Sunday, 31 May 2015

Sindiket sembunyi mayat, 30 kubur kosong ditemukan


rohingnya

Ahli-ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menunjukkan poster Selamatkan Rohingya ketika mengadakan perhimpunan aman dan kempen mendesak kerajaan Myanmar mengiktiraf warganegara etnik Rohingya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. ini. – BERNAMA
SITTWE 30 Mei – Pendatang asing etnik Rohingya yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand mendakwa beberapa sindiket pe­merdagangan manusia di negara itu menggali semula kubur mangsa dan menyembunyikan mayat-mayat itu di tempat lain.
Menurut pengakuan beberapa mangsa yang diselamatkan dari kem-kem tahanan di kawasan hutan di selatan negara itu, terdapat kira-kira 500 buah kubur di seluruh kawasan hutan di selatan Thailand.
Ini bermakna, hanya sejumlah kecil sahaja kubur yang berjaya di­temukan oleh pihak berkuasa Thailand.
Menurut Burma Times, terdapat laporan yang tidak dapat disahkan bahawa kira-kira 30 buah kubur kosong telah ditemukan di Songkhla, selatan Thailand.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Myanmar dilapor memintas sebuah bot yang membawa 727 pendatang di perairan selatan negara ini, semalam.
Usaha menyelamat penumpang yang didakwa dari Bangladesh itu dibuat seminggu selepas keraja­an menyelamatkan sebuah bot la­in yang membawa kira-kira 200 penum­pang.
Selain itu, pihak berkuasa Myanmar turut menahan seorang lelaki warga Thailand yang didakwa memiliki bot yang membawa 200 pendatang asing tersebut, hari ini.
Lelaki berusia 53 tahun itu dita­han di Yangon selepas pihak ber­kuasa Myanmar bertukar-tukar ‘mak­­lumat dengan polis Thailand’.
Menurut laporan akhbar Global New Light of Myanmar itu, lelaki itu beroperasi menggunakan beberapa nama Myanmar dan nama sebenarnya adalah Naingnutpatunsantun yang berasal dari wilayah Ranong, Thailand.
“Dia berkata pernah menghu­bungi kumpulan pemerdaga­ngan manusia di Bangladesh dan menyeludup mereka ke Thailand dan Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan berasi­ngan di Jakarta, Qatar dilapor akan mendermakan sejumlah AS$49 juta (RM) bagi membantu Indonesia menyediakan pusat perlindungan bagi pelarian Rohingya, lapor JakartaGlobe.
Menteri Luar Indonesia, Retno L.P. Marsudi berkata, beliau bercakap dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dalam satu perte­muan di Doha, baru-baru ini dan Qatar akan membantu daripada segi kewangan bagi membiayai keperluan etnik Rohingya. – AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-sembunyi-mayat-30-kubur-kosong-ditemukan-1.97507#sthash.sLmv7tr8.dpuf

Saturday, 30 May 2015

‘Saya gali kubur kawan saya’


