Menerusi wawancara bersama akhbar The Independent, jurucakap NLD, U Nyan Win berkata, masalah pelarian Rohingya yang hangat diperkatakan pada hari ini perlu diselesaikan melalui undang-undang dan kerajaan Myanmar perlu melakukan pindaan.
Tambah Nyan Win, etnik Rohingya tinggal di negara ini sejak generasi pertama atau ke­dua sudah mempunyai kelayakan dan hak untuk diberikan kerakyatan.
“Jika etnik Rohingya tidak diterima sebagai rakyat, mereka tidak boleh dihantar begitu sahaja ke sungai atau diusir ke laut.
“Bagi saya, mereka mempu­nyai hak yang sama seperti orang lain sebagai manusia,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin par­ti NLD yang juga merupakan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi masih berdiam diri berhubung isu itu dan enggan me­ngulas tentang pemberian hak ke­rakyatan kepada etnik Rohingya.
Senada dengan kenyataan Nyan Win, sami Buddha paling berpengaruh di Myanmar, U Pinnyasiha mahu kerajaan pimpinan Presiden Thein Sein mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu kerakyatan dan pelarian Rohingya.
Jelasnya, kerajaan Myanmar bersikap lepas tangan terhadap masalah itu kerana Indonesia dan Thailand menggunakan perkataan Rohingya berbanding Benggali seperti yang ditawarkan kepada etnik tersebut untuk mendapatkan kerakyatan.
“Tetapi etnik tersebut menghadapi masalah besar ke­rana terpaksa hidup sebagai pelarian dan terkandas di laut. Saya berasa kasihan terhadap nasib mereka dan sebagai sami B