Friday 31 July 2015

Ribuan banduan dibebaskan

Banduan. - Gambar hiasan
Banduan. - Gambar hiasan
YANGON - MYANMAR. Myanmar semalam, memerintahkan untuk membebaskan ribuan tahanan termasuk 210 warga asing, dalam siri pengampunan terbaharu di bawah pembaharuan kerajaan.
 
Menurut kenyataan Kementerian Penerangan yang disiarkan di laman webnya, Presiden Thein Sein mengarahkan pihak berkuasa membebaskan kira-kira 6,966 banduan di seluruh negara kerana berkelakuan baik.

Pelepasan juga termasuk 155 warga China yang dijatuhi hukuman penjara awal bulan ini atas dakwaan pembalakan haram di utara Myanmar, berhampiran sempadan. - AFP

Wednesday 29 July 2015

12 Myanmar hanyut bukan Pati

pdrm
LANGKAWI - Seramai 12 warga Myanmar, yang ditemui hanyut berdekatan perairan Langkawi minggu lepas, memasuki Malaysia secara sah namun kehilangan dokumen perjalanan selepas kapal layar mereka karam.
  
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata, siasatan mendapati mereka menggunakan pasport yang sah untuk memasuki Pulau Pinang atas urusan perniagaan pada 5 Julai lepas.
  
"Pada 20 Julai, kira-kira 6 petang, kapal layar mereka karam akibat dipukul ombak kuat semasa belayar balik ke Myanmar dan kesemua dokumen perjalanan mereka hilang dalam kejadian itu," katanya pada sidang media di sini.
  
Menurutnya kumpulan pelayar itu hanyut ke perairan Langkawi dan ditemui nelayan tempatan kira-kira satu batu nautika dari Pulau Tuba di sini pada keesokannya.
  
Kesemua warga Myanmar itu ditempatkan sementara di bawah jagaan polis di sini bagi menyelesaikan siasatan berhubung kehadiran mereka sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen hari ini untuk urusan penghantaran pulang. - Bernama

Saturday 25 July 2015

72 didakwa kes seludup Rohingya

Gambar bertarikh 7 Jun lalu, memaparkan Manas Kongpan (tengah)
GAMBAR bertarikh 7 Jun lalu, memaparkan Manas Kongpan (tengah) menyerah diri di Ibu Pejabat Polis di Bangkok, Thailand. - AGENSI
BANGKOK 24 Julai - Seramai 72 orang termasuk seorang pegawai kanan tentera akan didakwa selepas terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia, susulan kejayaan pihak berkuasa membongkar sindiket yang berleluasa di Asia Tenggara itu, baru-baru ini.
Mahkamah Wilayah Songkhla di mana kubur-kubur besar yang me­nempatkan mayat pendatang asing etnik Rohingya Islam dan Bangladesh dijumpai, akan bertanggungjawab melaksanakan pendakwaan berkenaan yang dijadualkan berlangsung lewat hari ini.
Jurucakap Pejabat Peguam Negara Thailand (OAG), Wanchai Roujanavong dalam satu sidang akhbar semalam berkata, pihaknya mengeluarkan arahan supaya 72 orang suspek yang didakwa berhubung 16 pertuduhan berkaitan pemerdagangan manusia dihadapkan ke mahkamah.
“Kami tidak akan benarkan orang yang berpengaruh duduk le­bih tinggi daripada undang-undang dan keadilan.
“Antara pertuduhan tersebut adalah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan jenayah antarabangsa, mengambil dan membawa pendatang haram serta melakukan perbuatan berniat jahat,” jelasnya, sambil menambah berpuluh-puluh penjawat awam dari pelbagai peringkat jawatan turut didakwa.
Kata Wanchai lagi, OAG mengutamakan kes berkenaan kerana melibatkan kumpulan individu yang memberi kesan kepada sistem antarabangsa, selain banyak membawa kemusnahan kepada negara selepas angka korban yang dicatat mengejutkan.
“Tiada seorang pun daripada suspek dibenarkan untuk diikat jamin,” tegas Wanchai.
Antara 72 suspek tersebut adalah Leftenan Jeneral, Manas Kongpan, yang didakwa menjadi ketua sindiket pemerdagangan manusia di kawasan selatan negara ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/72-didakwa-kes-seludup-rohingya-1.116602#sthash.2EhKvlSx.dpuf

Wednesday 22 July 2015

Pati Myanmar ditahan di Pulau Segantang

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Dua belas pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ditahan di Pulau Segantang, Langkawi ketika cuba memasuki negara ini secara haram pagi tadi.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Pati yang ditahan berusia 16 hingga 40 tahun dan usaha mengenal pasti identiti tekong bot masih dijalankan.
 
