Friday 22 May 2015

AS sedia terima Rohingya

Washington: Amerika Syarikat (AS) bersedia menerima pelarian Rohingya sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa untuk menangani masalah yang kini dihadapi Asia Tenggara, kata Jabatan Negara AS, semalam.
Jurucakapnya, Marie Hurf berkata, AS bersedia mengetuai sebarang usaha membabitkan pelbagai negara yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menempatkan semula pelarian itu.
Lebih 3,000 etnik Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman penganut Buddha Myanmar ditemui di perairan Asia Tenggara sejak tiga minggu lalu.
Kumpulan bantuan berkata, ribuan lagi dipercayai hanyut selepas diabaikan penyeludup manusia.
Hurf memuji keputusan Malaysia dan Indonesia untuk ‘menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang antarabangsa dengan menyediakan bantuan dan perlindungan untuk 7,000 pendatang berkenaan.
AS juga akan menimbangkan permintaan Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB dan Organisasi Antarabangsa untuk Imigran (IOM) untuk menyediakan dana bagi menerima dan menyaring pelarian sebaik mereka mendarat.
“Malaysia dan Indonesia meminta bantuan untuk menempatkan semula golongan itu dan kami akan menimbangkannya.
“Usaha ini membabitkan pelbagai negara, tidak mungkin kami dapat menyelesaikannya sendiri. Namun AS bersedia mengetuai usaha ini,” katanya.
Kira-kira 120,000 Rohingya melarikan diri daripada penindasan ala apartheid di Myanmar sejak tiga tahun lalu.
Pihak berkuasa Myanmar menggelar etnik itu ‘Benggali’ kerana mendakwa mereka pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh walaupun sudah hidup di negara itu sejak beberapa generasi lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 6:52 AM


MURID sekolah menghulurkan makanan kepada seorang kanak-kanak Rohingya yang ditempatkan di kem perlindungan sementara di Bayeun, Aceh, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52620#sthash.j0hnQKeh.dpuf

No comments:

Post a Comment