Sunday, 31 March 2013

Pemimpin Islam Myanmar hantar surat



Seorang penduduk Islam Myanmar mengumpulkan barangan yang terselamat di sebuah masjid yang ranap dalam keganasan agama di Gyobingauk, bahagian Bago, tengah Myanmar, semalam. - AFP
YANGON 28 Mac - Pemimpin-pemimpin Islam Myanmar menghantar satu surat terbuka kepada Presiden Thein Sein menggesa pemimpin itu mengambil langkah segera menghentikan keganasan agama di negara ini dan menuduh tentera tidak berbuat apa-apa ketika perusuh menganas.
Mereka yang membuat gesaan itu termasuk pemimpin Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Pertubuhan Hal Ehwal Kebangsaan Islam Myanmar.
''Serangan ganas ini termasuk jenayah seperti perbuatan membakar dengan sengaja dan pembunuhan beramai-ramai yang layak menerima hukuman berat.
''Bagaimanapun, dalam keadaan seperti ini, pihak berkuasa gagal mengambil tindakan pantas dan berkesan terhadap penjenayah yang secara semberono melakukan keganasan di hadapan mereka.
''Pembunuhan beramai-ramai dan perbuatan merosakkan bangunan agama dan harta benda adalah berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa yang gagal melindungi dan mengambil tindakan berkesan bagi mencegahnya,'' kata surat terbuka itu yang dilihat AFP, hari ini.
Sekurang-kurangnya, 40 orang terbunuh, manakala beberapa buah masjid dibakar di beberapa bandar di tengah Myanmar sejak keganasan terbaharu meletus pada 20 Mac lalu, sekali gus memaksa kerajaan melaksanakan perintah darurat dan perintah berkurung di beberapa kawasan.
Rusuhan itu dipercayai merebak, berpunca daripada satu pertengkaran di sebuah kedai emas, namun menurut saksi, kebanyakan keganasan seperti dirancang.
Presiden Majlis Hal Ehwal Agama Islam, Nyunt Maung Shein berkata, surat terbuka itu diserahkan kepada pejabat Presiden kelmarin, namun mereka masih belum menerima sebarang maklum balas.
''Kestabilan negara dan keselamatan nyawa, harta benda serta bangunan agama Islam di seluruh negara hanya akan dapat dipulihkan jika pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan berkesan,'' kata pemimpin-pemimpin Islam Myanmar itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_06/Pemimpin-Islam-Myanmar-hantar-surat#ixzz2P8JJM2vR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dibunuh kerana mereka islam

#Burma #Rohingya: 3 Muslim young boys, students of a madrassa, butchered by Buddhists.

There crime was only to be Muslim. Is that a crime to be martyred for?

Saturday, 30 March 2013

100 penduduk Islam Myanmar hilang



Sit Kwin (Myanmar): Keganasan agama menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 100 penduduk Islam di perkampungan Sit Kwin dilaporkan hilang.

Selain rumah, kedai dan masjid dimusnahkan, sesetengah daripada mereka terpaksa berlindung di kem pelarian atau berlindung di rumah rakan atau saudara-mara.


Berpuluh-puluh lagi dibunuh penganut Buddha. Pemandu teksi, Aung Ko Myint, 24, berkata dia tidak tahu ke mana penduduk Islam berada ketika ini.


Katanya, dia menyaksikan penganut Buddha menyelongkar sebuah kedai milik seorang daripada penduduk Islam yang masih tingal di Sit Kwin.


“Pemilik kedai itu melarikan diri sejurus sebelum penyangak tiba,” katanya. Sejak 42 orang terbunuh dalam keganasan di bandar Meikhtila pada 20 Mac lalu, kekacauan berpunca daripada pelampau Buddha merebak ke sekurang-kurangnya 10 bandar dan kampung lain di tengah Myanmar.


Pelampau mengganas ekoran seruan anti-Islam yang disebar melalui telefon dan rangkaian media sosial seperti Facebook.