"Baru pagi tadi mereka ditahan. Kami sedang menyiasat bagaimana mereka masuk dan siapa tekong bot yang membawa mereka. 
 
"Kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya ketika dihubungi di sini.
 
Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. - Bernama

Tuesday 21 July 2015

Min Aung akur keputusan

Min Aung akur keputusan
Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), memeriksa senarai pengundi semasa lawatan ke setiap rumah untuk kempen pilihan raya Myanmar.

NAYPYIDAW - MYANMAR. Ketua Komander Angkatan Tentera Myanmar berkata, beliau akan menghormati sebarang keputusan pilihan raya negara itu bagi mengurangkan kebimbangan berhubung potensi campur tangan tentera dalam mempengaruhi undian.

"Saya akan hormati keputusan itu jika mereka menang secara adil.

"Saya percaya pilihan raya kali ini akan lebih bebas dan adil. Ia adalah hasrat seluruh rakyat dan kami komited untuk menjadikannya satu kenyataan," kata Jeneral Min Aung Hlaing.

Menurutnya, beliau akan kekal sebagai ketua tentera sehingga bersara pada tahun depan, namun tidak menolak untuk menjadi presiden jika diminta memegang jawatan tertinggi itu.

"Jika perlu, kami bersedia berkhidmat untuk negara menerusi apa sahaja peranan kerana ia adalah sebahagian daripada politik negara. Jika diminta menjadi presiden, saya akan membuat keputusan kemudian," katanya.

Kira-kira 30 juta pengundi dijangka keluar mengundi pada pilihan raya 8 November depan.

Pilihan raya juga akan menentukan nasib tiga suku daripada kerusi di Parlimen, di mana 25 peratus daripada kerusi dikhaskan untuk ahli parlimen tentera tidak dilantik. - Press TV

Tentera Myanmar mahu terus berkuasa


Min Aung Hlaing
Min Aung Hlaing
YANGON 20 Julai – Ketua tentera Myanmar, Je­wneral Min Aung Hlaing me­negaskan tentera negara ini perlu terus berkuasa dalam politik Myanmar, dan beliau bersedia me­nimbang untuk bertan­ding jawatan Presiden dalam Pilihan Raya Myanmar yang akan diadakan pada November ini.
Aung Hlaing berkata, beliau tidak berhasrat untuk berundur daripada memimpin pasukan ke­selamatan negara ini, tindakan yang menamatkan beberapa spekulasi berhubung rancangannya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertan­ding dalam Pilihan Raya Presiden jika dicalonkan.
“Jika rakyat mahu saya melaksanakan tanggungjawab ini (sebagai Presiden), saya akan menimbangkannya,’’ katanya ke­pada stesen penyiaran BBC.
Beliau berkata, masih terlalu awal untuk pihak tentera berundur daripada arena politik di negara ini.
Katanya, kebimbangan berhubung keadaan huru hara yang berlaku ekoran pertempuran antara kumpulan etnik bersenjata dan perubahan Myanmar ke arah demokrasi merupakan antara sebab mengapa kuasa tentera perlu diteruskan.
Tentera Myanmar mempunyai pengaruh kuat sejak kerajaan awam dibentuk pada 2011, menamatkan pentadbiran kerajaan junta selama 49 tahun.
Perlembagaan negara ini juga memperuntukkan 25 peratus kerusi Parlimen kepada pegawai tentera yang dilantik. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-myanmar-mahu-terus-berkuasa-1.115315#sthash.JMBPXBTI.dpuf

Wednesday 15 July 2015

Presiden Thein Sein enggan bertanding

Presiden Myanmar, Thein Sein
15 Julai 2015
YANGON - MYANMAR . Presiden Myanmar, Thein Sein memutuskan tidak akan bertanding untuk penggal kedua dalam Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan pada 8 November depan.
 
Kelmarin, pegawai kanan pejabatnya memaklumkan pemimpin tersebut telah menghantar surat kepada pengerusi Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP), U Shwe Mann bahawa beliau menarik diri atas sebab masalah kesihatan.
 
Susulan daripada itu, satu mesyuarat tertutup telah diadakan bersama pemimpin parti pembangkang, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi sejurus Shwe Mann menerima surat tersebut.
 
