Monday 18 May 2015

Myanmar perlu bertanggungjawab



Kanak-kanak bersama ibu masing-masing merupakan antara lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin etnik Rohingya tiba di Jeti Kuala Kedah baru-baru ini selepas mendarat di Langkawi dengan menaiki bot.


SHAH ALAM – Malaysia mahu kerajaan Myanmar bertanggungjawab menyele­sai­kan isu etnik Rohingya di peringkat dalaman negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, langkah itu perlu dilakukan supaya anggota ASEAN yang lain termasuk Malaysia tidak menanggung beban masalah pendatang asing tanpa izin Rohingya di negara masing-masing.
“Apakah tanggungjawab kerajaan Myanmar, tiadakah sifat kemanusiaan untuk mereka selesaikan perkara ini secara dalaman.
“Akhirnya beban itu terpaksa ditanggung oleh negara ASEAN yang berjiran dengan Myanmar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang akhbar DRB-Hicom Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3aR2wm6tv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment