Sunday 30 August 2015

Bapa Rayu Anak Perempuan Kembali Ke Pangkuan Keluarga


Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 7:18 PM

BUKIT MERTAJAM: Seorang bapa warga Myanmar merayu agar anak perempuannya berusia 16 tahun yang  melarikan diri dari rumah sewa mereka di Permatang Batu, di sini sejak Khamis lepas supaya pulang ke pangkuan keluarga.

Mohd Rafi Kassim, 41, berkata anak gadisnya, Lamad Bi, dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki juga warga Myanmar dikenali sebagai Osman, 27, yang merupakan penyewa sebuah bilik di rumah mereka.

"Pada hari Khamis lepas, saya menerima panggilan daripada isteri Osman yang baru sahaja pulang dari pasar kira-kira pukul 10 pagi dan memberitahu bahawa anak perempuan saya sudah hilang.

Sejak hari itu Osman yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri itu juga tidak pulang ke rumah dan jiran saya ada memberitahu ternampak lelaki itu menaiki bas dari Butterworth menuju ke Parit Buntar, Perak pada hari berkenaan, tetapi tidak pasti anak saya bersamanya atau tidak," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata mereka sekeluarga mengenali Osman yang bekerja kontrak dan isterinya sejak setahun lepas selepas pasangan  berkenaan menyewa bilik dirumahnya.

Mohd Rafi yang juga bekerja kontrak berkata mereka sekeluarga risau terhadap kesihatan anak perempuannya itu kerana gadis  berkenaan merupakan penghidapTalasemia.

"Dalam keadaannya yang lemah itu, saya tidak tahu macam mana dengan keadaannya kini kerana dia perlu bergantung kepada ubatan. Saya merayu agar Osman membawa dia pulang kerana kesihatannya begitu membimbangkan dan isteri Osman juga turut  ditinggalkan bersendirian bersama anak kecil berusia empat bulan," katanya.

Katanya beliau mengesyaki tindakan itu telah dirancang bersama Osman memandangkan anak gadisnya turut membawa beg pakaian.

"Selain itu, anak saya turut membawa wang tunai lebih RM1,000 dan sejumlah barang kemas yang disimpan di rumah ketika  melarikan diri," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada Khamis.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Mohd Rafi di talian 019-376 7017.

Myanmar sekat pertukaran agama

Gambar fail, sami-sami Buddha menghadiri pertemuan di Yangon bagi

Gambar fail, sami-sami Buddha menghadiri pertemuan di Yangon bagi membincang pelaksanaan undang-undang untuk menyekat perkahwinan campur di Myanmar pada Jun 2013. AGENSI
YANGON 29 Ogos – Myanmar meluluskan undang-undang baharu yang menyekat pertukaran agama dan perkahwinan campur di negara ini, walaupun mendapat bantahan keras daripada Amerika Syarikat (AS) dan aktivis hak asasi manusia.
Kementerian Penerangan Myanmar dalam satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang Perkahwinan Khas Wanita Buddha dan Rang Undang-Undang Pertukaran Agama yang dibuat di sebalik tekanan daripada kumpulan sami Budhha yang mempunyai agenda anti-Islam telah ditandatangani Presiden Myanmar, Thein Sein.
Kedua-dua rang undang-undang itu diluluskan oleh Parlimen minggu lalu sebelum diserahkan kepada Presiden.
Undang-Undang Pertukaran Agama mengkehendaki seseorang yang memilih untuk menukar agama mereka supaya memohon dengan 'Lembaga Pendaftaran’ di peringkat daerah dan menyerahkannya untuk satu temuduga dan tempoh menunggu selama 90 hari.
Undang-undang Perkahwinan Khas membenarkan pendaftar tempatan secara terbuka mempamerkan permohonan perkahwinan dalam tempoh 14 hari dengan sebarang bantahan dalam tempoh itu boleh dibawa ke mahkamah.
Pasangan hanya boleh berkahwin sekiranya tiada bantahan dikemukakan.
Kegagalan untuk mematuhi peraturan itu boleh membawa hukuman penjara selama 30 bulan,
Wanita Buddha di bawah umur 20 tahun juga memerlukan persetujuan keluarga bagi mengahwini lelaki yang bukan daripada agama berkenaan.
Menurut pertubuhan Human Right Watch, undang-undang itu merupakan percubaan yang disengajakan untuk mengelak perkahwinan campur.
Mei lalu, Thein Sein meminda Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan Kawalan Penduduk yang mengkehendaki ibu daripada beberapa daerah di negara ini menjarakkan kelahiran anak mereka bagi tempoh tiga tahun. – DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-sekat-pertukaran-agama-1.129836#sthash.ZwN6Ot6t.dpuf

