Monday 24 August 2015

Imigran Bangladesh dihantar pulang


Imigran Bangladesh dihantar pulang

24 OGOS 2015
Imigran Bangladesh dihantar pulang Sebuah bot yang membawa ratusan imigran Bangladesh diselamatkan tentera laut Myanmar, Mei lalu.

YANGON - MYANMAR. Kerajaan Myanmar berkata, seramai 125 imigran dari Bangladesh yang diselamatkan tentera lautnya pada Mei lalu bakal dihantar pulang ke negara asal.

"Mereka akan dihantar pulang pada Selasa (esok). Jika Kerajaan Bangladesh bersetuju untuk menerima lebih ramai imigran, jumlah itu kemungkinan akan meningkat, kata jurucakap Jabatan Imigresen, Khin Soe, semalam.

Difahamkan, Yangon telah menghantar pulang seramai 501 pendatang Bangladesh sepanjang Julai dan awal bulan ini.

Sebelum ini, Kerajaan Myanmar menerima tekanan daripada pihak nasionalis dan sami Buddha yang mendesak ratusan imigran yang hanyut di perairan negara itu pada Mei lalu dihantar pulang ke negara asal. - dpa

No comments:

Post a Comment