Sabtu lalu, Suu Kyi turut mengesahkan parti pimpinannya akan bertanding dalam pilihan raya terbabit.- Reuters

Sebulan terdampar di pulau


Bangkok: Tentera laut Myanmar menemui lebih 100 imigran warga Bangladesh yang terdampar hampir sebulan di sebuah pulau di sempadan negara itu, lapor media Myanmar semalam.

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, 102 imigran itu dijumpai lewat Jun lalu di sebuah pulau di Taninthayi yang bersempadan dengan Thailand.

Semua imigran lelaki berkenaan diselamatkan pada 30 Jun hingga 12 Julai lalu.

Imigran itu mendakwa mereka ditinggalkan di pulau itu oleh sindiket penyeludupan manusia pada awal Jun lalu.

“Tentera laut masih melancarkan operasi mencari di kawasan itu dan semua imigran akan dihantar pulang ke negara asal,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut di mana semua imigran ditempatkan.

Sementara itu, pegawai kedutaan Bangladesh di Yangon memberitahu mereka tidak dimaklumkan kerajaan berhubung penemuan imigran berkenaan.

“Kami hanya menerima maklumat daripada media.

“Kami tidak menerima maklumat rasmi daripada Kementerian Hubungan Luar Myanmar,” kata jurucakap kedutaan, Tareque Mohammed. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64353#sthash.cQ1vbtyA.dpuf

Tentera Laut Myanmar temui lebih 100 imigran Bangladesh

REUTERS - PENDATANG asing yang ditemui di atas bot di tengah laut mengumpul air hujan di kem pelarian berhampiran pekan Maungdaw di utara negeri Rakhine, Myanmar pada 4 Jun lalu.


YANGON – Tentera Laut Myanmar menemui lebih 100 pendatang asing yang terdampar sejak beberapa minggu di sebuah pulau di selatan negara berkenaan, lapor media rasmi pemerintah semalam.
Akhbar the Global New Light melaporkan, kumpulan 102 lelaki itu diselamatkan oleh tentera laut di pantai wilayah paling selatan Myanmar, Tanintharyi.
“Ada antara mereka mendakwa diculik dari negara asal sementara sebilangan yang lain menyatakan dipujuk penyeludup manusia untuk bekerja di Malaysia,” jelas laporan itu yang mengesahkan kesemua mangsa berasal dari Bangladesh.
Laporan itu menyatakan, semua imigran berkenaan ditinggalkan di pulau tersebut pada awal Jun lepas dan ditemui antara penghujung Jun hingga 12 Julai lalu tetapi tidak menyatakan di mana mereka kini ditahan.
Beribu-ribu pendatang asing, kebanyakannya orang Islam Rohingya dari Myanmar ataupun imigran ekonomi dari Bangladesh terkandas di perairan Asia Tenggara pada Mei lalu selepas kerajaan Thailand menyerbu aktiviti pemerdagangan manusia.
Serbuan itu menyebabkan ketua-ketua sindiket meninggalkan mangsa penyeludupan manusia di laut dan darat. Krisis itu mendedahkan industri pemerdagangan manusia bernilai puluhan juta dolar yang menyasarkan golongan miskin di Bangladesh dan etnik minoriti Rohingya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3fuYZChsj 
Hakcipta terpelihara 

Sunday 12 July 2015

Muslim Rohingya: Serangan terhadap Muslim di Myanmar telah menjadi sebuah kelaziman


Ameera Ahad, 25 Ramadhan 1436 H / 12 Juli 2015 12:00
Muslim Rohingya: Serangan terhadap Muslim di Myanmar telah menjadi sebuah kelaziman
Komunitas Rohingya Muslim kecewa dengan situasi saat ini di Myanmar.
Follow @arrahmah

Muslim Rohingya: Serangan terhadap Muslim di Myanmar telah menjadi sebuah kelaziman


RAKHINE (Arrahmah.com) – Komunitas Muslim Rohingya menghadapi krisis kemanusiaan terburuk di Myanmar dan sangat membutuhkan bantuan dan dukungan.

“Serangan dan pembunuhan Muslim di Myanmar telah menjadi kelaziman. Suatu malam sekitar enam bulan yang lalu, massa Buddha menyerang dan membakar madrasah yang didirikan oleh ayah saya Jalaluddin Usmani dan membunuhnya,” kata Adul Majeed Madani, anggota komunitas Muslim Rohingya, sebagamana dilansir oleh World Bulletin, Sabtu (10/7/2015).

