Thursday 2 July 2015

Thailand tahan tokan jual hamba

pegawai Jabatan Siasatan Khas Thailand menunjukkan gambar mereka yang disyaki terbabit dalam sindiket memperdagang manusia. - Foto AP
Bangkok: Pihak berkuasa Thailand menahan dua lelaki ketua sindiket pemerdagangan manusia dengan memerangkap atau memperdaya mangsa untuk bekerja sebagai hamba dengan bot nelayan dari negara Asia Tenggara.
Menurut Leftenan Kolonel Komvich Padhanarath dari Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI) hari ini, dua lelaki itu beroperasi di Samut Sakorn, wilayah perikanan terbesar negara itu dan sejak 2008. kira-kira 60 orang sudah menjadi mangsa mereka.
Chayuthphong Charoenporn, 50, dan Samruay Chatkrod, 53 menggunakan orang tengah untuk mencari pekerja di stesen kereta api, stesen bas dan tempat awam lain.
Menurut Komvich, orang tengah itu mencari mangsa yang kelihatan miskin dan menawarkan pekerjaan sebelum mereka dibawa ke tempat tahanan yang kadang kala diberi dadah atau arak sebelum dijual kepada pemilik bot dengan harga 30,000 baht (RM3,400) seorang.
Mereka kemudian dibawa ke bot nelayan dekat kepulauan Ambon di Indonesia.
Pengarah pemerdagangan manusia di DSI (sama seperti FBI), Paisith Sungkahapong, berkata dua lelaki mengaku melakukan pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah tetapi tidak mengaku melakukan kesalahan menahan dengan paksa.
“Mangsa tidak tahu akan bekerja dengan bot nelayan, malah tidak tahu perlu bekerja di negara asing,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2015 @ 6:36 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61442#sthash.HEaQjyN0.dpuf

No comments:

Post a Comment