“Dari sudut kemanusiaan, agak sedih pelarian itu kembali dihalau semula ke laut oleh beberapa negara.
“Myanmar juga menegaskan, negara kami bukan punca kepada masalah ini,’’ kata Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, Zaw Htay sepertin laporan Al-Jazeera.
Lebih 2,000 orang pelarian yang kelaparan dan terdesak telah tiba di Thailand, Malaysia dan Indonesia beberapa minggu ini, manakala ribuan lagi dipercayai masih hanyut di laut selepas tindakan tegas diambil terhadap sindiket pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Kebanyakan penumpang di dalam bot itu merupakan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar dengan penumpang selebihnya merupakan rakyat Bangladesh yang mahu keluar dari belenggu kemiskinan.
Orang hanyut itu mendakwa ingin ke Malaysia dan Indonesia.
Htay dalam pada itu berkata, negaranya tidak mengabaikan masalah pendatang asing terbabit, tetapi masih belum membuat keputusan sama ada mahu hadir ke pertemuan berhubung isu tersebut di Thailand pada 29 Mei ini.
Kelmarin, beliau menyatakan Myanmar tidak akan hadir ke mesyuarat dihadiri 15 negara tersebut jika nama Rohingya dibangkitkan.
“Myanmar merasakan, negara-negara jiran sengaja meletakkan kesalahan kepada kami, semata-mata mahu menyembunyikan aktiviti pemerdagangan manusia yang dijalankan di negara mereka,” ujar­nya.