Sunday 7 December 2014

53,000 tinggalkan Bangladesh, Myanmar

07 Disember 2014 1:06 AM

GENEVA 6 Dis. – Kira-kira 53,000 orang meninggalkan Bangladesh dan Myanmar dengan menaiki bot-bot penyeludupan menuju ke Thailand dan Malaysia pada tahun ini, dengan 540 orang daripada mereka maut semasa dalam pelayaran.
Majoriti penumpang bot-bot itu terdiri daripada etnik Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan agama dan kaum di Myanmar atau rakyat Bangladesh yang berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik berikutan keadaan kemiskinan di Bangladesh.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laporannya, semalam berkata, kira-kira 50,000 orang berlepas dari kawasan bersempadan Bangladesh-Myanmar dengan 15 peratus lagi menaiki bot antara Januari dan November tahun lalu.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda daripada penduduk yang berlayar ke Malaysia atau Thailand dalam tempoh sama pada 2012.
Menurut UNHCR, hampir separuh atau sebanyak 21,000 penumpang meninggalkan sempadan dalam tempoh dua bulan lalu, peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding jumlah yang meninggalkan kawasan itu dalam tempoh Oktober dan November 2013.
Baki 3,000 penumpang lagi berasal dari Sittwe di Myanmar.
“Beberapa individu melaporkan insiden rogol dan beberapa lagi penumpang mendakwa mereka diperdagangkan, walaupun syarat-syarat paksaan untuk berlayar sentiasa dikaburkan bagi membezakan antara penyeludupan dan pemerdagangan manusia,’’ kata laporan itu.
Etnik Rohingya dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu daripada etnik yang sering ditindas di dunia. kerap melarikan diri ke negara lain untuk mendapat perlindungan. –AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/53-000-tinggalkan-bangladesh-myanmar-1.33380#sthash.iwEickpj.dpuf

No comments:

Post a Comment