Wednesday, 31 December 2014

Myanmar digesa iktiraf Rohingya

Myanmar digesa iktiraf Rohingya | Harian Metro: "Myanmar digesa iktiraf Rohingya
 0  0  0 Google +0
New York: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada golongan minoriti Muslim Rohingya negara itu serta hak sama rata kepada semua perkhidmatan.

Resolusi yang dideraf Kesatuan Eropah diterima 193 negara anggota selepas Myanmar gagal meminta undian dijalankan berhubung isu itu.

Myanmar yang menjadi negara sasaran boleh meminta undi dijalankan sekiranya ia menghendakinya.

Resolusi itu menyuarakan ‘kebimbangan serius’ terhadap nasib masyarakat Rohingya di Rakhine, tempat 140,000 orang hidup dalam kem selepas perbalahan tercetus antara penganut Buddha dan Islam pada 2012.

Pelan kontroversi disokong kerajaan Myanmar turut memaksa Rohingya mengakui diri mereka ‘Bengali’ - panggilan yang dianggap menghina - untuk mendapat kerakyatan.

Mereka yang enggan terpaksa tinggal di kem.

Ramai dalam kalangan kerajaan serta penduduk Buddha Myanmar menganggap Rohingya sebagai pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh, namun masyarakat berkenaan menegaskan mereka adalah penduduk asal negara itu.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:04 AM"



'via Blog this'

Myanmar digesa beri Rohingya kerakyatan


Seorang wanita Rohingya memangku bayinya berusia dua bulan yang
Seorang wanita Rohingya memangku bayinya berusia dua bulan yang mengalami kekurangan zat makanan di pondok kediamannya di Sittwe, Myanmar. – AGENSI
NEW YORK 30 Dis. – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini meluluskan resolusi bagi menggesa Myanmar memberi hak kerakyatan kepada penduduk etnik Islam Rohingya.
Resolusi itu diluluskan pada perhimpunan yang dihadiri sebanyak 193 negara, sebulan selepas langkah tersebut diluluskan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB.
Resolusi berkenaan menggambarkan kebimbangan serius terhadap keadaan getir yang dihadapi penduduk Rohingya di negeri Rakhine di mana seramai 140,000 orang tinggal dalam kem pelarian yang kotor selepas tercetus keganasan antara penduduk Buddha dan Islam Rohingya pada 2012.
PBB menggesa kerajaan Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk Rakhine dan membenarkan akses untuk mendapatkan kerakyatan sama rata kepada penduduk Rohingya.
Resolusi berkenaan turut menyambut baik pembangunan positif di Myanmar berkaitan pelaksanaan reformasi politikdi negara itu serta usaha kerajaan Myanmar menangani situasi di Rakhine.
Sebelum ini, satu pelan yang dikeluarkan kerajaan Myanmar memaksa penduduk Rohingya mendaftar sebagai etnik Benggali sebagai syarat untuk mendapatkan taraf kerakyatan, dan sekiranya mereka enggan, penduduk Rohingya dipaksa tinggal di kem tahanan.
Ramai dalam kalangan kakitangan kerajaan Myanmar dan penduduk Buddha menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh, tetapi komuniti tersebut mempertahankan bahawa nenek moyang mereka berasal dari Myanmar. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-digesa-beri-rohingya-kerakyatan-1.42840#sthash.y7iSCFvf.dpuf

Friday, 19 December 2014

Myanmar rombak sistem kehakiman


Pembaharuan sistem kehakiman dilihat akan menjadikan mahkamah lebih berintegriti dan komited terhadap keadilan.
Pembaharuan sistem kehakiman dilihat akan menjadikan mahkamah lebih berintegriti dan komited terhadap keadilan.
YANGON - MYANMAR. Myanmar  mengumumkan rancangan untuk memperbaharui sistem kehakiman, selepas sistem lama diragui berikutan undang-undang sebelum ini adalah satu birokrasi berlebihan.

Menurut pelan tiga tahun baharu yang dimumkan Mahkamah Agung, mahkamah di seluruh negara akan dipermodenkan dan lebih komited terhadap kebebasan integriti dan kedaulatan undang-undang.

Dalam laporan itu, Ketua Hakim Mahkamah Agung Htun Htun Oo berkata, keamanan dan kemakmuran hanya boleh dicapai apabila prinsip keadilan, kebebasan dan kesaksamaan dipertingkatkan.

Menurut CNA, pelan hala tuju kehakiman 2015 hingga 2017 turut menggariskan keutamaan sistem mahkamah sebagai sebahagian daripada pembaharuan di bawah kerajaan awam yang berjaya membawa negara keluar daripada pengasingan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Laporan dari Suruhanjaya Perundangan Antarabangsa tahun lalu mendedahkan, sekatan kekal ke atas peguam dan rasuah sistematik terus menjejaskan setiap aspek kerjaya mereka.

