Monday 25 May 2015

PM Bangladesh kecam pelarian


Dhaka: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, semalam mengecam pelarian ekonomi negara itu selepas ramai dalam kalangan mereka terdampar dalam keadaan menyedihkan di laut.
Dia menyifatkan mereka ‘pesakit mental’ yang menjejaskan imej negara.
“Pekerjaan yang ada di negara ini mencukupi untuk mereka. Tetapi mereka memilih untuk meninggalkan negara ini dengan cara yang amat berbahaya,” kata Hasina dipetik oleh akhbar milik kerajaan Sangbad Sangstha.
Ia kenyataan pertama Hasina mengenai krisis pendatang di Asia Tenggara.
Dengan menganggap mereka menghidap ‘sakit mental’ kerana meninggalkan negara itu untuk mencari pekerjaan, Hasina berkata, pelarian berkenaan boleh menikmati kehidupan lebih baik di Bangladesh.
“Mereka mencemar imej Bangladesh di arena antarabangsa,” katanya.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa menghentikan pengaliran keluar rakyat negara itu dan bertindak terhadap penyeludup manusia.
“Di samping penyeludup, hukuman juga perlu dikenakan terhadap mereka yang meninggalkan negara ini secara haram.
“Kerajaan perlu melaksanakan kempen supaya pelarian itu tidak memberi wang kepada orang tengah untuk keluar negara secara haram,” katanya kepada pegawai Kementerian Buruh.
Negara di Asia Tenggara berdepan dengan masalah pendatang yang melarikan diri kerana ditindas dan kemiskinan dengan 2,000 orang dipercayai masih terdampar di tengah laut di Teluk Benggal.
Mereka terdiri daripada etnik Rohingnya dan warga Bangladesh.
Lebih 3,500 pelarian itu berenang ke pantai atau diselamatkan di luar pantai Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak krisis bermula awal bulan ini.
Kelmarin, Indonesia berkata, kebanyakan pelarian yang diselamatkan oleh nelayan di Aceh adalah warga Bangladesh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53141#sthash.pDGWMRpw.dpuf

No comments:

Post a Comment