“Bersama dengan ayah saya Jalaluddin Usmani, massa Buddha juga membunuh semua orang termasuk para guru dan para siswa remaja yang belajar di madrasah itu“, tambahnya.

Lebih dari 3000 Muslim Rohingya, yang melarikan diri dari Myanmar, sekarang masih sebagai pengungsi di berbagai belahan Hyderabad, ibukota negara bagian Telangana, India.

Myanmar adalah negara yang mayoritas beragama Budha. Myanmar memiliki penduduk sekitar 60 juta orang, 90% dari mereka adalah Budha. Negara ini telah menghadapi kekerasan sektarian sejak penguasa militer negara itu menyerahkan kekuasaan kepada pemerintah sipil pada tahun 2011. Lebih dari 250 orang (menurut angka resmi) telah tewas – kebanyakan dari mereka Muslim – dan 140.000 lainnya terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Di negara bagian barat Rakhine, Buddha tidak menerima keragaman agama dan menuduh komunitas Muslim Rohingya secara ilegal memasuki negara itu dan melanggar batas tanah mereka sebagai alasan untuk bebas menganiaya mereka karena keyakinan agama mereka. Kekerasan mematikan menyebar awal tahun ini ke bagian lain dari Myanmar dan telah menimbulkan prasangka terhadap Muslim.

Sejak 2012, lebih dari 150.000 Rohingya terpasa menumpang perahu yang dioperasikan oleh para pedagang manusia dalam upayanya untuk mencapai Malaysia, menurut data yang dirilis oleh organisasi hak asasi manusia Arakan Project.
Beberapa negara di kawasan itu dan organisasi internasional menyalahkan Myanmar atas eksodus imigran tersebut, terutama Rohingya, kelompok Minoritas Muslim yang berusaha menyelamatkan diri dari penganiayaan di negara itu.

(ameera/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/07/12/muslim-rohingya-serangan-terhadap-muslim-di-myanmar-telah-menjadi-sebuah-kelaziman.html#sthash.3aib4Xg8.dpuf

Saturday 11 July 2015

Juadah tradisional masyarakat Rohingya sederhana

rohingya

BUTTERWORTH - Sanahbul, sejenis masakan daripada kacang kuda, ubi kentang dan cabai hijau, adalah antara juadah tradisional masyarakat Rohingya yang wajib pada bulan Ramadan.

Uniknya, hidangan ini bukan dimakan bersama nasi tetapi boleh dijamah begitu sahaja, dengan timun dan daun pudina, yang menjadi kegemaran masyarakat Rohingya sepanjang bulan puasa.

Sajian tradisional ini mungkin dilihat sederhana namun rasanya tetap enak, dan yang penting setiap hidangan itu amat bermakna buat mereka apabila teringat nasib saudara yang kebuluran dan menderita didiskriminasi di negara sendiri, Myanmar.

Nosicma Abdullah, 35, berkata selain Sanahbul, hidangan seperti manisan (gurafirah), kuah kacang dal dan daging (gustosalon), roti leper (lurifirah) dan sejenis kuih seperti ketayap (naizzanfirah), juga adalah antara sajian istimewa sepanjang Ramadan.

Gurafirah, sejenis manisan yang dimasak bersama tepung beras, hirisan isi kelapa segar, kacang tanah, kismis, gula, susu dan santan, adalah antara masakan yang memerlukan masa lama dalam penyediaannya.    

"Isi kelapa perlu diparut dengan tangan dan ia dimasak dengan api kecil. Gurafirah adalah antara juadah yang susah disediakan kerana ia perlukan masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran stesen minyak Shell Mak Mandin, di Kampung Bagan Dalam malam tadi.

Nosicma berkata kuah kacang dal dan daging pula dimakan bersama roti leper, sama seperti capati tetapi tekstur kulitnya lebih nipis, manakala kuih naizzanfirah berisi isi kelapa biasanya dihidang sebagai pencuci mulut.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata setiap kali menjamah masakan 'kampung' pada bulan Ramadan, perasaan sedih dan rindu akan menyelubunginya kerana berjauhan daripada ibu bapa serta teringat nasib buruk yang menimpa saudara senegaranya sehingga membawa kepada pertumpahan darah.

Suaminya, Noorul Islam Yusuf Jalal, 63, pula berkata penderitaan saudaranya di Arakan selalu dalam ingatan terutama pada bulan puasa dan Hari Raya, apabila terpaksa meraikan sambutan itu dalam keadaan ketakutan.