MOHAMAD TOHA NAZIULLAH (kanan) dan Jahedul Islam Abu Tahir menceritakan

MOHAMAD TOHA NAZIULLAH (kanan) dan Jahedul Islam Abu Tahir menceritakan pengalaman mereka ditahan di kem transit pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian di Alor Setar, Kedah, semalam. BERNAMA
ALOR SETAR 29 Mei – “Walaupun sudah lebih setahun, tetapi bagi saya ia seperti baharu berlaku semalam apabila saya menggali kubur, memandikan dan mengebumikan jenazahnya,” kata Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, tentang rakan karibnya.
Pemuda Rohingya berusia 23 tahun itu masih teringatkan nasib yang menimpa rakannya dikenali sebagai Yunus yang menjadi mangsa kepada kekejaman pengawal di kem transit terbabit.
“Saya dan Yunus ditempatkan dalam kandang sama dan disebabkan umur kami hampir sama, kami rapat dan berjanji untuk menjaga satu sama lain daripada apa-apa bahaya ketika ditahan di kem itu,” katanya dalam temu ramah eksklusif di sini hari ini.
Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa, apabila suatu hari pengawal kem menarik rakannya keluar dari kandang tahanan dan meminta bayaran RM8,000 sebagai syarat membebaskannya ke Malaysia.
Yunus, menurut Mohamad Toha, telah memberitahu pengawal kem transit terbabit beliau telah menjelaskan RM5,500 kepada ejen sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang berjanji untuk membawanya ke Malaysia.
“Yunus beritahu dia tiada duit, selepas menjual tanah dan rumah bagi mengumpul RM5,500 yang dikehendaki oleh ejen, tetapi alasannya tidak diterima oleh pengawal terbabit yang berang.
“Disebabkan jawapan itu yang tidak memuaskan hati, Yunus telah dipukul dengan teruk tanpa sebarang belas kasihan oleh kira-kira lima pengawal kem transit itu menggunakan batang kayu dan besi,” katanya.
Akibat dipukul dengan teruk oleh pengawal terbabit, rakannya itu, menurut Mohamad Toha, tidak lagi mampu bergerak atau makan dan hanya terbaring bersebelahannya di dalam kandang tahanan.
“Beliau tidak lagi boleh bercakap atau bergerak dan hanya terbaring. Matanya hanya merenung kosong. Saya menjaganya siang dan malam, tetapi beberapa hari sebelum meninggal, dia kerap meracau dan badannya sering menggigil.
“Saya sangat sedih melihat ke­ada­an beliau dan pada hari ketiga atau keempat selepas dipukul, Yunus menghembuskan nafas terakhir di dalam kandang tahanan di sebelah saya,” katanya.
Mohamad Toha berkata, beliau diarahkan oleh pengawal kem bersama-sama beberapa tahanan lain untuk memandikan jenazah Yunus dan mengkafankannya menggunakan kain putih yang diberikan.
Ketika dimandikan, katanya, kelihatan luka dan bengkak di serata tubuh Yunus akibat kesan pukulan diterimanya daripada pengawal kem beberapa hari sebelum itu.
“Selesai memandikan Yunus, dengan menggunakan cangkul saya dan tahanan lain menggali kubur berhampiran kandang tahanan dan mengebumikannya. Kami sempat menyedekahkan bacaan Yassin, al-Fatihah dan beberapa surah lain. Ia ucapan selamat tinggal terakhir kepada Yunus, “ katanya.
Sepanjang dua bulan ditahan di kem transit Wang Kelian itu, Mohamad Toha berkata, beliau menggali dan mengebumikan sembilan jenazah tahanan yang meninggal dunia sama ada disebabkan penyakit atau dipukul oleh pengawal.
“Bagaimanapun jenazah ini dikebumi dengan hanya berseluar pendek dan tanpa dimandikan terlebih dahulu atas arahan pengawal kem, berbeza dengan jenazah Yunus yang lengkap dikafan dan dimandi,” katanya.
Pada suatu hari, Mohamad Toha bersama beberapa lain termasuk Nurul Amin Nobi Hussein yang ditemu ramah semalam, telah melarikan diri daripada kem transit terbabit.
Sementara seorang lagi pendatang Rohingya yang menjadi tahanan di kem transit pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand, Jahedul Islam Abu Tahir, 25, pula berkata, dia pernah mengebumikan tujuh jenazah tahanan lelaki di dalam satu liang lahad.
“Ketujuh-tujuh mereka dipukul dengan kejam dengan belakang pistol, batang kayu dan besi kerana gagal membayar wang sebagaimana diminta oleh ejen-ejen terdiri daripada bangsa Rohingya sendiri,” katanya.
Ditahan selama lebih dua bulan tahun lepas, katanya, ketujuh-tujuh tahanan berumur antara 20 hingga 30-an itu dibunuh atas arahan tiga ejen sindiket, katanya.
Ketiga-tiga ejen terbabit berada di kem transit itu ketika ketujuh-tujuh mereka dipukul hingga mati, katanya.
Menurut Jahedul Islam, beliau merupakan seorang daripada tahanan kem yang diarahkan oleh pengawal untuk menggali kubur besar bagi menempatkan ketujuh-tujuh mangsa perlakuan kejam itu.
Tidak lama selepas peristiwa menyayat hati itu, beliau bersama beberapa yang lain berjaya melarikan diri daripada kem transit itu. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/8216-saya-gali-kubur-kawan-saya-8217-1.97314#sthash.coO4vtkZ.dpuf

Inilah Pengganas Sebenar.


Laknatullah!!!tunggu lh kamu wahai si celaka..tentera2 Allah akn datang utk menghapuskan kamu..

Laknatullah!!!tunggu lh kamu wahai si celaka..tentera2 Allah akn datang utk menghapuskan kamu..

Biar Pic Bicara..betapa jahatnya mereka..Buddha tidak mengajar membunoh..mereka sesat dlm ugama mereka..