Thursday, 18 December 2014

Reman Tiga Suspek Kes Bunuh Warga Myanmar Dilanjut

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 5:08 PM
 Oleh: CAVINA LIM editor@mstar.com.my

BUTTERWORTH: Mahkamah majistret di sini melanjutkan perintah tahanan reman tiga suspek dalam kes pembunuhan kejam warga Myanmar selama tujuh hari sehingga 23 Disember ini. Penolong pendaftar, Ahmad Faiz Md Zain pada Selasa membenarkan perintah menyambung reman selepas mendengar permohonan polis bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan siasatan. Kesemua suspek, yang juga warga Myanmar masing-masing berusia 30-an direman sebelum ini selama tujuh hari dari 10 sehingga 16 Disember. Dilaporkan bahawa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua pembunuhan yang terbaharu dipercayai berlaku di "rumah penyembelihan" di Machang Bubok, Bukit Mertajam. Polis turut menemui tiga bilah parang, yang dipercayai menjadi senjata yang digunakan oleh suspek, dari "rumah penyembelihan". Setakat ini, polis menahan 17 suspek untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan 18 warga Myanmar di negeri itu tahun ini. Abdul Rahim berkata, dendam disebabkan isu-isu di negara mereka dipercayai merupakan motif pembunuhan. Banyak bahagian anggota badan ditemui di beberapa tempat awam tahun ini, dengan enam kes berlaku dalam beberapa minggu lalu. Kesemuanya ditemui dibuang di kawasan perindustrian dengan kebanyakannya dibungkus dengan kain putih, cadar dan kain sarung, dan ditinggalkan di tepi jalan.

Wednesday, 17 December 2014

Muslim Rohingya Hidup Tidak Layak di Pengungsian

myanmarPENDUDUK minoritas Islam Myanmar Rohingya, saat ini berada dalam kondisi pengungsian yang menkhawatirkan. Hal tersebut dilaporkan pada hari Selasa (16/12/2014)
Ayam kurus dan anjing kudisan saat ini berbaur dengan anak-anak dan orang dewasa. Meraka terlihat di sepanjang jalan berdebu yang melalui wilayah Da Paing di dekat ibukota negara bagian Rakhine Myanmar.
Tidak ada yang memakai sepatu. Di dekatnya adalah selusin rumah panjang sederhana yang diatur dalam sebuah barisan memanjag. Ada banyak keluarga yang tinggal di tempat itu.
Angin bertiup dari Teluk Benggala memberikan jeda singkat teriknya matahari, memancarkan profil kemiskinan penduduk.
“Tidak apa-apa di sini,” Ba Sein, 52, anggota komite pengelolaan untuk kamp, mengatakan kepada The Anadolu Agency.
7.000 penduduk dari minoritas Muslim Arakan (Rohingya), Da Phaing adalah salah satu dari beberapa pengungsian kotor dan tidak layak untuk pengungsi. [ds/islampos/worldbulletin]

Tuesday, 16 December 2014

Warga Myanmar Dalang Pati

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 4:22 PM


BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 76 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah di sebuah rumah kosong di Kampung Padang Satu di sini pagi Selasa.
Tangkapan dilakukan 11 anggota risik UPP Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 9 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam yang melihat sekumpulan warga asing dalam rumah tersebut.
Timbalan Komander (Operasi) UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alauddin berkata hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati 65 Pati lelaki serta tujuh wanita tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sementara empat lagi memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh.
Beliau berkata kesemua Pati berumur antara 17 hingga 61 tahun itu dipercayai dibawa dari Johor Baharu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kulim yang dikumpulkan sindiket didalangi seorang warga Myanmar yang telah lama tinggal lama di negara ini.
Setiap Pati diapor dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM950 untuk proses penyeludupan keluar dari negara ini, tambahnya.
"Rata-rata Pati tinggal di negara ini antara dua hingga tiga tahun secara tidak sah. Mereka takut dan mahu keluar dari negara ini selepas pihak berkuasa membanteras Pati habis-habisan," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini.
Noor Mohamed berkata semua Pati tersebut dipercayai berkumpul di rumah kosong itu sejak malam tadi selepas mereka diambil oleh sindiket di Changlun, dengan menaiki bas sebelum dibawa ke lorong tikus untuk memasuki Thailand.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Katanya kes akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut dan Noor Mohamed berkata sejak 1 Januari hingga kini, seramai 274 Pati di tahan di Kedah dan sebahagian besarnya adalah warga Myanmar.
Katanya trend kemasukan Pati ke negara ini disebabkan berlakunya kekacauan di negara mereka yang memaksa mereka keluar dari negara itu.
"UPP bersama agensi penguatkuasa lain akan bekerja keras dalam memastikan tidak ada Pati yang dapat masuk ke negara ini dengan pemantauan di pintu sempadan dan di lorong-lorong tikus," katanya.