"Memang susah di Arakan bukan sahaja ditindas malah sekarang juga berlaku banjir di sana. Jadi bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini akan diraikan dalam suasana penuh sayu oleh saudara-saudara saya," katanya.

Noorul Islam yang pernah menguruskan 53 mayat rakyat senegaranya kerana mati di tepi jalan atau kehilangan nyawa kerana gagal membayar upah kepada tekong, berkata beliau sedih kerana tidak dapat membantu mereka yang tergadai nyawa di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini.

"Ini kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan serta penglihatan yang semakin kabur sejak dua tahun lepas...ini adalah antara kekesalan saya," katanya sambil menitiskan air mata.

Menceritakan pengalaman ketika melarikan diri ke Malaysia pada 1984, Noorul Islam berkata beliau memasuki negara ini melalui Golok, ke Kelantan dan ketika itu tidak ada peristiwa kejam seperti sindiket pemerdagangan manusia.

Sementara itu, pengusaha stesen minyak Shell di Mak Mandin, Abdullah Mohamed Nor berkata pihaknya menyumbangkan kira-kira RM2,000 sebagai duit raya kepada 15 keluarga Rohingya serta membeli bahan masakan bagi majlis berbuka puasa.

Walaupun ini merupakan kali kedua masyarakat Rohingya diraikan, Abdullah Mohamed berkata tahun ini amat berlainan dan istimewa kerana mereka diraikan di perkarangan kediaman bersama hidangan tradisional sendiri.

Katanya tujuan meraikan bersama mereka dalam bulan mulia ini adalah untuk berkongsi kesedihan dengan mereka yang kehilangan ahli keluarga di negara yang masih bergolak itu.

Ketika ditanya perasaan berbuka puasa bersama komuniti itu, Abdullah Mohamed berkata ini adalah pengalaman pertama beliau merasai juadah tradisional masyarakat Rohingya yang serba sederhana.

"Walaupun nampak macam serba kekurangan, saya rasa masakan ini sihat kerana tidak masin atau manis. Memang sederhana tetapi amat memuaskan berbanding pelbagai jenis yang kita akan makan secara berlebihan atau membazir makanan," katanya. - Bernama

Friday 10 July 2015

Ambil masa 10 hari untuk sampai Malaysia

Ambil masa 10 hari untuk sampai Malaysia
Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis DSP Syed Basri Syed Ali (kiri) memerhatikan pendatang asing tanpa izin yang ditahan sebelum dibawa menaiki kenderaan untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen di Kem UPP Chuping hari ini. - Foto Bernama

PADANG BESAR - Seramai 22 warga Myanmar mengambil masa 10 hari melalui jalan darat untuk ke Malaysia namun diberkas tidak lama selepas menceroboh masuk melalui pagar sempadan di ladang tebu Chuping di sini hari ini.

Menurut Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali, pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit berumur 16 hingga 37 tahun termasuk seorang wanita diberkas kira-kira tiga kilometer dari pagar sempadan jam 4.30 pagi.

Semasa diberkas mereka berada dalam satu kumpulan, dipercayai menunggu tekong darat mengambil mereka untuk dibawa ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat UPP Chuping di sini hari ini.

Beliau berkata Pati berkenaan yang disoal siasat mengaku membayar ejen di Myanmar sebanyak RM3,000 selain datang dari daerah berlainan di Yangoon untuk membawa mereka ke Sadao, Thailand dengan menaiki bas.

"Dengan bantuan ejen Thailand, mereka berjalan kaki dari Sadao masuk ke hutan dan memasuki Malaysia semasa umat Islam berbuka puasa setelah memotong pagar keselamatan kira-kira jam 7.30 malam tadi.

"Mereka tidak mengesyaki apa-apa semasa didatangi sepasukan anggota UPP Chuping yang meronda, mereka terus diberkas dan diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," kata Syed Basri.

Menurutnya Pati tersebut melalui seorang rakan mereka yang boleh berbahasa Melayu kerana pernah bekerja selama tiga tahun di negara ini memberitahu, mereka dijanjikan pekerjaan sebagai buruh binaan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dalam kes lain, anggota UPP Chuping menemui sebuah motosikal Honda EX-5 menggunakan nombor pendaftaran KAL 8148 ditinggalkan terbalik bersama dua guni daun ketum seberat 71 kilogram di ladang tebu Chuping kira-kira jam 11.20 malam tadi (8 Julai).