Golongan sami menyeru mengenai ‘gerakan 969’ - merujuk kepada ajaran dalam agama Buddha. - Reuters

Penduduk Islam lenyap di bandar Myanmar


SIT KWIN - Penduduk Muslim yang tinggal di sini berjumlah kira-kira 100 daripada 2,000 orang penduduk.
Bagaimanapun, keganasan agama yang berlaku antara penduduk Muslim dengan Buddha menyebabkan penganut Islam hampir lenyap di bandar ini.
Rumah dan kedai milik penduduk Islam termasuk masjid dimusnahkan menyebabkan mereka mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian atau di rumah rakan-rakan serta saudara mara.
"Kami tidak mengetahui ke mana mereka (penduduk Islam) pergi," kata seorang pemandu teksi, Aung Ko Myint.
Sebuah kedai milik seorang penduduk Islam telah dipecah masuk di sini semalam.
"Dia melarikan diri pada waktu pagi sebelum para perusuh datang," kata Myint.
Seramai 42 orang telah terbunuh ekoran keganasan agama itu yang mula meletus di bandar Meikhtila pada 20 Mac sebelum ia merebak ke beberapa buah wilayah lain.
Rusuhan itu bermula ekoran perbalahan antara seorang pemilik kedai emas dengan pelanggan Buddha di Meikhtila. - Agensi

Thursday, 28 March 2013

Pembakaran masjid dan rumah-rumah Muslim Burma oleh ekstrimis Buddhis meningkat




MEIKTILA - Kekerasan di Burma (Myanmar) terus meningkat, sejumlah masjid dan rumah Muslim telah dibakar oleh gerombolan ekstrimis agama Buddha.

Menurut laporan yang disiarkan Onislam lebih dari 40 masjid dan rumah Muslim dibakar pada Sabtu (23/3/2013) malam di kota Yamethin.

Serangan baru ini berikutan keganasan yang berlaku di bandar Meiktila bermula pada Rabu (2/3 /), meninggalkan 32 orang meninggal dunia dan beribu-ribu pelarian kerana persekitaran mereka dihancurkan.

"Sebahagian besar rumah adalah milik Muslim," kata seorang pegawai di bandar Yamethin, dekat Naypyidaw, kepada Agence France-Presse (AFP) dalam keadaan anonimiti.

"Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini di sini," katanya.

Rusuhan di Yamethin itu berlaku selepas beberapa jam sebelumnya seorang utusan PBB melawat jalan-jalan Meiktila yang kacau pasca serangan pembakaran dan menemui sejumlah pelarian Muslim dan Buddha.

Tentera teruskan peranan politik di Myanmar

Tentera teruskan peranan politik di Myanmar
Suu Kyi dan Timbalan Hal Ehwal Sempadan, Zaw Win turut hadir pada majlis di Naypyitaw.
NAYPYITAW - Pemerintahan diktator tentera yang diamalkan enam dekad di Myanmar akan terus  dipraktikkan, walaupun negara itu kini sedang beralih ke negara demokrasi.

Ketua Komander Myanmar, Min Aung Hlaing berkata, peranan itu bagi memastikan Myanmar terus kukuh dan mampu melawan musuh serantau.

“Tentera tetap berperanan dalam politik negara ini. Kami akan terus mengukuhkan pentadbiran demokratik yang dinginkan oleh seluruh rakyat,” katanya ketika sambutan Hari Tentera ke 68 di Naypytaw.

Sementara itu, ikon demokrasi Myanmar yang juga pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi tampil ke majlis itu buat pertama kali dan duduk di barisan hadapan.

“Saya harap Myanmar dapat jalin pakatan dengan negara Asia," katanya dalam laporan AFP.

Sunday, 24 March 2013

Kanak-kanak muslim dibakar hidup-hidup di Bandar Meiktilar, Myanmar

Kanak-kanak muslim dibakar hidup-hidup di Bandar Meiktilar, Myanmar. reports say that Police and authorities didn't stop the mob to do violence. Laporan mengatakan bahawa Polis dan pihak berkuasa tidak menghentikan perusuh untuk melakukan keganasan.

hasbunallah wa ni'mal wakeel

.: Anda boleh dapatkan info tentang isu Rohingya disini :.
http://www.facebook.com/Rohingya