Friday, 12 December 2014

Satu Lagi Kumpulan Myanmar Disyaki Terlibat Kes Bunuh Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang percaya selain sekumpulan lelaki warga Myanmar yang ditahan bagi bantu siasatan kes bunuh rakan senegara mereka, satu lagi kumpulan turut terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh, kumpulan warga Myanmar yang dikenal pasti itu turut terlibat dalam beberapa kejadian bunuh yang berlaku di negeri ini.
"Berdasarkan maklumat kami, beberapa kes bunuh di Pulau Pinang yang membabitkan warga Myanmar turut dilakukan oleh sebuah kumpulan dari negara yang sama dan mereka ini dipercayai aktif sejak beberapa bulan lepas.
"Polis tengah kesan kumpulan berkenaan dan kami percaya mereka masih di Pulau Pinang, cuma sekarang ini saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana bimbang ia mengganggu siasatan serta operasi polis," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Kontijen Pulau Pinang di sini, Khamis.
Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini termasuk berhampiran Balai Polis Machang Bubok, di sini.
Sejak awal tahun ini 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Bagaimanapun sejak bulan lepas kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.
Abdul Rahim berkata berdasarkan siasatan polis juga, kumpulan yang masih dikesan itu mencari anggotanya dengan merekrut rakan senegara mereka yang bekerja di Pulau Pinang dan kebanyakannya terdiri daripada penduduk dpenduduk dari kawasan yang sama di Myanmar.
"Ketua (kumpulan) yang menetap di Pulau Pinang lebih awal akan merekrut anggota kumpulannya yang kebanyakannya datang ke sini untuk bekerja sebelum mereka tinggal di kawasan yang sama di negeri ini.
"Berdasarkan siasatan polis, motif pembunuhan adalah sama dengan kumpulan yang pertama iaitu dendam dari negara asal. Mereka akan bertindak selepas mendapat maklumat (pergaduhan) dari negara asal," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Bukit Aman, Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan Wisma Putra dalam usaha mengesan anggota kumpulan berkenaan.
Abdul Rahim sekali lagi menegaskan bahawa kejadian pembunuhan membabitkan kumpulan warga Myanmar itu tidak melibatkan warga tempatan dan meminta orang ramai agar tidak gusar atau bimbang.
"Saya beri jaminan kepada orang ramai bahawa kes pembunuhan itu bukan ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan mayarakat setempat sebaliknya hanya membabitkan rakyat Myanmar, tiada warga tempatan yang terlibat sama ada suspek atau mangsa," katanya.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat warga Myanmar yang mencurigakan di kawasan petempatan mereka agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

46 warga Myanmar, Bangladesh dikurung di Sungai Petani

Sebahagian daripada 46 warga Myanmar dan Bangladesh yang ditemui dalam keadaan dikurung di sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. - Foto Omar Osman
SUNGAI PETANI: Seramai 46 warga Myanmar dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun ditemui polis pagi tadi dalam keadaan dikurung dalam sebuah rumah di Taman Sejati Indah, di sini.
Difahamkan, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berjaya menemui semua warga asing itu pada jam kira-kira 5 pagi tadi berikutan penahanan tiga lelaki termasuk seorang daripadanya warga tempatan yang disyaki mengurung mereka.
Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu pada mulanya dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis berhampiran sebuah hotel, di sini.
"Daripada penahanan lelaki tempatan berusia 40-an dan dua warga Bangladesh berusia 30-an itu, anggota polis dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan perumahan.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui senarai 46 warga Myanmar dan Bangladesh dikurung antara dua hari hingga sebulan di dalam rumah terbabit," katanya.
Sumber berkata, semua suspek dan warga asing berkenaan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Malaysia jadi pilihan Rohingya


PELARIAN Rohingya menjadikan Asia Tenggara sebagai persinggahan sementara sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Australia. – Gambar hiasan


NEW YORK – Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja 21,000 Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara.
Malaysia dan Thailand adalah destinasi pilihan pa­ling disukai pelarian-pelarian ini.
Jurucakap Suruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), William Spindler pada majlis taklimat akhbar baru-baru ini berkata, perangkaan itu termasuk peningkatan 37 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus dipercayai kaum wanita sementara kira-kira satu pertiga pelarian yang ditemu bual oleh UNHCR di Thailand dan Malaysia berumur bawah 18 tahun.
“Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober apabila laut kurang bergelora selepas berakhirnya musim hujan," jelas Spindler sambil menambah, jumlah aliran keluar pelarian pada Oktober tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3LdWofVJH 
Hakcipta terpelihara 

Lebih ramai Rohingya menuju ke Asia Tenggara

Kaum RohingyaNEW YORK - Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja 21,000 Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara.

Malaysia dan Thailand adalah destinasi pilihan paling disukai pelarian-pelarian ini.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), William Spindler pada majlis taklimat akhbar baru-baru ini berkata, perangkaan ini termasuk peningkatan 37 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus dipercayai kaum wanita sementara kira-kira satu pertiga pelarian yang ditemu bual oleh UNHCR di Thailand dan Malaysia berumur bawah 18 tahun.

"Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober, apabila laut kurang bergelora selepas berakhirnya musim hujan," jelas Spindler sambil menambah, jumlah aliran keluar pelarian Oktober tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dianggarkan 120,000 orang telah melakukan pelayaran itu sejak awal tahun 2012 dan mereka dilapor membayar kepada ejen antara AS$1,600 hingga AS$2,400 (RM5,500-8,500).

