Menurut pengakuan beberapa mangsa yang diselamatkan dari kem-kem tahanan di kawasan hutan di selatan negara itu, terdapat kira-kira 500 buah kubur di seluruh kawasan hutan di selatan Thailand.
Ini bermakna, hanya sejumlah kecil sahaja kubur yang berjaya di­temukan oleh pihak berkuasa Thailand.
Menurut Burma Times, terdapat laporan yang tidak dapat disahkan bahawa kira-kira 30 buah kubur kosong telah ditemukan di Songkhla, selatan Thailand.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Myanmar dilapor memintas sebuah bot yang membawa 727 pendatang di perairan selatan negara ini, semalam.
Usaha menyelamat penumpang yang didakwa dari Bangladesh itu dibuat seminggu selepas keraja­an menyelamatkan sebuah bot la­in yang membawa kira-kira 200 penum­pang.
Selain itu, pihak berkuasa Myanmar turut menahan seorang lelaki warga Thailand yang didakwa memiliki bot yang membawa 200 pendatang asing tersebut, hari ini.
Lelaki berusia 53 tahun itu dita­han di Yangon selepas pihak ber­kuasa Myanmar bertukar-tukar ‘mak­­lumat dengan polis Thailand’.
Menurut laporan akhbar Global New Light of Myanmar itu, lelaki itu beroperasi menggunakan beberapa nama Myanmar dan nama sebenarnya adalah Naingnutpatunsantun yang berasal dari wilayah Ranong, Thailand.
“Dia berkata pernah menghu­bungi kumpulan pemerdaga­ngan manusia di Bangladesh dan menyeludup mereka ke Thailand dan Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan berasi­ngan di Jakarta, Qatar dilapor akan mendermakan sejumlah AS$49 juta (RM) bagi membantu Indonesia menyediakan pusat perlindungan bagi pelarian Rohingya, lapor JakartaGlobe.
Menteri Luar Indonesia, Retno L.P. Marsudi berkata, beliau bercakap dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dalam satu perte­muan di Doha, baru-baru ini dan Qatar akan membantu daripada segi kewangan bagi membiayai keperluan etnik Rohingya. – AGENSI/AFP