Thursday 13 November 2014

Ejen aktif seludup keluar etnik Rohingya


Bangkok: Lebih 10 ejen utama terbabit menyeludup keluar etnik Rohingya ke negara ketiga dengan kebanyakannya dihantar ke Malaysia.
Suatu sumber semalam mendedahkan, ejen terbabit mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 daripada setiap pelarian, manakala RM6,000 daripada majikan yang ingin menggaji mereka.
Dia yang juga aktivis kumpulan antipenyeludupan manusia berkata, ejen terbabit mempunyai hubungan dengan individu tertentu di negeri Rakhine.
“Dari Rakhine sindiket itu mengeksport penduduk Rohingya ke negara asing,” katanya.
Sumber itu berkata, kini adalah waktu puncak aktiviti menyeludup etnik Rohingya kerana musim bergelora di Laut Andaman sudah berakhir.
Katanya, perairan itu biasanya tenang antara November hingga April setiap tahun.
Menaiki kapal yang dibuat seolah-olah milik nelayan, kata sumber itu, pelarian terbabit ditempatkan berhimpit-himpit.
“Bagi setiap kapal kecil, lebih 200 orang dimuatkan, tetapi pada kapal lebih besar, kadang-kadang ia membawa sehingga 1,000 pelarian,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8682#sthash.EJYOQhtD.dpuf

No comments:

Post a Comment