunakan perahu reyot, ketika serangan kekerasan yang dilancarkan oleh umat Buddha menewaskan ratusan orang.
BANGKOK (Arrahmah.com) – Lebih dari 200 manusia perahu yang ditahan di Thailand selatan akan kembalikan secara paksa ke laut, kata polisi pada Senin (10/11/2014), meskipun kelompok hak asasi telah menyerukan untuk menghentikan kebijakan yang menempatkan calon pencari suaka dalam bahaya.
Sekitar 259 orang ditemukan di laut pada Sabtu (8/11) dan ditangkap karena memasuki negara itu secara ilegal.
Para pengungsi Muslim Rohingnya tersebut ditemukan di sekitar 3 km (1,86 mil) dari pantai menyusul apa yang disebut oleh LSM sebagai eksodus laut besar-besaran Rohingya dari negara tetangga Myanmar, yang merupakan kelompok minoritas Muslim yang tidak memiliki kewarganegaraan, dari bagian barat negara itu.
“Rata-rata sekitar 900 orang meninggalkan negara itu dengan perahu sejak pertengahan bulan lalu. Kami melihat eksodus laut besar-besaran yang berjumlah hampir 10.000 orang,” kata Chris Lewa dari Arakan Project, sebuah kelompok advokasi Rohingya.
Lewa juga menambahkan bahwa rasa putus asa yang meningkat menjadi salah satu alasan mereka untuk meninggalkan Myanmar.
Pihak berwenang di distrik Kapoe Thailand mengatakan bahwa belum jelas apakah kelompok -kelompok itu adalah Rohingya, tetapi dari wawancara dengan beberapa kelompok, menunjukkan bahwa mereka sedang menuju Malaysia untuk mencari pekerjaan atau untuk bergabung dengan suami mereka.
Sebanyak 259 dari manusia perahu itu akan dikembalikan ke kapal mereka dan dipulangkan ke Myanmar, kata Kolonel Polisi Sanya Prakobphol, kepala polisi distrik Kapoe.
“Mereka adalah Muslim dari Myanmar … Mereka adalah imigran gelap,” kata Sanya kepada Reuters melalui telepon.
“Jika mereka datang maka kita harus mengusir mereka…setelah mereka menyeberangi perbatasan laut Myanmar maka tindakan tersebut bisa dikatakan sebagai memulangkan mereka. Apa yang mereka lakukan kemudian, itu masalah mereka,” katanya.
Puluhan ribu Muslim Rohingya telah melarikan diri dari negara bagian Rakhine Myanmar sejak 2012, ketika serangan kekerasan oleh Buddha Rakhine telah menewaskan ratusan orang dan menyebabkan sekitar 140.000 kehilangan tempat tinggal.
Kebanyakan Rohingya hidup dalam kondisi yang mirip seperti pada zaman apartheid dan memiliki sedikit atau tidak memiliki akses untuk pekerjaan, sekolah ataupun layanan kesehatan.
Kapal-kapal reyot mereka seringkali berlayar dari Myanmar dan Bangladesh menuju Thailand di mana, seperti yang dilaporkan Reuters tahun lalu, kelompok perdagangan manusia kemudian menahan ribuan manusia perahu itu di kamp-kamp dalam hutan sampai keluarga mereka membayar uang tebusan untuk membebaskan mereka.
Kesaksian dari korban warga Bangladesh yang selamat dan Rohingya dalam laporan khusus Reuters pada Oktober memberikan bukti adanya perubahan yang dramatis dalam taktik perdagangan.
Sanya mengatakan bahwa sebanyak 259 orang itu saat ini ditahan di balai kota dan akan menjaga mereka, tetapi mereka akan segera dibawa kembali ke kapal.
“Siapa yang akan memberi mereka makan? Saya berjuang setiap hari untuk memberi makan mereka,” kata Sanya.
“Tidak ada negara yang ingin orang luar untuk datang ke negara mereka.”
Menurut laporan tahunan Departemen Luar Negeri AS terkait dengan perdangan manusia, Thailan berada dalam kategori terendah sebagai negara yang terburuk dalam menangani perdagangan manusia, kategori yang sama seperti Korea Utara dan Republik Afrika Tengah.
Pada bulan yang sama, militer Thailand berjanji untuk mencegah dan menekan kasus perdagangan manusia, setelah merebut kekuasaan dari pemerintah terpilih pada 22 Mei.
(ameera/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/11/11/thailand-usir-lebih-200-muslim-rohingnya-ke-laut.html#sthash.qAj086F7.dpuf

Hantar balik 200 pendatang Myanmar


Bangkok: Lebih 200 penumpang bot yang ditahan di selatan Thai kerana memasuki negara itu secara haram akan dihantar semula ke laut, kata polis, semalam.

Kira-kira 259 orang ditemui di perairan Thai Sabtu lalu kira-kira tiga kilometer dari pesisiran pantai yang dilihat sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai perpindahan beramai-ramai penduduk Rohingya dari Myanmar.

Chris Lewa dari Arakan Project yang memperjuangkan hak orang Rohingya berkata, sekitar 900 orang meninggalkan Myanmar menggunakan bot pada pertengahan bulan lalu.

“Perpindahan maritim besar-besaran ini membabitkan hampir 10,000 orang katanya.

Menurutnya, pelarian terbabit dalam keadaan terdesak.

