Monday, 25 November 2013

KISAH LELAKI MUSLIM ROHINGYA - MYANMAR

Zahid, 61 tahun etnik Rohingya dari Burma, kampungnya di bakar dan anak sulungnya disembelih ketika sedang solat oleh pelampau Buddha, doakan beliau dapat berjumpa kembali dengan anak-anaknya (7 orang, seorang sudah dibunuh) yang ditempatkan di kem perlindungan di Bangladesh, 3 cucunya masih berada di Myanmar..

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil, Ni'mal Maula Wa Ni'man Nashir..

#Temubual sahabat admin bersama lelaki tersebut.

Friday, 22 November 2013

Ummah yang dilupakan...

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaranhak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Madrasah daif untuk Rohingya

Ditolak sekolah, anak Rohingya terpaksa belajar di madrasah
Sittwe: Setahun selepas perusuh Buddha mengusir hampir semua penduduk minoriti Islam Rohingya dari bandar di barat laut Myanmar, beribu-ribu kanak-kanak Muslim kini hidup terasing di khemah pemindahan dengan masa depan kabur.

Disebabkan mereka tidak diterima di kebanyakan sekolah kerajaan, Madrasah Kampung Rohingya di pinggir Sittwe dibuka bagi membolehkan kanak-kanak Rohingya bersekolah. Madrasah itu bukan saja mengajar pengajian Islam, malah memberi penekanan kepada bahasa Burma dan bahasa Inggeris.


Pada hari-hari tertentu, lebih 1,000 murid hadir, manakala ibu bapa mereka duduk di kedai kopi berhampiran.



Di dalam bangunan usang, kanak-kanak terbabit saling duduk berhimpit dan bersesak di atas lantai kayu yang kian reput. Seorang guru mengawal bilik darjah dengan rotan buluh cuba mententeramkan suasana bising dalam kelas. Madrasah itu tidak mendapat mana-mana sokongan. Kakitangannya tidak dibayar gaji dan berikutan kekurangan buku teks, mereka berhempas pulas menghabiskan pelajaran asas.


Seorang daripada guru di situ, Anowar mengendalikan lebih 65 murid secara bersendirian dalam satu masa. “Kami lakukan apa yang mampu, namun memang mustahil memberikan yang terbaik terutama kepada kanak-kanak yang lebih berusia.


“Bagaimanapun, ada sedikit perkembangan dengan sesetengah kanak-kanak dapat menyebut nama mereka atau menghitung dalam bahasa Burma,” katanya.

Sittwe ialah ibu negeri Rakhine yang dilanda konflik antara agama tahun lalu dan turut tersebar ke bahagian lain di negara itu. Penduduk Rohingya menjadi sasaran utama serangan yang menyebabkan 240 maut dan mengakibatkan 240,000 lagi pindahagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka. - AP