Pelarian-pelarian itu mungkin menjadikan destinasi Asia Tenggara sebagai persinggahan sementara sebelum meneruskan perjalanan ke Australia atau negara
maju yang lain untuk mendapatkan taraf pelarian yang amat mereka dambakan.

Menurut pengiraan UNHCR, berdasarkan kekerapan serta kos pelayaran seumpama itu, pihak yang menjalankan penyeludupan pelarian ini mungkin telah mengaut hampir AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh tiga tahun terakhir ini sahaja apabila jumlah pelarian memuncak.

Spindler berpendapat, peningkatan angka pelarian berpunca daripada situasi semasa di Myanmar yang mana ketegangan serta konflik etnik mungkin menyebabkan kumpulan etnik minoriti Rohingya meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun, beliau memberi peringatan bahawa cara yang digunakan oleh penyeludup itu membahayakan nyawa pelarian itu.

Kebanyakan pelarian yang melakukan pelayaran berkenaan pada awalnya dikenakan bayaran yang sedikit.

Bagaimanapun, setibanya mereka di destinasi yang dituju, pelarian akan ditahan secara paksa sehingga keluarga atau saudara-mara membayar sejumlah wang yang banyak untuk pembebasan mereka.

Dalam kebanyakan kes, mereka itu ditahan dalam keadaan yang teruk dan turut dipukul, diseksa serta dirogol.

Bagaimanapun, penderitaan mereka mungkin tidak akan berakhir meskipun telah dibebaskan.

Mereka mungkin ditahan di negara yang mereka mendarat, hidup dalam penuh ketakutan bagaimana untuk menyara hidup dan malahan, berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara asal.

Menurut Spindler, keadaan itu amat merunsingkan pelarian.  - Bernama

Wednesday, 10 December 2014

2 pekerja Myanmar tak mengaku bunuh pelancong

Bangkok: Dua pekerja Myanmar mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dua pelancong Britain di Thailand, kata peguam mereka semalam.
Thanu Akekachote berkata, dia difahamkan bahawa mahkamah sengaja mahukan perbicaraan itu dijalankan segera berdasarkan kepada kesan industri pelancongan dan hubungan antarabangsa yang terjejas akibat kes berkenaan.
Polis menangkap Zaw Lin dan Win Phyo pada Oktober lalu kerana disyaki membunuh David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, di pesisir pantai Koh Tao.
Mayat mangsa ditemui pada 15 September lalu.
Polis berkata, bukti DNA menunjukkan kedua-dua tertuduh yang berusia 21 tahun bertanggungjawab dalam pembunuhan berkenaan.
Pendakwa memfailkan sejumlah tuduhan termasuk berpakat membunuh, merogol dan memasuki Thailand secara haram di mahkamah Khamis lalu.
Kedua-dua tertuduh dibawa ke mahkamah di Koh Samui untuk mendengar pertuduhan semalam.
Siasatan terhadap kes itu dicemari pelbagai dakwaan salah laku, seperti pencemaran bahan bukti dan penderaan.
Tertuduh juga mendakwa dipukul untuk memaksa mereka mengaku membunuh.
Bagaimanapun polis Thailand menafikan dakwaan itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:48 AM


WIN Phyo (kiri) dan Zaw Lin dibawa dengan kenderaan penjara ke mahkamah di Koh Samui, Surat Thani, untuk dibicarakan semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14831#sthash.mgEGSn1a.dpuf

Tuesday, 9 December 2014

Kes bunuh di Relau ada kaitan rakyat Myanmar


8 Disember 2014


BUTTERWORTH - Polis percaya kes bunuh di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau dekat sini hari ini dilakukan oleh kumpulan rakyat Myanmar yang sama dalam beberapa kes bunuh melibatkan rakyat negara itu di negeri ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia berdasarkan modus operandi dan kesan kecederaan yang dialami mangsa sama seperti kes-kes bunuh membabitkan rakyat Myanmar sebelum ini.
 
"Berdasarkan siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan kes bunuh awal pagi ini di Relau itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes bunuh membabitkan warga Myanmar.
 
"Suspek dipercayai warga Myanmar dan mangsa juga rakan senegaranya. Motif kejadian dipercayai dendam yang dibawa dari negara mereka, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Boling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Piala Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim', di sini hari ini.
 
Abdul Rahim berkata usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan menurutnya mungkin polis boleh mendapatkan maklumat daripada warga Myanmar yang ditahan sebelum ini.
 
Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal, mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Bagaimanapun sejak bulan lepas kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa. -Bernama

2 ditahan bantu kes 
kerat warga Myanmar

09 Disember 2014 2:09 AM
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki Myanmar yang mayatnya dikerat empat dan ditanam di kawasan lapang berhampiran Kem Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat Bidor, Perak baru-baru ini.
Difahamkan, dua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditahan kerana bersubahat menculik mangsa pada 12 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dua suspek terbabit ditahan di Singapura dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) sebelum mereka dibawa ke negara ini.
Katanya, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.
“Kedua-dua suspek yang ditahan itu telah direman tujuh hari. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita mengesan beberapa motif antaranya balas dendam atau masalah dadah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sebelum ini, seorang lelaki yang dilaporkan diculik di ibu negara pada 12 November lalu ditemukan mati dibunuh dengan mayatnya dikerat empat sebelum ditanam berhampiran Kem Batalion 3 PGA, dekat Bidor, Perak.
Penemuan mayat mangsa adalah hasil penahanan suspek utama yang telah membawa polis ke lokasi berkenaan.
Sementara itu, keluarga Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, dan Konstabel Sharil Hisham Hashamdi, 25, yang maut dalam insiden sebuah pondok kawalan stor simpanan barang kes di Jalan Belfields, Kampung Attap dihempap sebatang pokok besar pada 12 Oktober lalu, menerima sumbangan wang insurans sumbangan tabung polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-ditahan-bantu-kes-8232-kerat-warga-myanmar-1.34320#sthash.jpJpIOVV.dpuf

Monday, 8 December 2014

Kes bunuh di Relau ada kaitan rakyat Myanmar


8 Disember 2014


BUTTERWORTH - Polis percaya kes bunuh di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau dekat sini hari ini dilakukan oleh kumpulan rakyat Myanmar yang sama dalam beberapa kes bunuh melibatkan rakyat negara itu di negeri ini.
   
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia berdasarkan modus operandi dan kesan kecederaan yang dialami mangsa sama seperti kes-kes bunuh membabitkan rakyat Myanmar sebelum ini.
   
"Berdasarkan siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan kes bunuh awal pagi ini di Relau itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes bunuh membabitkan warga Myanmar.
   
"Suspek dipercayai warga Myanmar dan mangsa juga rakan senegaranya. Motif kejadian dipercayai dendam yang dibawa dari negara mereka, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Boling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Piala Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim', di sini hari ini.
   
Abdul Rahim berkata usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan menurutnya mungkin polis boleh mendapatkan maklumat daripada warga Myanmar yang ditahan sebelum ini.
   
Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal, mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Bagaimanapun sejak bulan lepas kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa. -Bernama

15 warga Myanmar yang ditahan pemegang kad UNHCR

AHAD, 7 DISEMBER 2014 @ 4:16 PM

 
BUKIT MERTAJAM: Lima belas daripada 17 lelaki Myanmar yang ditahan sejak dua minggu lepas bagi membantu siasatan beberapa kes bunuh dan kerat rakyat negara itu di Pulau Pinang adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), kata polis.

Malah, dua daripada mereka yang ditahan dalam Ops Kelar itu baru sahaja memasuki negara ini secara haram melalui sempadan Malaysia-Thailand dan dikatakan baru memohon kad UNHCR.

"Berdasarkan siasatan, 15 pemegang kad UNHCR itu telah menetap di negara ini sejak 10 hingga 14 tahun lepas dan ada antara mereka adalah kontraktor binaan serta menggaji rakan senegara mereka.

"Kebanyakan mereka dipercayai masuk ke negara ini secara haram menerusi sempadan negara sebelum memohon kad UNHCR dan selepas keadaan stabil di sini mereka akan membawa anggota keluarga tinggal bersama," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R.Gunarajan kepada Bernama di sini hari ini.


Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit mula memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam termasuk berhampiran balai polis Machang Bubok, di sini.

Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal, mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Bagaimanapun sejak bulan lepas kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.

Awal pagi Jumaat lepas, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Pisang, Machang Bubuk di sini yang dipercayai dijadikan tempat kumpulan terbabit memotong badan mangsa mereka.

Sementara itu sumber berkata 17 lelaki Myanmar yang ditahan itu masuk ke negara ini secara haram dan menubuhkan satu kumpulan yang mempunyai ideologi sama serta mempunyai semangat kekeluargan yang tinggi.

Beliau berkata anggota kumpulan itu bukan sahaja di Pulau Pinang malah di beberapa negeri lain. Mereka berpusat di Selayang, Selangor serta sangat akrab antara satu sama lain dan saling membantu terutama jika ada anggota mereka menghadapi masalah.

"Berdasarkan maklumat, 17 lelaki yang ditahan itu berasal dari daerah yang sama di Myanmar dan mangsa mereka juga dari kawasan yang sama serta mengenali antara satu sama lain," kata sumber itu.

Beliau berkata konflik atau dendam di negara asal adalah motif utama berlakunya kejadian bunuh membabitkan rakyat Myanmar di Pulau Pinang.

"Mereka (suspek) memang rapat dengan keluarga di Myanmar dan setiap perkembangan di sana akan dimaklumkan kepada mereka di Malaysia...sebab itu jika ada saudara mereka diserang atau dibunuh di sana, mereka di sini (Malaysia) akan menyerang anggota keluarga yang terlibat dalam pergaduhan itu.