Biar Pic Bicara..betapa jahatnya mereka..Buddha tidak mengajar membunoh..mereka sesat dlm ugama mereka..



Penderitaan Berbuah Manis, Qatar Sumbang $ 50 Juta untuk Muslim Rohingya

https://www.islampos.com/penderitaan-berbuah-manis-qatar-sumbang-50-juta-untuk-muslim-rohingya-186445/

Jumat 10 Syaaban 1436 / 29 Mei 2015 15:00
file-28-1432799060030630800-(1)
BERITA migran muslim Rohingya tak ada habisnya. Setelah berbagai penindasan oleh etnis Budha terhadap muslim Rohingya dinegaranya yang berlangsung cukup lama, hingga membuat mereka harus ‘kabur’ mencari perlindungan ke perariran Asia Tenggara. Nampaknya, penderitaan itu kini berbuah manis.
Bagaimana tidak, Indonesia dan Malaysia membantu menawarkan tempat pengungsian sementara kepada mereka selama satu tahun, juga Thailand yang membawa mereka ke daratan dengan menggunakan kapal yang dilengakapi perawatan medis. Bukan hanya itu saja, bahkan bantuan makanan ataupun uang mengalir deras datang dari berbagai pihak, baik perorangan, lembaga-lembaga kemanusiaan, maupun dari negara yang simpati kepada nasib muslim Rohingya tersebut.
Sebut saja Qatar, negara Timur tengah ini diberitakan dalam Arab Newspada hari Jumat (29/5/15) akan menjanjikan $ 50 juta untuk membantu Indonesia dalam menampung Muslim Rohingya yang telah menetap di wilayah negara kepulauan ini sejak pertengahan Mei kemarin.
Bantuan ini diumumkan oleh Emir Qatar Sheikh Tamim, saat bertemu dengan Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi di Doha.
“ Kami akan membantu Indonesia dan Malaysia dalam mengahadapi maslah pengungsi dari Myanmar dan Bangladesh, sumbangan senilai $ 50 juta dari Qatar ke pemerintah Indonesia untuk membantu menutupi biaya hosting Rohingya migran rohingya,” kata Sheikh Tamim dikutip QNA.
Sebelumnya, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengatakan bahwa Indonesia akan membutuhkan bantuan internasional untuk membayar tagihan ribuan rumah orang miskin dari migran Rohingya yang berada di negaranya.
Diharapkan, bantuan Qatar ini bisa membantu Indonesia dalam menutupi biaya beribu-ribu kepala keluarga muslim rohingya yang berada di Indonesia. [irah/islampos]

Myanmar enggan dipersalahkan

Bangkok: Myanmar semalam bertegas menyatakan ia tidak boleh dipersalahkan berhubung krisis pendatang yang melanda Asia Tenggara ketika ini.
“Anda tidak boleh menyalahkan negara saya semata-mata,” kata Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Htein Lin pada satu mesyuarat serantau di Bangkok.
Lebih 3,000 pendatang mendarat di Indonesia dan Malaysia sejak Thailand melancarkan operasi terhadap kumpulan penyeludupan manusia awal bulan ini.
Kira-kira 2,600 lagi dipercayai masih terdampar dalam bot di laut, kata agensi bantuan.
“Myanmar bukan satu-satunya negara yang menjadi punca kepada krisis pendatang ini. Rantau ini mengalami masalah penyeludupan manusia dan kami bersedia bekerjasama dalam usaha serantau dan antarabangsa untuk mencari jalan menanganinya,” kata Lin pada mesyuarat berkenaan.
Dia berkata demikian sebagai mengulas ucapan Pembantu Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) Volker Turk yang berkata, krisis pendatang di Teluk Benggala boleh ditamatkan jika Myanmar menangani puncanya.
“Ini memerlukan pelaksanaan sepenuhnya daripada Myanmar. Memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduknya adalah perkara asas,” kata Turk.
Myanmar tidak menganggap etnik Rohingya rakyatnya.
Tetapi, pada masa sama ia menafi menindas masyarakat itu dan menyangkal dakwaan mereka lari kerana dizalimi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:10 AM


PELAMPAU dan sami Buddha Myanmar menunjuk perasaan membantah tekanan antarabangsa terhadap negara itu berkait dengan isu pelarian Rohingya ketika menunjuk perasaan di Yangon, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54368#sthash.yvk9153C.dpuf

Sudah 15 tahun Rohingya lalu depan rumah kami‎

Sudah 15 tahun Rohingya lalu depan rumah kami‎
Paklang menunjukkan Bukit Alor Berangan yang menjadi sempadan antara dua negara dan pernah dilalui nenek moyangnya terdahulu.

