Friday 29 May 2015

Bot disyaki bawa pelarian Rohingya cuba bolos Malaysia

JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 10:11 AM

Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

 A Royal Malaysian Navy sailor (L) gestures as he stands aboard a naval ship during a search and rescue mission for boat-people, near the Thai-Malaysia border north of Langkawi island on May 28, 2015. The Malaysian navy and coast guard are conducting ongoing search and rescue operations for boats carrying stricken migrants including ethnic Rohingya from Myanmar, as the country said May 28 it believes 139 people are buried in graves at remote detention camps used by people-smugglers on the Thai border which were discovered on the weekend. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

LANGKAWI: Dua bot mencurigakan, dipercayai membawa pelarian Rohingya dikesan kembali menghampiri sempadan perairan Malaysia. Difahamkan, kedudukan dua bot terbabit kini berada di tengah-tengah garisan persempadanan perairan antarabangsa Malaysia dan Thailand. Pemangku Panglima Wilayah Laut III Tentera, Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapten Roslee Mohd Isa, berkata pihaknya menerima maklumat dua bot terbabit sedang melakukan cubaan untuk membolosi sempadan perairan negara. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat menjangkakan masa yang tepat bagi dua bot terbabit untuk berbuat demikian. "Dipercayai, bot terbabit menggunakan khidmat ejen daripada sindiket pemerdagangan haram yang menyebabkan mereka takut untuk memasuki perairan negara ini. Selain itu, terdapat kemungkinan lain, yang mana ejen terbabit cuba memeras ugut penumpang di dalam bot yang mencurigakan itu, sebelum masuk ke perairan negara ini. "Kami berharap pasukan ketenteraan Thailand akan membuat rondaan ke kawasan berkenaan bagi memudahkan proses tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57879

No comments:

Post a Comment