Syed Basri berkata, penunggang motosikal terbabit dipercayai meninggalkan motosikalnya setelah dipercayai terbabas kerana melarikan diri daripada UPP yang sedang meronda.

Beliau percaya daun ketum tersebut untuk diseludup ke Thailand kerana mendapat permintaan tinggi dan harga RM80 untuk satu kilogram yang menguntungkan penyeludup. - Bernama

Wednesday 8 July 2015

Pembunuh umat Islam di rohingya menerima penyakit misteri -sumber dr al jazera

Pembunuh umat Islam di rohigya menrima penyakit misteri

-sumber dr al jazera






"Boat People" Tidak Dibenar Terima Pelawat - Imigresen

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 7:48 AM

Muzamil Hamid Hussein, 24, bekas tahanan kem pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand berharap dapat berjumpa dengan isteri Menara Mohamad Shafi, 22, dan anaknya Nur Mustapa, dua tahun lima bulan yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen, Belantik di Sik. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Pendatang asing yang ditahan ketika memasuki negara ini mengikut jalan laut atau dikenali sebagai "boat people" tidak dibenarkan menerima pelawat sepanjang tempoh di depot tahanan bagi tidak menganggu siasatan, demikian tegas Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Zahari Abdul Aziz.

Beliau berkata, siasatan secara menyeluruh penting terutama bagi mengesahkan status mereka, sama ada pelarian, mangsa pemerdagangan atau sebaliknya.

Malahan, katanya, boat people ini juga berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan pihak berkuasa di dalam negara.

"Kalau ada pelawat ingin menemui boat people ini, memang kita tak benarkan kerana mereka masih dalam siasatan pihak berkuasa sama ada melibatkan isu pemerdagangan orang atau pelarian," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai seorang bekas tahanan kem pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand berhasrat untuk bertemu dengan anak dan isterinya yang didakwanya ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.

Dilaporkan, Muzamil Hamid Hussein, 24, yang kini bekerja di Kuala Lumpur berkata, isterinya, Menara Mohamad Shafi, 22, dan anak lelaki mereka, Nur Mustafa, dua tahun ditahan di depot tahanan itu selepas bot yang dinaiki mereka mendarat di perairan Langkawi pada Mei lalu.

Zahari berkata, walaupun 'boat people' ini tidak dibenarkan untuk menerima pelawat tetapi ahli keluarga mereka boleh berhubung menerusi panggilan telefon dan kiriman surat.

"Kita masih benarkan mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga, sama ada menerusi panggilan telefon atau mesej bertulis sekiranya terdapat keperluan atau perkara penting, cuma komunikasi secara bersemuka dengan tahanan yang tidak dibenarkan," katanya.

Mengulas lanjut, Zahari berkata, segelintir tahanan di depot terutama warga Myanmar etnik Rohingya yang boleh diiktiraf sebagai pelarian akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Kebanyakan mereka (pelarian) boleh dibebaskan mengikut arahan MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk bersama-sama dengan keluarga di luar," katanya.

Mengenai tahanan lain, Zahari berkata, depot tahanan memberi kemudahan kepada ahli keluarga untuk melawat penghuni dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan seperti tidak membawa barang larangan.

"Mereka juga perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk membuat lawatan pada hari dan waktu tertentu," katanya.

Seramai 1,107 pendatang asing termasuk 715 warga Bangladesh dan 392 warga Myanmar etnik Rohingya ditahan di perairan Langkawi pada Mei lalu.

Setakat ini, lebih 13,000 pendatang asing ditahan di 14 depot tahanan imigresen seluruh negara, di mana lebih separuh daripadanya merupakan warga Myanmar termasuk kira-kira 4,000 etnik Rohingya.

