Saturday 25 June 2016
Penganut Buddha geledah masjid | Harian Metro
Penganut Buddha geledah masjid | Harian Metro: "Bago, Myanmar: Ratusan penganut Buddha bukan saja menceroboh masuk ke dalam masjid di tengah Myanmar, malah hampir merobohkannya memaksa penduduk Islam melarikan diri dan berlindung dalam kawasan balai polis selepas berlaku pergaduhan antara jiran yang kemudian mereka menjadi keganasan agama.
Keganasan tercetus petang semalam, selepas kira-kira 200 penduduk beragama Buddha mengganas di kawasan penduduk Islam di perkampungan Thuye Tha Mein di wilayah Bago, berikutan pertelingkahan sesama jiran mengenai pembinaan sekolah Islam.
“Ia bermula apabila seorang lelaki Islam bertekak dengan wanita Buddha menyebabkan ada penduduk masuk campur menyerang lelaki itu.
“Mereka kemudian memasuki masjid dan menggeledahnya menyebabkan sebahagian masjid rosak. Perusuh Buddha turut merosakkan pagar perkuburan,” katanya ketua kampung itu, Hla Tint.
Kira-kira 70 penduduk Islam, termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa bermalam di balas polis.
Menurut Tint, tiada kecederaan serius berlaku dan keadaan kembali tenang hari ini.
Polis dan setiausaha masjid mengesahkan kerosakan itu dan seorang penduduk, Tin Shwe Oo, 29, yang beragama Islam berkata, ada 150 penduduk Islam di kampung ini yang kini hidup dalam ketakutan.
“Kami terpaksa bersembunyi kerana ada yang mengancam mahu membunuh penduduk Islam. Saya dan keluarga mahu tinggal jauh dari sini sehingga keadaan aman,” katanya.
Keganasan agama di Myanmar sejak 2012 menyebabkan ramai penduduk Islam dibunuh penganut Buddha dengan restu sami radikal. -AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 6:09 PM"
'via Blog this'
Thursday 9 June 2016
Pelarian Myanmar paling ramai
Kuala Lumpur: Kira-kira 154,140 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berada di Malaysia sehingga April lalu.
Wakil UNHCR di Malaysia Richard Towie berkata, majoriti mereka dari Myanmar.
“Seramai 139,780 pelarian dan pencari suaka dari Myanmar dengan selebihnya dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq, Iran, Palestin dan negara lain,” katanya selepas menghadiri pelancaran "Odysseys: A Photographic Exhibition of the Asia and Europe Refugee Crises" anjuran Agence
France-Presse di sini, hari ini.
Beliau berkata 68 peratus daripada pelarian dan pencari suaka terdiri daripada lelaki dan 34,600 adalah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 6:44 PM
Wednesday 8 June 2016
Tindakan Myanmar penjara wartawan dikritik
YANGON 7 Jun - Keputusan Myanmar menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang wartawan agensi berita BBC tempatan boleh merosakkan imej mereka selaku kerajaan demokratik yang baharu dibentuk, kata beberapa persatuan wartawan.
“Kami percaya hukuman yang dikenakan terhadap wartawan itu bertentangan dengan imej yang cuba dibentuk oleh kerajaan Myanmar,” kata Kelab Wartawan Asing Myanmar dalam satu kenyataan.
Nay Myo Lin, wartawan BBC yang berpangkalan di Mandalay itu dipenjara selama tiga bulan selain dikerah melakukan kerja-kerja berat selepas didapati bersalah menyerang seorang pegawai polis ketika membuat liputan tunjuk perasaan pelajar Mac lalu. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)