"Kumpulan itu bukan mencari (mangsa) untuk membunuh sebaliknya hanya menyerang mereka yang mempunyai kaitan dalam pergaduhan dengan anggota keluarga suspek di Myanmar. Ia adalah untuk membalas dendam," katanya.

Bernama dimaklumkan setakat ini kira-kira 20,000 pemegang kad UNHCR tinggal di Pulau Pinang dan kebanyakan mereka berniaga secara kecil-kecilan dan bekerja sebagai buruh kontrak, pekerja kilang dan pengawal keselamatan.

Sumber itu berkata kebanyakan rakyat Myanmar terutama pemegang kad UNHCR ini akan tinggal di kawasan yang sama dan di Pulau Pinang, beberapa kawasan telah menjadi koloni mereka.

"Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah tumpuan mereka kerana peluang pekerjaan yang banyak di dua kawasan itu," katanya sambil memberitahu anggota kumpulan terbabit biasanya tinggal di kawasan terpencil dan tidak rapat atau ramah dengan penduduk tempatan. - BERNAMA

Sunday, 7 December 2014

Dipenjara kerana sokong Suu Kyi


7 Disember 2014
Aung Sang Suu Kyi
Aung Sang Suu Kyi
YANGON - MYANMAR. Seorang pegawai tentera di Myanmar dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas disabit bersalah kerana menandatangani petisyen bagi menggesa pindaan terhadap Perlembagaan, menurut media tempatan, semalam.

Mahkamah tentera di tengah wilayah Mandalay mendapati Mejar Kyaw Swar Win telah melanggar peraturan yang melarang penglibatan anggota tentera dalam kempen politik di negara itu.

Sementara itu, bekas ketua tentera, Win Tin menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil  kerana Swar Win juga mempunyai hak  menyatakan sokongannya secara terbuka.

Difahamkan, lebih lima juta penduduk telah menandatangani petisyen tersebut yang turut dianjurkan parti Liga Demokrasi bagi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi. - dpa

53,000 tinggalkan Bangladesh, Myanmar

07 Disember 2014 1:06 AM

GENEVA 6 Dis. – Kira-kira 53,000 orang meninggalkan Bangladesh dan Myanmar dengan menaiki bot-bot penyeludupan menuju ke Thailand dan Malaysia pada tahun ini, dengan 540 orang daripada mereka maut semasa dalam pelayaran.
Majoriti penumpang bot-bot itu terdiri daripada etnik Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan agama dan kaum di Myanmar atau rakyat Bangladesh yang berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik berikutan keadaan kemiskinan di Bangladesh.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laporannya, semalam berkata, kira-kira 50,000 orang berlepas dari kawasan bersempadan Bangladesh-Myanmar dengan 15 peratus lagi menaiki bot antara Januari dan November tahun lalu.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda daripada penduduk yang berlayar ke Malaysia atau Thailand dalam tempoh sama pada 2012.
Menurut UNHCR, hampir separuh atau sebanyak 21,000 penumpang meninggalkan sempadan dalam tempoh dua bulan lalu, peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding jumlah yang meninggalkan kawasan itu dalam tempoh Oktober dan November 2013.
Baki 3,000 penumpang lagi berasal dari Sittwe di Myanmar.
“Beberapa individu melaporkan insiden rogol dan beberapa lagi penumpang mendakwa mereka diperdagangkan, walaupun syarat-syarat paksaan untuk berlayar sentiasa dikaburkan bagi membezakan antara penyeludupan dan pemerdagangan manusia,’’ kata laporan itu.
Etnik Rohingya dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu daripada etnik yang sering ditindas di dunia. kerap melarikan diri ke negara lain untuk mendapat perlindungan. –AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/53-000-tinggalkan-bangladesh-myanmar-1.33380#sthash.iwEickpj.dpuf

Saturday, 6 December 2014

Geng lapah manusia tersungkur

Oleh Salman Hamat bsalman@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia termasuk kepala tangan dan kaki di merata-rata tempat termasuk dekat balai polis, minggu lalu terungkai apabila polis menahan sekumpulan warga Myanmar dan menemui lokasi penjenayah itu membunuh dan memotong tubuh mangsa.
Dalam gerakan khas polis melalui Ops Kelar itu, seramai 17 lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dalang yang berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap di sekitar negeri ini dan Rawang, Selangor sejak minggu lalu hingga awal pagi Isnin.
Malah, serbuan terbaru polis ke sebuah daripada dua rumah di Kampung Pisang, Machang Bubok, awal pagi Isnin lalu turut menemukan tiga parang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal polis mendapati tubuh mangsa yang dikerat itu akan dicampak ke beberapa lokasi oleh anggota kumpulan penjenayah itu dengan menaiki motosikal.
Menurutnya, siasatan polis mendapati pembunuhan kejam itu bermotifkan dendam lama, masalah hutang atau rasa tidak puas hati dan suspek juga mengenali mangsa.
Abdul Rahim berkata, seramai 13 suspek ditahan di sekitar negeri ini dan dua lagi di Rawang, Selangor sejak minggu lalu manakala dua tangkapan terbaru dilakukan di Georgetown, awal pagi ini.
Katanya, polis juga merampas tiga parang disyaki senjata digunakan untuk memotong mangsa serta motosikal yang digunakan untuk membuang bahagian badan yang sudah dikerat itu.
“Berikutan penangkapan semua suspek berkenaan, kami percaya kes penemuan anggota badan manusia itu dapat diselesaikan,” katanya.
Operasi khas yang dinamakan Ops Kelar itu dilancarkan polis Pulau Pinang itu selepas masyarakat gempar dengan penemuan anggota badan manusia seperti kepala, tangan dan kaki dalam parit serta tepi kubur.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 4:41 PM