Friday 28 August 2015

Kerajaan dalang konflik Rakhine?

ERC dakwa kerajaan cuba bolot kekayaan ekonomi di sana

Kerajaan Myanmar dipercayai memanipulasi kumpulan etnik di Rakhine

Kerajaan Myanmar dipercayai memanipulasi kumpulan etnik di Rakhine untuk menindas etnik Rohingya bagi membolot sumber kekayaan ekonomi golongan minoriti itu. AGENSI
ANKARA 27 Ogos - Kerajaan Myanmar dipercayai memanipulasi kumpulan etnik di Rakhine untuk menindas etnik Rohingya ba­gi membolot sumber kekayaan eko­nomi golongan minoriti itu, kata Majlis Rohingya Eropah (ERC).
Pengerusi majlis itu, Khairul Amin berkata, situasi ekonomi ter­se­but menyamai keadaan sebelum Pe­rang Dunia Kedua di Jerman apa­bila Parti Nazi bertindak menghukum sesiapa sahaja yang tidak menuruti idea kaum Aryan sebagai usaha bersepadu menangani kemelut kewangan akibat Perang Dunia Pertama.
Menurut Khairul, situasi di Myan­mar tidak jauh berbeza apabila kerajaan Yangon mensasarkan hanya satu kumpulan iaitu orang Islam.
“Jika kita menyelidik punca ma­salah di Rakhine, adakah ia berlaku akibat ekonomi atau kebencian yang wujud dalam kalangan penduduk beragama Buddha terhadap etnik Rohingya?.
“Tidak. Konflik tersebut berpunca daripada kerajaan Myanmar yang memanipulasi penduduk Rakhine (termasuk penganut Buddha) untuk membenci, memecah-belah dan menindas etnik Rohingya yang beragama Islam,” kata beliau semasa diwawancara oleh Agensi Anadolu.
Khairul menjelaskan, semasa era pemerintahan pemimpin Nazi, Adolf Hilter, golongan Yahudi, homoseksual dan gipsi diklasifikasikan sebagai golongan “Lain” dan menjadi sasaran penghapusan etnik secara terancang.
Tambah beliau, kerajaan Myan­mar juga menetapkan agenda ter­sendiri dengan menggunakan kaedah sama apabila rusuhan agama tercetus di Rakhine pada 2012 dengan menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh dan berpuluh-puluh ribu menjadi pelarian selain beribu rumah dibakar, kebanyakannya milik penduduk etnik Rohingya.
“Kerajaan Myanmar secara khususnya menggalakkan kebencian antara dua etnik utama di negeri tersebut susulan kebimbangan kehilangan sumber asli dan mineral ke tangan etnik Rohingya.
“Kerajaan Myanmar tidak mahu sama ada penduduk asal Rakhine dan etnik Rohingya bersekutu kerana jika kerajaan kehilangan kuasa, mereka akan hilang perkongsian sumber asli di negeri tersebut,” ujar beliau.
Selain itu, Khairul mendakwa, Yangon melaksanakan program penyebaran mesej berbaur kebencian yang berbunyi, “Jika anda tidak bertindak terhadap Rohingya, mereka akan mengambil-alih. Pengaruh Islam telah datang dan anda perlu melindungi fahaman Buddha. Jika tidak, penduduk Islam akan menguasai negara ini sama seperti Malaysia dan Indonesia”.
Beliau menambah, program ter­sebut telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun selepas kerajaan junta menguasai pentadbiran negara.
“Myanmar tidak akan membiarkan penduduk Rakhine mentadbir negeri itu dan begitu juga nasib etnik Rohingya.
“Mereka sentiasa berusaha memecah-belah perpaduan penduduk Rakhine dan Rohingya dengan menyebarkan mesej berbaur perkauman dan memainkan sentimen agama,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kerajaan-dalang-konflik-rakhine-1.129313#sthash.PKEmCmfk.dpuf

Tuesday 25 August 2015

Kem penempatan Rohingya digeledah


Lhokseumawe, Indonesia: Polis dan pegawai imigresen menggeledah kem yang menempatkan pelarian warga Rohingnya di Blang Adoe, Aceh Utara, kelmarin.

Operasi itu dilakukan di semua ruangan kem penempatan berkenaan dan berlangsung tanpa sebarang kekecohan.

Pemeriksaan itu dilakukan sehari selepas seorang budak Rohingnya berusia 15 tahun cedera akibat dipukul beberapa penghuni lain.

Kejadian itu menyebabkan budak itu terpaksa dirawat di hospital.

Jurucakap polis Lhokseumawe Isharyadi berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan tiada barangan berbahaya atau terlarang dibawa masuk ke kem berkenaan.

“Kami mahu memastikan tiada barangan seperti senjata, dadah dan barangan berbahaya lain disimpan di kem ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72783#sthash.nBJWdT8d.dpuf

Monday 24 August 2015

Imigran Bangladesh dihantar pulang


Imigran Bangladesh dihantar pulang

24 OGOS 2015
Imigran Bangladesh dihantar pulang Sebuah bot yang membawa ratusan imigran Bangladesh diselamatkan tentera laut Myanmar, Mei lalu.

YANGON - MYANMAR. Kerajaan Myanmar berkata, seramai 125 imigran dari Bangladesh yang diselamatkan tentera lautnya pada Mei lalu bakal dihantar pulang ke negara asal.

"Mereka akan dihantar pulang pada Selasa (esok). Jika Kerajaan Bangladesh bersetuju untuk menerima lebih ramai imigran, jumlah itu kemungkinan akan meningkat, kata jurucakap Jabatan Imigresen, Khin Soe, semalam.

Difahamkan, Yangon telah menghantar pulang seramai 501 pendatang Bangladesh sepanjang Julai dan awal bulan ini.

Sebelum ini, Kerajaan Myanmar menerima tekanan daripada pihak nasionalis dan sami Buddha yang mendesak ratusan imigran yang hanyut di perairan negara itu pada Mei lalu dihantar pulang ke negara asal. - dpa

Kem beroperasi lebih enam bulan


KANGAR 23 Ogos – Kem mangsa pemerdagangan terbaharu ditemukan bersama 24 rangka manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar dekat sini pada 15 Ogos lalu sebelum digali semalam, dipercayai sudah beroperasi lebih enam bulan.
SHAFIE ISMAIL
Daripada jumlah rangka yang dijumpai, enam ditemukan di atas tanah, dipercayai akibat hakisan air hujan manakala bakinya di dalam kubur yang digali.
Dalam pada itu, Ketua Polis ne­geri, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, usaha mengeluarkan rangka dijalankan oleh pasukan forensik dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Cawangan Khas.
“Kesemua mereka yang terlibat dalam misi ini adalah seramai 15 pegawai dan 108 anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam laporan akhbar hari ini, polis membongkar sebuah lagi kem penempatan mangsa pemerdagangan manusia bersama 20 kubur dan 24 rangka manusia di Bukit Wang Kelian dekat sini pada 15 Ogos lalu.
Shafie seterusnya memberitahu, kesemua rangka telah dibawa turun dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, semalam, untuk dirujuk kepada pakar patologi.
Pada 25 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sebanyak 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu pemerdagangan manusia ditemukan di sempadan negeri ini dan Thailand.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-beroperasi-lebih-enam-bulan-1.127887#sthash.nrNbOTeG.dpuf

Friday 21 August 2015

Neraka dunia

Kuala Lumpur: “Tempat tinggal ini umpama neraka dunia. Tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan hanya berserah kepada takdir.
“Saya dan yang lain terpaksa bergantung ihsan kepada penduduk tempatan, tidak punya kerja, anak-anak tidak dapat pendidikan sempurna, makanan terbatas, khidmat kesihatan yang sangat terhad,” kata Siraj, 32, ketua kampung di kem Kutupalong, Bangladesh.
Katanya, kehidupan pelarian Rohingya di Bangladesh sangat menyayat hati kerana bekalan air bersih diperoleh melalui telaga tiub, namun itu tidak mencukupi kerana hanya ada sekitar 100 telaga tiub yang digali sedalam 80 hingga 110 meter sedangkan kem itu dihuni 65,000 orang.
Menurutnya, kehidupan mereka semua di dalam rumah yang layak dipanggil bangsal di Malaysia begitu daif kerana di situlah ruang memasak, tidur dan bersantai dengan lantai tanah dan berdinding buluh.
“Ketika ini kem ini mempunyai 45 sekolah dan 10 madrasah. Tetapi keadaan sekolah sangat daif. Bilangan pelajar seramai 10,000 orang di kem ini masih kecil berbanding puluhan ribu lagi yang tidak ada akses pendidikan.
“Kami hanya dapat makan seadanya untuk meneruskan hidup. Keadaan di dalam kem begitu susah, ramai yang bersabung nyawa merentasi Sungai Naf di Coxbazar, Bangladesh ke Rakhine di Myanmar. Ramai yang lemas kerana gagal sampai ke seberang. Ia sangat menyedihkan,” katanya ketika menerima kunjungan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid, kelmarin.
Seorang lagi penduduk, Imam Rafique berkata, apa yang termampu dilakukan kini ialah mengajar kanak-kanak belajar asas agama kerana mereka tidak mampu menyediakan peluang pendidikan seperti tempat lain.
“Sebenarnya ramai kanak-kanak Rohingya yang pintar. Mungkin kerana kemahuan yang tinggi untuk membantu keluarga menyebabkan mereka berusaha keras untuk berjaya dalam pelajaran. Tapi peluang kami amat terhad,” katanya.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata, kunjungan sukarelawan MAPIM bertujuan melihat sendiri keadaan kem itu dan beberapa telaga tiub yang disumbangkan pihaknya beberapa tahun lalu.
“MAPIM juga mengadakan perbincangan dengan beberapa mudir madrasah bagi mengetahui lebih dekat operasi di kem itu dan keperluan mereka. Mungkin dengan maklumat ini kita boleh maklum di Malaysia kepada penderma yang prihatin,” katanya.
Sumbangan tabung Rohingya boleh disalurkan menerusi laman sesawang www.rohingyafund.com atau terus ke Akaun Rohingya Humanitarian Fund–ArRajhi Bank 154001880630441.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 8:32 AM


MOHD Azmi (kanan) ketika meninjau keadaan penghuni Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71707#sthash.CfQOVnG9.dpuf

Monday 17 August 2015

Hidangan ‘mahal’ orang miskin

PENDUDUK menunggu giliran menerima bantuan.
Ucapan Assalamualaikum kedengaran hampir di semua kawasan yang menempatkan penduduk Muslim apabila setiap kali sukarelawan Islam tiba di kem penempatan.
Biarpun hidup di dalam serba daif, mereka sedaya upaya mengamalkan cara hidup dianjurkan agama.
Tambahan pula, mereka ketika ini diuji begitu hebat apabila banjir serta ribut yang melanda seluruh Myanmar mengakibatkan kerosakan harta benda yang bukan sedikit.
Hampir semua kem dan perkampungan yang dilawati sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dihuni penduduk Muslim yang memberi salam dan berjabat tangan setiap kali bantuan disampaikan.
Wakil penduduk, Mohd Hashim berkata, sejak krisis agama berlaku di Sittwe pada 2012, mereka hanya bergantung kepada sumbangan masyarakat luar untuk meneruskan hidup.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 7:55 AM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70811#sthash.nAZl2A15.dpuf

Friday 14 August 2015

Polis kepung ibu pejabat parti pemerintah Myanmar


14 Ogos 2015 12:31 AM


YANGON 13 Ogos – Ketua parti pemerintah Myanmar, Shwe Mann digugurkan daripada jawatannya hari ini, beberapa jam selepas pihak polis me­ngadakan serbuan dan mengepung ibu pe­jabat Parti Perpaduan dan Pembangunan Ke­satuan (USDP), sekali gus me­nunjukkan hala tuju politik tidak menentu di negara yang dalam proses perubahan ke arah demokrasi.
Dalam kejadian tengah malam tadi, polis memasuki ibu pejabat USDP di Naypyidaw dan Shwe Mann yang juga merupakan Speaker Parlimen, menjadi sasaran utama dalam proses pertukaran kuasa oleh Presiden, Thein Sein.
Tindakan itu juga berlaku hanya sehari sebelum tarikh akhir bagi calon untuk mendaftar dalam pilih­an raya yang akan berlangsung pada 8 November ini.
Hubungan Shwe Mann dan Thein Sein dilaporkan tegang sejak krisis dalaman parti tercetus menjelang pilihan raya umum yang menyaksikan kedua-dua pihak dijangka bertanding untuk memegang tampuk pemerintahan Myanmar.
Malah krisis kedua-dua pe­mimpin yang merupakan bekas Je­neral, semakin meruncing apabila menonjolkan peranan masing-masing untuk mengubah corak pemerintahan junta kepada sebuah negara yang demokrasi.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Pejabat Presiden, Zaw Htay berkata, Thein Sein bersetuju dengan pengguguran Shwe Mann daripada jawatan Pengerusi USDP.
“Tindakan ini hanya melibatkan hal ehwal kepimpinan parti dan tiada sebab untuk bimbang,” kata Zaw Htay bagi menafikan dakwaan yang mengatakan pemimpin parti tersebut ditahan polis.
Zaw Htay menjelaskan, langkah itu dibuat sebagai usaha kerajaan untuk menstabilkan ketenteraman awam, tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, anak lelaki Shwe Maan, Toe Naing berkata, rumah ayahnya dikepung oleh pasukan keselamatan susulan serbuan yang dilancarkan di ibu pejabat USDP.
“Situasi ini menimbulkan keraguan kerana pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata dikerah mengepung sebuah parti politik,” katanya sambil menambah kata, beliau akan memantau perkara itu dari Yangon. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-kepung-ibu-pejabat-parti-pemerintah-myanmar-1.123919#sthash.dqv0PlS5.dpuf

Thursday 13 August 2015

Bangladesh akan adakan bancian pelarian Rohingya


13 Ogos 2015 1:09 AM



DHAKA 12 Ogos – Bangladesh dilapor akan mengadakan satu bancian ke atas ratusan ribu masyarakat Rohingya yang telah menyeberangi ke negara ini dari negeri Rakhine di barat Maynmar bagi memohon perlindungan daripada penindasan kerajaan Myanmar.
Portal berita arabnews.com melaporkan, Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AS$2.7 juta untuk menjalankan bancian itu di tenggara Bangladesh, berdekatan sempadan negeri Rakhine.
Anggaran rasmi meletakkan jumlah pelarian Rohingya yang tidak berdaftar di Bangladesh ialah antara 200,000 dan 500,000 orang, selain 32,000 pelarian berdaftar yang ditempatkan di dua buah kem pelarian yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Bancian itu akan dimulakan pada bila-bila masa dalam enam bulan kedua tahun ini,” kata Haque kepada AFP, kelmarin selepas taklimat ringkas mengenai langkah berkenaan.
Masyarakat etnik Islam Rohingya mula menyeberangi sempadan ke Bangladesh seawal 1990-an dari Myanmar ekoran keganasan kaum dan agama di negara itu.
Mereka mendakwa berhadapan diskriminasi dan penganiayaan oleh kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat negara itu.
Penderitaan mereka mula mendapat perhatian dunia pada tahun ini apabila ribuan pelarian tersebut menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan orang hanyut menuju ke Malaysia dan terpaksa diselamatkan di lautan berhampiran perairan Myanmar dan Asia Tenggara.
Pertubuhan Antarabangsa me­ngenai Pendatang (IOM) yang membantu Bangladesh menjalankan bancian itu berkata, ia merupakan satu langkah positif untuk orang pendatang tanpa negara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bangladesh-akan-adakan-bancian-pelarian-rohingya-1.123633#sthash.EnA9adkx.dpuf

Tuesday 11 August 2015

Hampir sejuta penduduk Myanmar terjejas banjir



HINTHADA, MYANMAR 10 Ogos – Angka korban akibat banjir besar di Myanmar meningkat kepada 100 setakat hari ini, ketika hampir sejuta penduduk terjejas dalam bencana tersebut.
Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, lebih 486,000 hektar sawah padi ditenggelami air dengan lebih 173,720 hektar daripadanya musnah sama sekali.
Bantuan antarabangsa juga semakin banyak diterima beberapa hari ini selepas kerajaan mengemukakan rayuan.
Banjir kali ini diburukkan lagi oleh Taufan Komen yang membandai minggu lalu dan turut menyebabkan kerosakan besar di wilayah Rakhine.
Hampir 12 negeri di Myanmar terjejas teruk dan kebanyakan kematian yang dicatakan adalah di wilayah Rakhine.
Akhbar sama melaporkan, paras air di Sungai Irrawaddy dan Ngawun telah menurun sedikit semalam, tetapi kekal pada paras bahaya.
Penduduk yang tinggal di kawasan rendah juga diarahkan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hampir-sejuta-penduduk-myanmar-terjejas-banjir-1.122957#sthash.VdN5izvG.dpuf

Monday 10 August 2015

Banjir Myanmar: Hampir sejuta penduduk terjejas


Kerajaan berkata, sehingga hari ini 100 orang dilaporkan maut dan 1.2 juta ekar sawah padi musnah.
Banjir diburukkan lagi oleh Taufan Komen yang membandai negara itu minggu lalu dan turut menyebabkan kerosakan besar di wilayah Rakhine.
Hampir 12 negeri di Myanmar terjejas teruk dan kebanyakan kematian yang dicatakan adalah di wilayah Rakhine.
Memetik laporan media tempatan Myanmar, paras air di Sungai Irrawaddy dan Ngawun telah menurun sedikit pada hari Ahad, tetapi kekal pada paras bahaya.
Penduduk yang berada di kawasan rendah diarahkan untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. 

Sunday 9 August 2015

Muslim Myanmar beri bantuan kepada Biksu Budha di tengah banjir








Sabtu, 22 Syawwal 1436 H / 8 Agustus 2015 10:30
Image 1 of 8 - Myanmar Muslim Aid
YANGON (Arrahmah.com) – “Air tuba dibalas air susu.” Barangkali itu peribahasa yang tepat untuk menggambarkan kejadian ini. Saat musibah banjir melanda Myanmar, Umat Islam Myanmar berinisiatif untuk bersatu dalam sebuah lembaga sosial. Mereka dengan ikhlas bergerak untuk membantu para korban yang terkena banjir. Bantuan yang diberikan berupa bahan makanan, pakaian dan obat-obatan.
Sebagaimana dipublikasikan pada laman Facebook Myanmar Muslim Media, sejumlah foto “memotret” penditribusian bantuan kepada para korban banjir oleh lembaga kemanusiaan Muslim Myanmar Aid, Kamis (7/8/2015).
Muslim Myanmar Aird mendistribusikan beragam bantuan kepada warga Myanmar dan para Bhiksu Budha. Mereka juga memberikan pelayanan kesehatan masyarakat yang menjadi korban banjir.
Maasyaa Allah, demikianlah sikap welas asih yang diteladankan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam yang mencerminkan bahwa Islam adalah rahmat bagi semesta alam.
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
Myanmar Muslim Aid
(adibahasan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/foto/muslim-myanmar-beri-bantuan-kepada-biksu-budha-di-tengah-banjir.html#sthash.ieISbl5L.dpuf

