Wednesday 10 December 2014

2 pekerja Myanmar tak mengaku bunuh pelancong

Bangkok: Dua pekerja Myanmar mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dua pelancong Britain di Thailand, kata peguam mereka semalam.
Thanu Akekachote berkata, dia difahamkan bahawa mahkamah sengaja mahukan perbicaraan itu dijalankan segera berdasarkan kepada kesan industri pelancongan dan hubungan antarabangsa yang terjejas akibat kes berkenaan.
Polis menangkap Zaw Lin dan Win Phyo pada Oktober lalu kerana disyaki membunuh David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, di pesisir pantai Koh Tao.
Mayat mangsa ditemui pada 15 September lalu.
Polis berkata, bukti DNA menunjukkan kedua-dua tertuduh yang berusia 21 tahun bertanggungjawab dalam pembunuhan berkenaan.
Pendakwa memfailkan sejumlah tuduhan termasuk berpakat membunuh, merogol dan memasuki Thailand secara haram di mahkamah Khamis lalu.
Kedua-dua tertuduh dibawa ke mahkamah di Koh Samui untuk mendengar pertuduhan semalam.
Siasatan terhadap kes itu dicemari pelbagai dakwaan salah laku, seperti pencemaran bahan bukti dan penderaan.
Tertuduh juga mendakwa dipukul untuk memaksa mereka mengaku membunuh.
Bagaimanapun polis Thailand menafikan dakwaan itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:48 AM


WIN Phyo (kiri) dan Zaw Lin dibawa dengan kenderaan penjara ke mahkamah di Koh Samui, Surat Thani, untuk dibicarakan semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14831#sthash.mgEGSn1a.dpuf

No comments:

Post a Comment