LOKASI rumah yang digunakan untuk melapah tubuh manusia sebelum dicampak di beberapa lokasi. FOTO Muhammad Shalaby Shahbuddin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14106#sthash.c8AQYqVz.dpuf

Tuesday, 2 December 2014

Peniaga Myanmar mati dikerat




KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang peniaga warga Myanmar yang diculik di Jinjang Utara, Sentul dekat sini kira-kira dua minggu lalu terjawab apabila mangsa dipercayai dibunuh dengan mayatnya ditanam di sebuah kawasan belukar berhampiran sebuah kilang pasir di Bidor, Perak semalam.
Kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa yang berusia dalam lingkungan 35 tahun ditemui anggota-anggota Forensik daripada Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama pasukan patologi Hospital Ipoh, Perak dalam keadaan dikerat-kerat sebelum ditanam di kawasan belukar tersebut.
Lokasi tempat mayat lelaki berkenaan ditanam didedahkan oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang merupakan suspek utama kejadian pembunuhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pada 20 November lalu, suspek utama tersebut telah ditahan pada pukul 8.05 malam.
“Hasil siasatan lanjut, suspek telah membawa polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ke sebuah kilang di Bidor, Perak. Polis menemui satu jasad yang disyaki mangsa diculik yang ditanam di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3KhEf50NR 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, 30 November 2014

Pelarian Rohingya Diseksa Sebelum Tiba Di Malaysia



Bibijan Rahimullah menceritakan pengalamannya sebagai pelarian.
Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 1:59 PM



KUALA LUMPUR: Bibijan Rahimullah mengambil keputusan untuk menaiki sebuah bot kecil di Myanmar pada Oktober lalu yang akan mengambil masa selama seminggu untuk sampai ke Malaysia bagi melarikan diri daripada keganasan yang melanda etnik Rohingya.
Sebaliknya, dia dan tiga anak kecilnya terpaksa berdepan pelbagai detik hitam sepanjang menempuh perjalanan tersebut.
Bibijan mendakwa mereka terpaksa berhimpit seperti sardin di dalam sebuah bot dan menyaksikan beberapa rakan senegaranya mati akibat diseksa.
Mayat mereka kemudiannya dibuang ke dalam laut seperti sampah.

"Saya tidak menduga tragedi yang kami harungi dalam perjalanan untuk sampai ke sini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan datang ke sini. Saya lebih rela mati di rumah saya," kata wanita berusia 27 tahun itu dalam satu temu bual bersama agensi berita AFP di Kuala Lumpur.
Komuniti Islam Rohingya dilabelkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu etnik minoriti di dunia yang paling ramai ditindas.
Mereka sanggup menyeberang Laut Andaman dan pesisir pantai Thai untuk melarikan diri ke Malaysia selepas kerajaan Myanmar menyifatkan seramai 1.3 juta etnik Rohingya sebagai pendatang di negara itu.
Malah, taraf kerakyatan dan peluang ekonomi mereka turut dinafikan.
Namun, seorang aktivis berkata, bilangan etnik itu yang hidup sebagai pelarian kini semakin meningkat sejak dua tahun lalu selepas pertempuran berdarah berlaku membabitkan penganut Buddha dan Rohingya di wilayah Rakhine di Myanmar.
Penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa berkata, seramai 19,000 orang telah melarikan diri sejak awal Oktober lalu.

Jika sebelum ini, kebanyakan pelarian terdiri daripada golongan lelaki, pada hari ini berlaku peningkatan dari segi bilangan wanita dan kanak-kanak yang sanggup bergadai nyawa untuk melarikan diri ke negara jiran.
Bibijan bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan dua anak perempuannya masing-masing dua dan tiga tahun meninggalkan rumah mereka di Rakhine untuk mengikuti suaminya yang melarikan diri ke Malaysia, dua tahun lalu.
Sebuah bot kecil yang dipenuhi puluhan pelarian membawa mereka menyelusuri sungai sebelum dipindahkan ke sebuah kapal.
"Keadaan di dalam kapal terlalu padat. Orang ramai kelihatan seperti ikan sardin," katanya.
Bibijan berkata, pelarian wanita akan diberi makan nasi dengan hanya berlaukan tiga tangkai cili kering dan sedikit air.
Manakala pelarian lelaki pula katanya, hanya akan diberi makan sekali sehari atau tidak diberi makan langsung.
"Pelarian lelaki menjadi sangat lemah. Apabila mereka bertanyakan mengenai makanan, mereka dipukul dengan pangkal senapang dan batang besi," kata Bibijan.
Wanita itu berkata kira-kira belasan pelarian mati kerana dipukul, kelaparan atau sakit dan mayat mereka kemudiannya dicampak ke dalam laut.

