Wednesday 15 July 2015

Sebulan terdampar di pulau


Bangkok: Tentera laut Myanmar menemui lebih 100 imigran warga Bangladesh yang terdampar hampir sebulan di sebuah pulau di sempadan negara itu, lapor media Myanmar semalam.

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, 102 imigran itu dijumpai lewat Jun lalu di sebuah pulau di Taninthayi yang bersempadan dengan Thailand.

Semua imigran lelaki berkenaan diselamatkan pada 30 Jun hingga 12 Julai lalu.

Imigran itu mendakwa mereka ditinggalkan di pulau itu oleh sindiket penyeludupan manusia pada awal Jun lalu.

“Tentera laut masih melancarkan operasi mencari di kawasan itu dan semua imigran akan dihantar pulang ke negara asal,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut di mana semua imigran ditempatkan.

Sementara itu, pegawai kedutaan Bangladesh di Yangon memberitahu mereka tidak dimaklumkan kerajaan berhubung penemuan imigran berkenaan.

“Kami hanya menerima maklumat daripada media.

“Kami tidak menerima maklumat rasmi daripada Kementerian Hubungan Luar Myanmar,” kata jurucakap kedutaan, Tareque Mohammed. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64353#sthash.cQ1vbtyA.dpuf

No comments:

Post a Comment