KANGAR - Kisah pelarian etnik Rohingya yang masuk ke negeri ini melalui kawasan sempadan bukan satu fenomena asing bagi penduduk di Perlis.

Selain Wang Kelian dan kawasan Padang Besar, penduduk di sekitar Sungai Batu Pahat dan Kuala Perlis juga turut menerima kedatangan tetamu tidak di undang ini sekitar 15 tahun lalu.

Pembongkaran kubur besar dan kem Wang Kelian yang menggemparkan negara baru-baru ini, mengimbau  pengalaman berhadapan dengan etnik berkenaan sejak dahulu lagi.

Takut buka pintu waktu siang

Bentuk muka bumi di sekitar Sungai Batu Pahat yang kelilingi bukit antara faktor pelarian Rohingya mudah membolosi sempadan melalui laluan berkenaan.

Seorang penduduk dikenali sebagai Paklang, 70, berkata, rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari Bukit Alor Berangan menjadi tumpuan pelarian berkenaan pada tahun 2000.

Menurutnya, sebaik sahaja pelarian Rohingya turun dari bukit, kawasan rumahnya akan menjadi laluan mereka sehingga menyebabkan dia dan isteri takut untuk membuka pintu pada waktu siang.

“Bukan kerana kami takut diserang mereka cuma kami tidak mahu rumah ini menjadi lokasi untuk pelarian ini berehat, sebab itulah saya akan membiarkan mereka melepasi rumah saya terlebih dahulu sebelum menyusuli mereka kemudian.

“Sebaik sahaja mengesan kehadiran pelarian Rohingya, saya akan terus menghubungi polis. Apabila mereka berehat di kawasan lapang, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain akan memberikan minuman serta makanan atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Paklang berkata, ada  antara pelarian Rohingya ini mampu berturut dalam Bahasa Malaysia.

Jelasnya, dia pernah diberitahu oleh pelarian itu, bahawa mereka mahu pergi ke Pulau Pinang untuk bekerja.

"Kalau tengok air muka pelarian terbabit, mereka seolah-olah gembira kerana menyangka sudah sampai di Pulau Pinang.

“Malah apabila trak polis sampai mereka kelihatan tersenyum dan seperti menganggap polis itu sebagai orang tengah akan membawa mereka ke tempat kerja,” katanya.

Ubah suai pondok penduduk

Kehadiran pelarian Rohingya sukar dikesan kerana bijak mengaburi mata penduduk kampung.

Paklang berkata, ada pelarian bertindak mengubah suai pondok milik penduduk bagi elak dikesan.

Menurutnya, pondok yang sebelum ini dibina tinggi diubah suai menjadi lebih rendah menyebabkan penduduk kampung tidak menyedari kehadiran mereka.

“Tetapi apabila saya melalui kawasan itu, saya rasa hairan dengan keadaan dangau (pondok) yang semakin rendah, selepas diamati barulah saya perasan ada pergerakan manusia agak ramai di situ.

“Selepas menghubungi polis, saya bersama penduduk dan anggota polis menyerbu dangau itu menyebabkan kumpulan berkenaan lari bertempiaran, tetapi kerana keletihan dan kelaparan semua pelarian tersebut dapat ditangkap dengan mudah,” katanya.

Biarpun pelarian Rohingya menukar modus operandi melalui kawasan sempadan di Wang Kelian, Padang Besar dan jalan laut sejak akhir-akhir ini, Paklang tidak menafikan bukit itu sangat mudah didaki.

Paklang berkata, laluan bukit itu sudah dilalui nenek moyang terdahulu yang berhijrah ke Perlis.

"Ibu saya berasal dari Kampung Tanjung Gabus di wilayah Satun yang terletak di belakang bukit ini, jadi orang terdahulu sudah mendaki bukit berkenaan sejak dahulu lagi.

“Saya sendiri pernah berulang alik dari kampung tersebut melalui bukit itu sewaktu muda dulu walaupun terpaksa memanjat bukit selama satu jam, selepas sampai di sebelah sana saya akan menaiki sampan sebelum sampai ke Kampung Tanjung Gabus,” katanya.