Sunday, 23 November 2014

Rakyat Arab Saudi pulang selepas 12 tahun di Guantanamo

GAMBAR fail yang diambil pada bulan Mac, 2010 menunjukkan pengawal tentera Amerika Syarikat mengiring seorang tahanan di dalam Kem VI di Guantanamo Bay, Cuba. - Foto AFP

AHAD, 23 NOVEMBER 2014 @ 10:11 AM

RIYADH: Seorang rakyat Arab Saudi yang ditahan di penjara Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo selepas 12 tahun, hari ini pulang ke tanah air selepas dibebaskan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.
Mohammed Murthi al-Zahrani tiba di Riyadh pagi ini dan pegawai keselamatan melakukan persiapan untuk membawanya menemui ahli keluarga, demikian lapor agensi berita Saudi Press.
Pembebasan Zahrani menyaksikan kini hanya 142 tahanan masih di penjara berkenaan selepas Presiden Barack Obama menjanjikan penjara berkenaan akan ditutup.
Zahrani yang ditahan kerana menjadi anggota al-Qaeda, adalah tahanan terbaharu yang ketujuh dibebaskan dari penjara yang mencetus kontroversi yang terletak di Cuba itu dalam tempoh tiga minggu lalu.
Pembebasan Zahrani selepas beberapa hari pihak berkuasa AS memindahkan lima tahanan ke Georgia dan Slovakia.
Zahrani diterbangkan dari pusat tahanan itu menerusi pesawat yang disewa khas pada Jumaat lalu.
Zahrani sebelum ini pernah dianggap individu yang paling memberi ancaman kepada kepentingan Amerika. - AFP







Gesa Myanmar beri hak kerakyatan penuh

Penduduk Islam Rohingya terus menjadi mangsa penindasan kerajaan Myanmar.
 Penduduk Islam Rohingya terus menjadi mangsa penindasan kerajaan Myanmar.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin meluluskan resolusi menggesa Myanmar memberikan hak kerakyatan penuh kepada etnik minoriti Rohingya.
Perhimpunan Agung Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB menerima pakai resolusi tidak terikat tersebut bagi menggesa negara Asia Tenggara supaya menukar pendekatan mereka terhadap penduduk Islam Rohingya.

Sebelum ini, laporan dipetik dari Press TV, pihak berkuasa Myanmar mengumumkan bahawa kira-kira 1.3 juta penduduk Rohingya akan didaftarkan sebagai Benggali dan mereka yang menolak identiti itu bakal ditahan atau dihantar pulang ke Bangladesh.

PBB lulus resolusi iktiraf Rohingya

Kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir
kanak-kanak Rohingya bermain di kem pelarian Thae Chaung di pinggir 

23 November 2014 2:22 AM

NEW YORK 22 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima resolusi yang menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya Islam, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Yangon supaya membatalkan rancangan untuk memberi identiti baharu kepada golongan minoriti itu.
Keputusan itu diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perhimpunan Agung badan dunia berkenaan ekoran perdebatan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mahukan lebih suara.
Resolusi berkenaan menggambarkan ‘kebimbangan serius’ PBB ke atas nasib lebih kurang 140,000 orang etnik Rohingya di negeri Rakhine yang tinggal di kem-kem pelarian yang kotor selepas keganasan meletus di wilayah itu antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012.
Di bawah pelan yang disokong oleh kerajaan, etnik Rohingya akan dipaksa menukar identiti mereka sebagai Bengali, satu istilah yang dilihat menghina dalam usaha mereka mendapat status kerakyatan.
Mereka yang enggan akan dipaksa tinggal di dalam kem-kem pelarian.
Resolusi itu antara lain menggesa Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk di negeri Rakhine, membenarkan akses yang sama bagi status kewarganegaraan penuh kepada etnik Rohingya, membenarkan pengenalan diri dan memastikan akses sama kepada pelbagai perkhidmatan lain.
Wakil Myanmar di PBB bagaimanapun membantah penggunaan terma ‘Rohingya’ dalam resolusi berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan itu hanya membangkitkan ketegangan di Rakhine.
“Penggunaan perkataan oleh PBB hanya akan mengundang kebencian daripada rakyat Myanmar, menjadikan usaha kerajaan semakin sukar dalam menangani isu tersebut,’’ kata perwakilan itu. – AFP


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-resolusi-iktiraf-rohingya-1.27977#sthash.nz556O5a.dpuf

Saturday, 22 November 2014

Myanmar dakwa penyeksaan Rohingya rekaan media



Presiden Myanmar, Thein Sein. - Foto AP