Thursday, 21 November 2013

OIC sukar selesaikan isu Rohingya


PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh 57 negara Islam adalah sinonim sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang tidak berupaya menyelesaikan masalah kerana ahlinya sukar mencapai persetujuan dalam setiap hal. Dalam mencari penyelesaian kemelut Palestin hinggalah kepada masalah terkini iaitu Syria, OIC dikatakan gagal kerana terlalu banyak kelompok dalam organisasi itu yang memperjuangkan agenda masing-masing.
Dari segi keanggotaannya, OIC dianggap organisasi kedua paling hebat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai 193 negara ahli. Memang benar negara ahli OIC tidak mempunyai kekuatan ketenteraan tetapi ahli dari Negara Teluk terutama sekali, mempunyai kekuatan tersendiri dalam bentuk senjata minyak dan gas.
Tetapi apabila berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk etnik Rohingya di Myanmar, OIC dikatakan telah mencapai kata sepakat untuk membantu penduduk minoriti beragama Islam tersebut yang pada ketika ini menghadapi penindasan dan diskriminasi daripada kerajaan mereka sendiri.
Mesyuarat Suruhanjaya Hak Asasi Tetap Bebas OIC (IPHRC) yang telah diadakan di Jeddah pada 31 Oktober lepas telah mengambil keputusan untuk menghantar satu pasukan khas bagi menyiasat situasi hak asasi manusia di Myanmar dan juga Palestin.
Beberapa hari lepas delegasi OIC yang terdiri daripada wakil dari negara Malaysia, Indonesia, Turki, Arab Saudi, Mesir, Djibouti dan Bangladesh dan diketuai oleh Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu telah melakukan tinjauan selama empat hari ke Myanmar.
Walaupun lawatan delegasi OIC telah mendapat jemputan khas dari Presiden Myanmar sendiri iaitu Thein Sein, tetapi seperti yang dijangkakan lawatan tersebut disambut dengan bantahan sebaik-baik sahaja delegasi tersebut tiba di Lapangan Terbang Sittwe, iaitu kawasan di mana layanan terburuk diterima oleh kumpulan etnik Rohingya.
Bantahan dan tunjuk perasaan yang mengiringi delegasi OIC ini bagaikan berlaku secara sistematik dan tidak keterlaluan diandaikan ia mendapat sokongan tersirat daripada kerajaan mereka sendiri terutama sekali organisasi polis dan tentera.
Situasi sebegini bukannya sesuatu yang asing kerana selama ini keganasan yang melanda etnik Rohingya sejak kebelakangan ini sememangnya didalangi oleh kelompok sami Buddha tetapi sedikit sebanyak didakwa digalak oleh beberapa kumpulan dalam kerajaan Thein Sein sendiri.
Niat OIC untuk membantu etnik Rohingya telah diputar belit oleh pihak tertentu di Myanmar kerana kepentingan politik masing-masing. Seperti mana ketua pembangkang Aung San Suu Kyi sering dituduh berdiam diri kerana kepentingan politik, serupa juga dengan beberapa elemen dalam kerajaan Thein Sein mempunyai niat yang sama kerana pengundi daripada penganut Buddha merupakan penyokong kuat kedua-dua parti tersebut.
Jika diteliti bentuk bantahan dengan sepanduk seperti ‘Berambus OIC’, ‘Jangan masuk campur urusan dalaman kami’ dan ‘Anda berada di sini bukan atas dasar hak asasi kemanusiaan tetapi untuk menyebarkan Islam’ begitu jelas sekali sentimen agama telah dipergunakan untuk menakutkan rakyat Myanmar.
Salah satu cadangan yang dikemukakan oleh delegasi OIC adalah untuk membuka saluran komunikasi secara langsung dengan kerajaan Myanmar bagi menjalinkan kerjasama dan seterusnya mampu menyumbang kepada program sosio-ekonomi kumpulan etnik Rohingya.
Kaedah paling efisien untuk mencapai hasrat tersebut adalah dengan membuka pejabat OIC di Sittwe, Rakhine supaya usaha asas untuk membina saluran komunikasi dapat dilaksanakan dengan segera. Tetapi seperti yang dijangkakan usaha seperti ini sudah pasti akan mendapat bantahan daripada rakyat Myanmar seperti yang berlaku tahun lepas.
Pada bulan Oktober 2012 beberapa wakil OIC melakukan lawatan ke daerah bergolak dan mencadangkan perkara yang sama dan hasrat tersebut telah diterima baik oleh Presiden Thein Sein kerana beliau berpendapat usaha tersebut tidak dianggap sebagai campur tangan pihak luar terhadap masalah dalaman Myanmar.
Tetapi beberapa hari selepas itu Thein Sein menarik balik persetujuan asal dan menegah OIC daripada membuka pejabat dengan menggunakan alasan rancangan tersebut tidak selaras dengan kehendak rakyat Myanmar. Perubahan mendadak ini berlaku setelah kerajaan Thein Sein menerima bantahan yang didalangi oleh sami Buddha yang berpengaruh.
Nasib etnik Rohingya dikatakan berada dalam keadaan genting kerana telah berlaku secara sistematik apa yang digelar sebagai penghapusan kumpulan tersebut secara halus. Sebelum ini kumpulan tersebut masih boleh menjalani hidup di wilayah Rakhine di beberapa kelompok perkampungan Islam tetapi kini bagaikan telah wujud dasar kerajaan untuk mengurung kumpulan ini dalam kem pelarian seperti yang terdapat di Buthidaung dan Maungdaw.
Langkah drastik perlu dilaksanakan oleh OIC kerana jika terlewat, besar kemungkinan bukan sahaja etnik Rohingya malah rakyat Myanmar beragama Islam akan pupus di negara itu sendiri. Mengambil pengajaran kegagalan OIC menyelesaikan masalah Mindanao, maka organisasi ini sebenarnya bukan satu entiti yang sesuai dalam mencari penyelesaian Rohingya.
OIC didapati agak sukar untuk diterima oleh rakyat Myanmar sebagai pengantara yang bebas kerana isu agama telah dipergunakan dalam senario politik tempatan. Dua negara ASEAN dikatakan mempunyai kekuatan dalam mencari jalan penyelesaian, iaitu Thailand dan Malaysia. Bangkok dikatakan agak keberatan untuk menjadi pemain utama kerana masalah Rohingya terlalu bercampur aduk dengan politik dalaman Thailand.
Kuala Lumpur dikatakan pilihan terbaik kerana kebarangkalian untuk diterima oleh rakyat Myanmar sebagai pengantara yang adil dan saksama adalah begitu tinggi sekali. Malaysia bukan sahaja boleh bersandarkan kepada pengalaman merungkai isu Bangsamoro Filipina, tetapi juga mempunyai rekod yang utuh dalam menghadapi ratusan ribu pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki di Malaysia.
PENULIS ialah Geostrategis Institut
Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131121/re_03/OIC-sukar-selesaikan-isu-Rohingya#ixzz2oOEBk5oJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perancang bom masjid ditahan