Pemerintah Myanmar Larang Utusan PBB Kunjungi Muslim Rohingya


Sabtu 22 Syawal 1436 / 8 Agustus 2015 18:30
Muslim Rohingya.
PEMERINTAH Myanmar dikabarkan melarang utusan PBB mengunjungi negara bagian Rakhine yang didiami oleh Muslim Rohingya. PBB menduga pemerintah setempat mengabaikan mereka yang juga menjadi korban banjir yang kini melanda Myanmar.
Yanghee Lee, utusan PBB di Myanmar, menyatakan dalam konferensi pers hari Jumat (7/8/2015) bahwa permintaannya untuk mengunjungi negara itu ditolak.
Menurut sebuah laporan, kedatangan utusan ke Rakhine telah membangkitkan kemarahan pemerintah dan ekstremis Buddha.
Lee mengklaim dirinya dilarang mengunjungi wilayah itu karena Rohingya benar-benar sedang diabaikan oleh pemerintah Myanmar.
“Saya sangat percaya pada realitas yang terjadi di lapangan,” kata Lee.

Lee juga mengeluh bahwa permintaannya untuk kunjungan 10 hari, sejalan dengan perjalanan sebelumnya, ditolak oleh pemerintah tersebut, demikianWorldbulletin. [fh/Islampos]

Saturday 8 August 2015

Korban banjir cecah 88

PENDUDUK di kampung Kyouk Tain di wilayah Irrawaddy menggunakan sampan untuk berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka dinaiki air.
Don: Angka kematian akibat banjir di Myanmar meningkat kepada 88 ketika paras air yang semakin meningkat menenggelamkan lebih banyak rumah di kawasan rendah di beberapa bahagian paling miskin negara itu.
Lebih 330,000 orang terjejas akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, memutuskan hubungan dan menyekat jalan raya serta memusnahkan jambatan.
“Keadaan seperti ini belum pernah berlaku. Tetapi, bukan saya seorang saja yang terjejas,” kata nelayan di Kampug Kyauk Taing, Soe Min Paing.
Negeri Rakhine di barat negara itu mencatatkan angka kematian paling tinggi setakat ini dengan sekurang-kurangnya 55 penduduk mati selepas Puting Beliung Komen melanda Teluk Benggala minggu lalu.
Sehingga semalam, 12 daripada 14 negeri di Myanmar dilanda banjir.
Lebih 200,000 ekar tanah pertanian musnah dan sejumlah besar haiwan ternakan mati. Jumlah rumah yang musnah mencecah angka belasan ribu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68994#sthash.yUOa97SN.dpuf

Friday 7 August 2015

Mangsa banjir Myanmar cecah 330,000 orang



AP - SEORANG lelaki mendayung sampannya dekat sebuah kejiranan yang ditenggelami air banjir di Nyaung Tone, Delta Ayeyarwaddy, barat daya Yangon kelmarin.


HINTHADA – Presiden Myanmar, Thein Sein meminta penduduk di kawasan rendah supaya berpindah semalam selepas air Sungai Irrawaddy melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya.
Banjir akibat hujan monsun yang melanda banyak kawasan di Asia Selatan dan Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu telah meragut beratus-ratus nyawa, manakala berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal.
Sebanyak 12 daripada 14 rantau di Myanmar masih digenangi air banjir, kata beberapa pegawai sambil menambah, sejumlah 74 mangsa terkorban dan lebih 330,000 orang terjejas.
Menurut beberapa agensi bantuan, banjir di sebahagian kawasan di utara dan barat Myanmar didapati sudah surut.
Keadaan itu membolehkan penghantaran bantuan makanan dan air bersih walaupun tanah runtuh masih menjadi ancaman.
Terkini, bahagian tengah dan selatan Myanmar pula bersiap-sedia menghadapi banjir selepas air bah mulai melimpah ke Delta Irrawaddy.
Dalam satu ucapan radio yang di­siarkan semalam, Thein Sein berkata, kawasan berdekatan Irrawaddy be­risiko ditenggelami air selepas paras air sungai melepasi paras bahaya.
“Oleh kerana kita tidak dapat menghalang bencana alam, saya menggesa orang ramai berpindah ke tempat lebih selamat. Ia adalah cara yang terbaik ,” katanya.
“Kawasan bandar Hinthada dan Nyaung Don di sepanjang Sungai Irrawaddy kini dalam bahaya,” tambahnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3i52M3h8B 
Hakcipta terpelihara