Pihak berkuasa Thai di wilayah Kapoe tidak dapat mengesahkan sama ada orang Rohingya turut berada dalam kumpulan terbabit, namun hasil pemeriksaan mendapati sebahagian daripadanya menuju ke Malaysia untuk mencari kerja atau mengikut suami.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kapoe Kolonel Sanya Prakobphol berkata, semuanya akan dihantar pulang.

“Penduduk Muslim Myanmar terbabit adalah pendatang asing.

“Jika mereka memasuki sempadan kami, kami perlu menolak mereka ke sempadan perairan Myanmar.

“Apa yang berlaku kepada mereka selepas itu bukan urusan kami,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8132#sthash.eFRm4AqR.dpuf

Saturday 8 November 2014

14,000 pelarian Rohingya diusir

Umat Islam Rohingya menunggu di luar pusat bantuan kemanusiaan di Sittwe, Rakhine. - Foto AFPYANGON - MYANMAR.Kumpulan hak asasi manusia mendedahkan ribuan penduduk minoriti Islam Rohingya dipaksa meninggalkan Myanmar dalam tempoh tiga minggu lalu berikutan perancangan terbaharu kerajaan itu.

Menurut Pelan Tindakan Rakhine yang diluluskan kerajaan baru-baru ini, lebih sejuta etnik Rohingya akan dihalau kecuali mereka dapat membuktikan keluarga mereka telah tinggal di negara Asia selama lebih 60 tahun.

"Dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih 14,500 penduduk Rohingya telah berlayar dari pantai Rakhine ke Thailand, untuk masuk ke Malaysia,"menurut The Arakan Project, sebuah kumpulan yang memantau pelarian itu.

Rohingya juga bakal berdepan penahanan tanpa bicara di bawah pelan yang memerlukan mereka sama ada menerima pengkelasan etnik dan mendaftar sebagai Benggali atau ditahan.

Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi membatalkan keputusan tersebut. - Press TV

Sunday 2 November 2014

PBB gesa Myanmar gugur rancangan


02 November 2014 2:11 AM
Kanak-kanak Rohingya mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian

Kanak-kanak Rohingya mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian di Sittwe pada 2 April lalu yang menempatkan kira-kira 20,000 pelarian. - REUTERS

NEW YORK 1 Nov. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merangka draf resolusi terbaharu menggesa Myanmar menggugurkan rancangannya menghendaki etnik Rohingya menggunakan identiti baharu dan mahu Yangon ‘memberi akses penuh kerakyatan atas prinsip sama rata’.
Resolusi yang dirangka Kesatuan Eropah itu meletakkan tekanan kepada negara Asia Tenggara itu supaya mengubah kempennya, sebaik-baiknya sebelum kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang akan menghadiri sidang kemuncak serantau di Myanmar dua minggu lagi.
Myanmar mahu menggunakan identiti ‘Bengali’ bagi etnik Rohingya dengan menggambarkan mereka sebagai pendatang asing dari Bangladesh.
Resolusi itu yang kini berada di peringkat jawatankuasa hak asasi manusia PBB adalah tidak terikat, namun undian kuat bagi menyokong draf itu akan membawa mesej bahawa masyarakat antarabangsa tidak menyebelahi rancangan Myanmar itu.
Draf itu menggambarkan ‘kebimbangan serius’ PBB terhadap status Rohingya dan meminta kerajaan Myanmar ‘membenarkan pergerakan bebas dan akses sama rata kerakyatan penuh kepada etnik Rohingya’, sekali gus ‘membenarkan mereka menggunakan identiti mereka sendiri’.
Kira-kira 1.3 juta penduduk Rohingya dinafikan kerakyatan, selain berdepan serangan daripada penganut Buddha, mengakibatkan ratusan terbunuh dan 140,000 lagi terperangkap di kem-kem pelarian, manakala selebihnya menjadi pelarian di negara jiran.
Presiden Myanmar, Thein Sein menganggap 'Pelan Tindakan Rakhine’ akan membuatkan etnik Rohingya bukan sahaja tidak layak memohon kewarganegaraan, malah mereka bakal ditahan dan kemungkinan diusir. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-gesa-myanmar-gugur-rancangan-1.19521#sthash.rfE6tqEb.dpuf

Saturday 1 November 2014

Myanmar izin Suu Kyi jadi presiden?


Naypyidaw: Parlimen Myanmar akan mempertimbangkan kemungkinan meminda perlembagaan negara itu yang kini menghalang pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi menjadi presiden.
Negara itu akan mengadakan pilihan raya umum yang penting tahun depan.
Jurucakap presiden, Ye Htut berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di parlimen.
Bagaimanapun dia tidak menjelaskan elemen mana yang akan dibincangkan.
“Pelbagai pihak percaya Suu Kyi dan partinya, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) boleh memenangi pilihan raya tahun depan jika ia dijalankan dengan adil serta bebas,” kata Ye.
Cadangan pembaharuan perlembagaan itu dibuat ketika Presiden Thein Sein bertemu dengan saingan politiknya, termasuk Suu Kyi.
NLD menumpukan perhatian kepada peruntukan mengenai kuasa veto dimiliki tentera Myanmar terhadap sebarang pindaan perlembagaan negara itu.
Jika peruntukan itu dipinda, ia akan membuka laluan kepada perubahan lain dalam perlembagaan, termasuk jaminan kedudukan tentera di parlimen serta larangan kepada Suu Kyi ke memimpin negara. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5708#sthash.pH92sDYE.dpuf