Paklang berkata, apabila sampai di sana, dia hanya perlu menemui naiban iaitu ketua kampung untuk memberitahu kehadirannya dan akan pulang semula ke Sungai Batu Pahat pada waktu petang.

“Oleh itu, apabila pelarian Rohingya  melalui kawasan ini, berkemungkinan ada tekong yang tahu mengenai laluan bukit tersebut sebelum melepaskan mereka ke sini.

“Sekarang pelarian berkenaan sudah tidak berani melalui bukit itu kerana dikawal ketat oleh anggota keselamatan, jadi kami berasa lebih selamat,” katanya.

Tidak lari apabila ditahan

Sementara  itu, penduduk di Kampung Wai, Kuala Perlis, Che Loh Abdullah, 73, berkata, kali terakhir dia melihat pelarian Rohingya turun dari bukit berdekatan kampung itu adalah pada tahun lalu.

Menurutnya, sebagai anggota Rela, dia aktif mengawasi kawasan kampung itu bersama beberapa anggota lain.

“Yang saya pelik, beberapa kali saya perasan segelintir pelarian ditahan seperti orang yang sama pernah ditahan sebelum itu, tapi saya diamkan sahaja kerana takut tersilap orang.

“Mereka turun dari bukit tanpa mengira masa, kadangkala waktu malam dan ada kalanya waktu siang, mereka tidak pernah cuba melarikan diri apabila ditahan kerana letih dan lapar," katanya.

Che Loh berkata, sebelum polis tiba penduduk kampung akan memberi mereka kopi dan roti.

Katanya, dia kini tidak lagi melihat kelibat pelarian Rohingya turun dari bukit tersebut setelah mereka sering terkandas apabila sampai di kampung itu.

Myanmar digesa iktiraf Rohingya


AFP - LYNN (kiri) bercakap ketika pertemuan dengan delegasi antarabangsa dari 17 buah negara bagi membincangkan isu krisis pelarian yang berpanjangan di Bangkok semalam.


BANGKOK – Delegasi Myanmar untuk rundingan mengenai krisis migran di Asia Tenggara di sini semalam membidas agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang menggesa negara itu mengiktiraf etnik minoriti Rohingya Muslim sebagai warga negara bagi membendung mereka melarikan diri.
“Berhubung isu pelarian asi­ng menggunakan bot, anda tidak boleh semata-mata menuding jari kepada negara kami,” kata Penga­rah Urusan Kementerian Luar Myan­mar, Htin Lynn.
Kenyataannya itu merupakan respons tegas terhadap rayuan UNHCR untuk menangani krisis pelarian yang berpanjangan termasuk isu ketiadaan status sebagai warganegara.
Dalam ucapan pembukaannya ketika pertemuan dengan 17 negara dan lain-lain agensi, Volker Turk, penolong pesuruhjaya tinggi UNHCR untuk perlindungan, menggesa Myanmar untuk menyelesaikan aliran beribu-ribu etnik Rohingya ke selatan.
Kebanyakan mereka melarikan diri ke beberapa perairan di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Katanya, usaha menangani punca penghijrahan tersebut memerlukan andaian penuh terhadap tanggungjawab Myanmar untuk semua rakyatnya.
“Mendapatkan kerakyatan ialah matlamat utama,” ujar Turk.
Bagaimanapun, Myanmar menafikan taraf kerakyatan majoriti daripada 1.3 juta etnik Rohingya dan tidak menerima mereka sebagai salah satu etnik rasmi, sebaliknya menggelar mereka sebagai ‘Benggali’, panggilan ringkas untuk pendatang asing dari Bangladesh.
Myanmar menolak sebarang isu antarabangsa terhadap status minoriti Muslim itu sejak keganasan perkauman antara Rohingya dan penganut Buddha tercetus pada 2012 di negeri Rakhine yang menyebabkan mereka terus ditindas.
Perwakilan Myanmar menggelar komen Turk sebagai sesuatu yang dipolitikkan mengenai subjek mig­ran sambil menambah bahawa beberapa isu adalah bersifat dalaman.
Kira-kira 3,500 pelarian yang kelaparan terutama Rohingya dan Bangladesh telah tiba di perairan beberapa negara di Asia Tenggara sejak awal bulan ini apabila Thailand bertindak keras terhadap penyeludupan manusia melalui laluan selatan negara itu dari Teluk Bengal. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3basvOw6e 
Hakcipta terpelihara 

