Saturday 23 May 2015

Myanmar tahan 219 migran

Naypyidaw: Tentera laut Myanmar menemui sebuah bot membawa lebih 200 pelarian yang didakwa pihak berkuasa negara itu warga Bangladesh.
Bot berkenaan ditemui selepas ketua tentera negara itu berkata beberapa pendatang yang mendarat di Malaysia dan Indonesia bulan ini menyamar etnik Islam Rohingya untuk membolehkan mereka mendapat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pihak berkuasa Rakhine, negeri di barat Myanmar berkata, bot berkenaan berasal dari Thailand dan ia merancang menghantar semula pendatang itu.
Kenyataan itu sudah pasti mencetuskan kebimbangan selepas Amerika Syarikat menyelar Myanmar kerana gagal menangani krisis pendatang yang menurut pemerhati berpunca daripada keengganan Naypyidaw mengiktiraf Rohingnya, etnik minoriti yang tinggal di barat negara itu sebagai rakyatnya.
Bot itu dan sebuah lagi yang kosong belayar dari Ranong di selatan Thai, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Rakhine.
“Kami merancang menghantar mereka pulang ke Thailand,” kata kenyataan itu lagi.
Jurucakap kerajaan Ye Htut berkata dalam laman Facebooknya: “Seramai 219 Benggali ditemui dalam bot berkenaan tujuh kilometer dari pantai Maungdaw.”
Perkataan Benggali digunakan oleh kerajaan Myanmar untuk merujuk kepada etnik Rohingya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 6:49 AM


ANGGOTA polis Myanmar memeriksa bot yang membawa pelarian di Rakhine, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52903#sthash.oknGXutz.dpuf

No comments:

Post a Comment