Sunday 23 November 2014

PBB lulus resolusi iktiraf Rohingya

Kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir
kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir 

23 November 2014 2:22 AM

NEW YORK 22 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima resolusi yang menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya Islam, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Yangon supaya membatalkan rancangan untuk memberi identiti baharu kepada golongan minoriti itu.
Keputusan itu diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perhimpunan Agung badan dunia berkenaan ekoran perdebatan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mahukan lebih suara.
Resolusi berkenaan menggambarkan ‘kebimbangan serius’ PBB ke atas nasib lebih kurang 140,000 orang etnik Rohingya di negeri Rakhine yang tinggal di kem-kem pelarian yang kotor selepas keganasan meletus di wilayah itu antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012.
Di bawah pelan yang disokong oleh kerajaan, etnik Rohingya akan dipaksa menukar identiti mereka sebagai Bengali, satu istilah yang dilihat menghina dalam usaha mereka mendapat status kerakyatan.
Mereka yang enggan akan dipaksa tinggal di dalam kem-kem pelarian.
Resolusi itu antara lain menggesa Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk di negeri Rakhine, membenarkan akses yang sama bagi status kewarganegaraan penuh kepada etnik Rohingya, membenarkan pengenalan diri dan memastikan akses sama kepada pelbagai perkhidmatan lain.
Wakil Myanmar di PBB bagaimanapun membantah penggunaan terma ‘Rohingya’ dalam resolusi berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan itu hanya membangkitkan ketegangan di Rakhine.
“Penggunaan perkataan oleh PBB hanya akan mengundang kebencian daripada rakyat Myanmar, menjadikan usaha kerajaan semakin sukar dalam menangani isu tersebut,’’ kata perwakilan itu. – AFP


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-resolusi-iktiraf-rohingya-1.27977#sthash.nz556O5a.dpuf

No comments:

Post a Comment