Tuesday 25 August 2015

Kem penempatan Rohingya digeledah


Lhokseumawe, Indonesia: Polis dan pegawai imigresen menggeledah kem yang menempatkan pelarian warga Rohingnya di Blang Adoe, Aceh Utara, kelmarin.

Operasi itu dilakukan di semua ruangan kem penempatan berkenaan dan berlangsung tanpa sebarang kekecohan.

Pemeriksaan itu dilakukan sehari selepas seorang budak Rohingnya berusia 15 tahun cedera akibat dipukul beberapa penghuni lain.

Kejadian itu menyebabkan budak itu terpaksa dirawat di hospital.

Jurucakap polis Lhokseumawe Isharyadi berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan tiada barangan berbahaya atau terlarang dibawa masuk ke kem berkenaan.

“Kami mahu memastikan tiada barangan seperti senjata, dadah dan barangan berbahaya lain disimpan di kem ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72783#sthash.nBJWdT8d.dpuf

No comments:

Post a Comment