PBB, Myanmar bekerjasama tangani ‘bot hanyut’


Anggota kumpulan pendesak Barisan Pertahanan Islam Indonesia membakar

ANGGOTA kumpulan pendesak Barisan Pertahanan Islam Indonesia membakar patung sami Buddha Ashin Wirathu, penyokong gerakan pelampau Buddha di Myanmar yang dikenali sebagai 969 semasa mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam. REUTERS
YANGON 27 Mei – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Myanmar dilapor akan bekerjasama bagi menangani isu ‘bot hanyut’ di peringkat serantau dan tempatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kerjasama itu dinyatakan dalam satu kenyataan PBB yang disiarkan, hari ini berikutan lawatan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar, Vijay Nambiar ke sebuah kem pelarian di negeri Rakhine, barat Myanmar.
Nambiar dan pihak berkuasa Myanmar dilapor membincangkan isu pemerdagangan manusia dan penghijrahan luar biasa yang berkaitan dengan krisis pelarian semasa di Laut Andaman dan Teluk Benggal.
PBB dalam kenyataannya menegaskan tentang keperluan tindakan bersepadu diambil ke atas broker dan sindiket jenayah yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia di rantau ini dan menawarkan sokongan kepada kerajaan Myanmar dalam menangani isu tersebut.
Badan dunia itu pada masa sama menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan operasi mencari dan menyelamat pelarian yang masih terkandas di laut.
Kerajaan Myanmar sementara itu dijangka mengambil bahagian pada satu mesyuarat serantau yang dijadual diadakan Jumaat ini di Bangkok bagi mengenal pasti bidang-bidang kerjasama serantau.
Bangladesh dan Myanmar sedang berusaha menghantar pulang 200 pelarian Bangladesh yang diselamatkan oleh tentera laut Myanmar di bawah perjanjian antara kedua-dua negara.
Dalam perkembangan berasingan, portal berita Al Jazeera melaporkan, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang (IOM) mendakwa sekurang-kurangnya 2,621 pendatang Bangladesh dan etnik Rohingya masih terkandas di laut menunggu untuk diselamatkan di Laut Andaman dan Teluk Benggal.
Menerusi satu sidang media bersama di Manila, hari ini, wakil dua pertubuhan itu merayu peruntukan sebanyak AS$26 juta (RM94 juta) bagi membantu operasi menyelamat, penempatan semula atau menghantar semula kira-kira 10,000 orang yang terjejas dalam krisis pelarian itu.– BERNAMA/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-myanmar-bekerjasama-tangani-8216-bot-hanyut-8217-1.96550#sthash.C5vOgfTg.dpuf

Di mana Suu Kyi?


Dalai Lama persoal kegagalan ikon demokrasi bantu Rohingya



Walaupun ribuan pelarian etnik melarikan diri dengan menaiki bot menuju ke negara-negara Asia Tenggara kerana layanan buruk dan diskriminasi oleh penduduk Buddha di negara itu, Suu Kyi masih tetap membisu.
Pemerhati ber­kata, tin­da­kan pe­mimpin itu disebabkan kebimbangan berhubung pengurangan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Myanmar yang dijadual November ini.
Dalai Lama berkata, beliau telah merayu sebanyak dua kali kepada Suu Kyi sebelum ini agar membela nasib Rohingya termasuk pada 2012, tetapi tiada jawapan diberikan pemimpin wanita tersebut.
“Sangat menyedihkan dan saya berharap supaya Suu Kyi dapat melakukan sesuatu,” ujarnya dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Australia.
Katanya, dia pernah bertemu dengan Suu Kyi sebanyak dua kali di London serta di Republik Czech dan mengakan perbincangan tentang masalah itu, tetapi Suu Kyi memberitahu dia berdepan beberapa masalah besar.
“Namun saya yakin Suu Kyi boleh menyelesaikan masalah ini,” ujarnya lagi.
Isu pelarian etnik Rohingya menjadi perhatian umum bulan ini selepas beribu-ribu pelarian etnik itu dan dari Bangladesh, dijumpai hanyut di sekitar perairan Asia Tenggara termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia selepas sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di selatan Thailand dibongkar. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/di-mana-suu-kyi-1.97045#sthash.halqljGm.dpuf

