SHAFIE ISMAIL
Daripada jumlah rangka yang dijumpai, enam ditemukan di atas tanah, dipercayai akibat hakisan air hujan manakala bakinya di dalam kubur yang digali.
Dalam pada itu, Ketua Polis ne­geri, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, usaha mengeluarkan rangka dijalankan oleh pasukan forensik dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Cawangan Khas.
“Kesemua mereka yang terlibat dalam misi ini adalah seramai 15 pegawai dan 108 anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam laporan akhbar hari ini, polis membongkar sebuah lagi kem penempatan mangsa pemerdagangan manusia bersama 20 kubur dan 24 rangka manusia di Bukit Wang Kelian dekat sini pada 15 Ogos lalu.
Shafie seterusnya memberitahu, kesemua rangka telah dibawa turun dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, semalam, untuk dirujuk kepada pakar patologi.
Pada 25 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sebanyak 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu pemerdagangan manusia ditemukan di sempadan negeri ini dan Thailand.