Raya dalam jel

Jubair dipenjara sebulan dan didenda RM10,000 kerana beri rasuah kepada anggota polis. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Lelaki warga Myanmar berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan memberi rasuah RM50 kepada anggota polis.
Hakim Adli Md Ghalib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jubair Shuna Ali mengaku bersalah terhadap tuduhan.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi rasuah RM50 kepada anggota polis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak memiliki lesen memandu di Simpang Tiga Jalan Pulai Gua Musang pada 10.15 pagi, 17 Ogos 2014.
Kes didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan lima ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 11:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62636#sthash.fYN1nkYd.dpuf

Tuesday 7 July 2015

Nyawa pelarian Rohingya terancam


Monson di wilayah Teknaf di Bangladesh membawa kemusnahan teruk

Monson di wilayah Teknaf di Bangladesh membawa kemusnahan teruk dan kesengsaraan kepada ribuan pelarian etnik Islam Rohingya di kem sementara di Leda dan Kutupalong, selain mereka berdepan kekurangan makanan. Agensi
DHAKA 6 Julai – Monson di wilayah Teknaf di Bangladesh membawa kemusnahan teruk dan kesengsaraan kepada ribuan pelarian etnik Islam Rohingya di kem sementara di Leda dan Kutupalong, selain mereka berdepan kekurangan makanan.
Menurut laman web bnionline.net, Kem Sementara Leda menempatkan kira-kira 13,000 pelarian Rohingya, manakala 50,000 pelarian lagi tinggal di Kem Sementara Kutupalong.
Ketua pelarian di Kem Leda, Salim berkata, kesemua pelarian kini bertungkus lumus untuk menyelamatkan diri.
Keadaan di kem tersebut semakin teruk dengan banyak bumbung kediaman runtuh dan pelarian berdepan dengan pelbagai kesukaran, katanya.
Pelarian Rohingya turut ber­de­pan masalah kekurangan makanan dan air bersih ketika ramai etnik Islam Rohingya menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Seorang pelarian di Kem Pelarian Kutupalong, Anas pula berkata, ketika hujan lebat dan banjir, kesemua pelarian tidak dapat keluar dari kem tersebut untuk meneruskan aktiviti harian termasuk bekerja.
Anas berkata, kebun sayur, sawah dan banyak rumah di kawasan itu turut dihanyutkan banjir.
Sebelum ini, Muslim Aids UK menyediakan bantuan rawatan pe­ru­batan asas dan melaksanakan program kebersihan kepada pela­rian di Kem Leda tetapi mereka terpaksa meninggalkan kem itu selepas perjanjian memorandum persefahaman (MoU) tamat dan kini tiada pihak yang menyalurkan bantuan kepada pelarian di kem itu.
Tanpa bantuan tetap disalurkan kepada kem-kem pelarian ini, musim monson dan banjir serta kekurangan makanan akan menyebabkan nyawa pelarian Rohingya terancam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nyawa-pelarian-rohingya-terancam-1.111369#sthash.i7FHxCdq.dpuf

Monday 6 July 2015

Myanmar perlu lindungi rakyat


seorang kanak-kanak perempuan Rohingya, Oma  Salema, 12, mendukung

Seorang kanak-kanak perempuan Rohingya, Oma Salema, 12, mendukung adiknya, Ayub Khan, berusia setahun di sebuah kem pelarian Rohingya di Sittwe, negeri Rakhine, barat Mynamar, baru-baru ini. AGENSI
JEDDAH 5 Julai - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah me­nerima satu resolusi yang menggesa kerajaan Myanmar melindungi hak kesemua rakyat di negara itu termasuk etnik Islam Rohingya.
Badan itu turut menggesa Rangon mengambil segala langkah perlu bagi menghentikan amalan diskriminasi ke atas umat Islam, kaum dan agama-agama lain di Myanmar, lapor portal Arab News.
Resolusi itu dikemukakan oleh Arab Saudi dan Pakistan yang mewakili negara-negara Islam dalam usaha memastikan kebertanggungjawapan dan pencabulan hak asasi manusia, khasnya terhadap umat Islam di negara itu dihentikan.
Kandungan dokumen itu turut meminta satu siasatan bebas dan telus dijalankan terhadap dakwaan kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya termasuk meminta kerajaan Myanmar menghentikan diskriminasi dan eksploitasi mereka, dan mula mencari penyelesaian akar umbi kepada diskriminasi berkenaan.
Kerajaan Myanmar juga digesa melindungi rumah ibadat semua agama dan membantu pelarian dan pendatang asing kembali ke kediaman masing-masing termasuk etnik Islam Rohingya dengan kerjasama masyarakat antarabangsa sebagaimana dinyatakan di bawah ketetapan berkenaan,
Arab Saudi mengecam keganasan yang berlaku ketika ini serta ucapan kebencian yang menghasut diskriminasi perkauman ke atas umat Islam Rohingya.
Wakil tetap Arab Saudi di PBB, Faisal bin Hassan Trad berkata, masyarakat Rohingya telah melalui satu tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
Beliau meminta masyarakat antarabangsa mengambil langkah segera bagi melindungi hak asasi penduduk Rohingya.
“Kerajaan Myanmar tidak meng­iktiraf mereka sebagai rakyat dan menghadkan pergerakan mereka serta menafikan asas hak asasi mereka termasuk untuk mendapatkan makanan dan penjagaan kesihatan,’’ katanya,
Faisal berkata, kerajaan Myanmar mesti mendokong dasar yang telus dan komprehensif bagi menghentikan penindasan terhadap umat Islam di negara itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-perlu-lindungi-rakyat-1.110940#sthash.Hg9vzPgd.dpuf