Rohingya dilarang bercakap dengan media


Gambar bertarikh 23 Mei lalu, merakamkan pegawai kerajaan Myanmar

Gambar bertarikh 23 Mei lalu, merakamkan pegawai kerajaan Myanmar dan pegawai PBB berdiri di dalam sebuah bot yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan manusia di sebuah jeti di Sittwe, Rakhine, Myanmar. REUTERS
SITTWE 28 Mei – Kerajaan Myan­mar didakwa mengeluarkan ugutan bunuh terhadap etnik Rohingya dan keluarga mereka sekiranya mereka memberi kenyataan kepada media, lapor portal berita Burma Times.
Portal itu yang memetik ke­nyataan sumber yang enggan dikenali melaporkan, etnik Rohingya juga berdepan ancaman bunuh jika mengaku mereka adalah rakyat Myanmar.
Jumaat lalu, kerajaan Myanmar menyelamatkan sekumpulan pendatang etnik itu dari sebuah bot dan memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta media antarabangsa bahawa semua 208 penumpang itu merupakan rakyat Bangladesh.
Penduduk tempatan di Hasurata dan sumber portal itu mengesahkan bahawa kenyataan kerajaan Myanmar tidak benar.
Semua penumpang bot tersebut yang kebanyakannya etnik Rohingya, cepat-cepat dibawa keluar oleh pihak berkuasa sebelum ketibaan media dan pertubuhan antarabangsa ke tempat kejadian.
Tindakan itu menurut mereka bagi menyokong kenyataan pegawai kerajaan bahawa pendatang yang diselamatkan itu adalah dari Bangladesh.
Kini pihak berkuasa memindahkan etnik Rohingya itu ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan dengan ada daripadanya dibebaskan selepas membayar sejumlah wang.
Dalam kejadian berasingan, sebuah keluarga etnik Rohingya mendakwa anak mereka menjadi mangsa pembunuhan doktor di Hospital Maungdaw meskipun telah menjalani pemeriksaan selepas keadaannya dilapor sudah bertambah baik.
Riaz, 12, dimasukkan ke hospital Rabu lalu dan keadaannya bertambah baik dua hari selepas itu namun ketika keluarganya meminta kebenaran doktor untuk membawanya keluar, doktor memberi alasan dia perlu dibedah kerana menghidap batu karang sebelum dia meninggal dunia keesokan harinya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) bakal membincangkan secara bersama 10 pelan tindakan bagi menangani krisis pendatang di Asia Tenggara semasa satu mesyuarat khas di Bangkok esok.
“UNHCR berharap mesyuarat esok akan bersetuju tentang tindakan bersama bagi menangani krisis kemanusiaan dan menangani punca kepada penghijrahan itu,’’ kata pegawai perhubungan kanan serantau UNHCR, Vivian Tan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rohingya-dilarang-bercakap-dengan-media-1.97047#sthash.Gld4TbRg.dpuf