Sunday 5 July 2015

24 jenazah etnik Rohingya dikebumikan

Alor Setar: Sebanyak 24 jenazah yang juga kumpulan ketiga mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya daripada keseluruhan 106 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena dekat sini, jam 3 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya berkata, jenazah membabitkan 23 lelaki dan seorang tidak dapat dikenal pasti identiti itu dibawa menaiki enam trak polis dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum upacara pengebumian dijalankan bermula 1 pagi tadi.
"Kesemua jenazah terbabit selamat tiba di kawasan tanah perkuburan jam 12.30 tengah malam dan disemadikan di dalam satu liang lahad di mana upacara pengebumian selesai jam 3 pagi tadi.
"Jenazah sebelum itu dimandi dan disembahyangkan kira-kira jam 9 malam di HSB, " katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian berkenaan di sini, pagi tadi.
Menurutnya, baki 24 jenazah akan dikebumikan awal pagi esok sementara tujuh lagi jenazah akan dikebumikan selepas Aidilfitri.
Harian Metro sebelum ini melaporkan sebanyak 21 jenazah membabitkan 19 lelaki dan dua perempuan selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama kira-kira jam 10 pagi 22 Mei lalu.
Jenazah itu adalah kumpulan pertama yang dikebumikan selepas menjalani proses bedah siasat di HSB, manakala baki 55 lagi akan diuruskan dengan kaedah sama secara berperingkat.
Sementara kumpulan kedua yang dikebumikan pula sebanyak 30 jenazah membabitkan 28 lelaki dan dua perempuan yang dikebumikan pada 29 Jun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 5:57 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61996#sthash.1Pa3iJOp.dpuf

Saturday 4 July 2015

Rohingya: Mangsa mati akibat kebuluran

rohingya
4 Julai 2015 POKOK SENA - Kumpulan ketiga 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi ini.

Pengebumian kesemua jenazah terbabit, 23 lelaki dan satu tidak diketahui jantinanya bermula pada 12 tengah malam dan hanya selesai kira-kira 3 pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya, pengebumian 24 jenazah hari ini membawa bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 75 daripada 106 jenazah keseluruhan.

"Baki 31 lagi jenazah yang masih ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah bagi proses bedah siasat berkemungkinan akan dikebumikan Ahad ini dan selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas meninjau pengebumian itu hari ini.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, diikuti oleh kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah mangsa jenayah itu beberapa hari selepas itu.

Sehingga awal hari ini, daripada 75 jenazah mangsa yang telah selamat dikebumikan, empat daripadanya adalah jenazah wanita manakala lain-lain adalah
jenazah lelaki, kata Noh.
    "Kebanyakan jenazah yang dikebumikan hanya tinggal tulang-tulang sahaja dan
sedikit cebisan daging," menurut beliau dan menambah, jenazah lelaki dan wanita
dikebumikan di liang lahad berasingan.
    Ditanya tentang punca kematian mangsa-mangsa itu, beliau berkata,
berdasarkan laporan secara lisan yang diterimanya daripada pasukan forensik yang
melakukan proses bedah siasat terhadap mangsa mengatakan ia akibat kebuluran dan
bukan akibat didera atau diseksa.
    Bagaimanapun, tindakan mengurung mangsa tanpa memberi sebarang makanan atau
minuman juga merupakan suatu bentuk pembunuhan dan penyeksaan, katanya.
    Turut menghadiri pengebumian jenazah mangsa pemerdagangan manusia hari ini
adalah Timbalan Pengerusi Rohingya Society Malaysia Kedah (RSM) Yusof Ali.
    Pengebumian jenazah-jenazah mangsa pemerdagangan manusia Wang Kelian itu
diuruskan oleh kakitangan JAIK, Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya,
Majlis Keselamatan Negara serta penduduk-penduduk Kampung Tualang. - Bernama