Myanmar bentuk pelan tindakan


BANGKOK 29 Mei - Myanmar bersetuju membentuk pelan tindakan sehingga ke akar umbi bagi mengatasi masalah pendatang asing di Asia Tenggara, keputusan yang dicapai selepas berakhirnya mesyuarat mengenai pendatang asing, di sini hari ini.
Kombinasi gambar memaparkan sebahagian pendatang asing Rohingya sebelum di selamatkan (gambar atas) dan selepas mereka diselamatkan (gambar bawah) oleh kerajaan Indonesia dan ditempatkan di Banda Aceh, baru-baru ini. AFP
Satu kenyataan yang dikeluarkan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Bangkok itu dan dihadiri 17 negara itu turut menggesa negara-negara terbabit supaya mencari punca utama yang menyebabkan berlakunya masalah pendatang asing termasuk `mempromosi budaya menghormati hak asasi manusia’.
Myanmar bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pada mesyuarat tersebut,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Luar Thailand.
Nada itu berbeza berbanding semasa pembukaan mesyuarat khas tersebut apabila Myanmar mengambil pendirian `lepas tangan’ dengan enggan bertanggungjawab di atas masalah yang berlaku terhadap pendatang asing etnik Rohingya terbabit.
Malahan Yangon membidas kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa Yangon bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu itu.
Timbalan Pesuruhjaya PBB bagi Pelarian (UNHCR), Volker Turk semasa berucap pada pembukaan mesyuarat itu menggesa Myanmar mengatasi masalah kebanjiran pelarian etnik Islam Rohingya sejak beberapa tahun lalu ekoran keganasan di barat negara tersebut.
Jelas Turk, kerajaan Myanmar perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap rakyatnya, termasuk etnik Rohingya supaya isu terbabit diselesaikan di peringkat akar umbi.
“Jalan penyelesaian paling terbaik adalah memberi kerakyatan penuh kepada etnik Rohingya,” kata beliau.
Bagaimanapun, delegasi Myanmar yang diketuai Ketua Pengarah Kementerian Luar, Htin Lynn membalas kritikan Turk apabila mendakwa isu pendatang tanpa izin dan orang hanyut tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada Yangon.
Malah Lyyn turut menyifatkan kenyataan Turk sebagai bermotifkan politik dan sesetengah isu merupakan hal ehwal dalaman negara.
Myanmar secara konsisten menafikan hak kerakyatan kira-kira 1.3 etnik Rohingya dan tidak mahu menerima masyarakat itu sebagai etnik minoriti selain menggelar mereka sebagai Bengali, merujuk kepada rakyat Bangladesh.
Krisis orang hanyut mula tercetus pada awal bulan ini apabila pihak berkuasa Thailand melancarkan operasi besar-besaran terhadap sindiket pemerdagangan manusia ekoran penemuan kubur besar mangsa sindiket tersebut di selatan negara ini.
Situasi berkenaan berlarutan apabila beberapa negara Asia Tenggara enggan menerima kehadiran orang hanyut di negara masing-masing, sekali gus mengundang tekanan dari seluruh dunia yang mahu isu tersebut ditamatkan.
Namun, pertemuan selama sehari yang tidak dihadiri oleh pegawai peringkat kementerian, dijangka tidak dapat mencapai keputusan terbaik bagi menyelesaikan isu orang hanyut yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu di rantau Asia Tenggara. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-bentuk-pelan-tindakan-1.97255#sthash.UKFI1FBC.dpuf

Myanmar, PBB 
tolak etnik Rohingya


pegawai bancian Maynmar menjalankan bancian di sebuah kampung

Pegawai bancian Maynmar menjalankan bancian di sebuah kampung Rohingya di Sittwe, ibu negeri Rakhine, barat Myanmar pada 31 Mac 2014. AGENSI
YANGON 29 Mei – Kumpulan aktivis hak asasi manusia mengkritik tindakan kerajaan Myanmar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak mengiktiraf etnik Islam Rohingya sebagai kumpulan etnik minoriti di negara itu, berdasarkan keputusan bancian di seluruh negara itu yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Walaupun kumpulan pemerhati antarabangsa memuji pelaksanaan bancian itu yang menelan kos sebanyak AS$50 juta (RM182 juta) sebagai petunjuk awal sosioekonomi Myanmar, tetapi tindakan Yangon mengabaikan hak etnik Rohingya daripada senarai 135 kumpulan etnik di negara ini menunjukkan sikap kerajaan Myanmar tidak berminat untuk mengiktiraf golongan itu sebagai rakyat sah Myanmar.
Pegawai kanan penyelidikan pertubuhan Human Rights Watch, David Mathieson berkata, tindakan mengecualikan etnik Rohingya dari­pada bancian tersebut merupakan tindakan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana kerajaan Myanmar menunjukkan dasar yang berbaur perkauman dan dasar yang menindas.
“Tindakan berkenaan juga merosakkan kepentingan dan keperluan bancian untuk pembangunan Myanmar,” katanya seperti yang dilaporkan portal Al Jazeera.
Keputusan bancian tersebut yang disiarkan, hari ini menunjukkan populasi Myanmar yang mempunyai seramai 51.5 juta penduduk, tidak termasuk kira-kira 1.3 juta etnik Rohingya yang menetap di negeri Rakhine di barat negara ini.
Presiden Myanmar, Thein Sein dalam ucapannya ketika mengulas tentang keputusan bancian tersebut, tidak menyebut langsung tentang nasib etnik Rohingya, sebaliknya mempertahankan bancian berkenaan yang disifatkan oleh beliau sebagai mematuhi piawaian antarabangsa.
Senada dengan Thein Sein, Penasihat Khas PBB bagi Myanmar, Vijay Nambiar turut memuji bancian berkenaan sebagai pencapaian bersejarah demi pembangunan negara dan proses demokrasi.
Nambiar tidak mengulas tentang nasib etnik Rohingya yang tidak tersenarai sebagai salah satu daripada etnik minoriti di Myanmar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-pbb-8232-tolak-etnik-rohingya-1.97257#sthash.6quIsurC.dpuf