Yangon: Polis Myanmar semalam berkata, mereka menahan tiga orang yang disyaki merancang mengebom sebuah masjid ketika negara itu bergelut dengan ketegangan agama selepas beberapa siri serangan anti-Islam tercetus.
Suspek terdiri daripada lelaki Buddha dari negeri Rakhine, tempat dua insiden rusuhan berlaku tahun lalu menyebabkan puluhan maut dan 140,000 lagi - kebanyakannya Muslim Rohingya menjadi pelarian.

Jurucakap polis Yangon berkata, suspek merancang menanam bom di masjid selepas menghadiri latihan di negeri Karen, di sempadan negara itu.
“Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap kes itu,” katanya Myanmar dilanda ketegangan selepas konflik antara agama tercetus yang menyebabkan kira-kira 250 orang terbunuh, selain turut menggelapkan proses pembaharuan politik yang berlaku di negara itu. Satu laporan dalam akhbar kerajaan New Light of Myanmar semalam berkata, serbuan awal di sebuah rumah tamu di kawasan Yangon menemui suspek berusia 34 tahun sedang membuat bom pada 13 November lalu.

Siasatan lanjut mendorong polis menahan dua lagi suspek berusia 31 dan 28 tahun Sabtu lalu.

Akhbar itu melaporkan seorang daripada lelaki terbabit menerima latihan membuat bom di sempadan dan menyasarkan ‘rumah ibadah’ sebagai tumpuan serangan. - AFP
Foto
PENGUNJUNG melihat tayangan gambar penderitaan penduduk Rohingya di Myanmar dipamerkan di dinding Muzium Memorial Perang Amerika Syarikat di Washington kelmarin. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB meluluskan resolusi mendesak Myanmar memberi taraf kewarganegaraan kepada Muslim negara itu.

Cubaan bom masjid gagal

Cubaan bom masjid gagalMasjid sering menjadi sasaran serangan keganasan yang tercetus di Myanmar sejak tahun lalu.
YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar, semalam memaklumkan mereka berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki yang merancang untuk melancarkan serangan bom ke atas masjid di negara tersebut.

Jurucakap polis memberitahu salah seorang suspek penganut Buddha itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama militan di sempadan negeri Karen.

"Suspek pertama diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon. Pihak berkuasa turut menemui serbuk pelbagai bahan dan serbuk letupan  untuk menghasilkan bom bersama lelaki itu pada 13 November lalu," katanya dipetik AFP.

Menurutnya lagi, hasil siasatan ke atas suspek berumur 34 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya berumur 28 dan 31 tahun pada awal Sabtu lalu.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan sama untuk mencetuskan keganasan etnik dan agama dengan menyasarkan masjid di negara itu.

Perancang bom masjid ditahan

Yangon: Polis Myanmar semalam berkata, mereka menahan tiga orang yang disyaki merancang mengebom sebuah masjid ketika negara itu bergelut dengan ketegangan agama selepas beberapa siri serangan anti-Islam tercetus.
Suspek terdiri daripada lelaki Buddha dari negeri Rakhine, tempat dua insiden rusuhan berlaku tahun lalu menyebabkan puluhan maut dan 140,000 lagi - kebanyakannya Muslim Rohingya menjadi pelarian.

Jurucakap polis Yangon berkata, suspek merancang menanam bom di masjid selepas menghadiri latihan di negeri Karen, di sempadan negara itu.
“Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap kes itu,” katanya Myanmar dilanda ketegangan selepas konflik antara agama tercetus yang menyebabkan kira-kira 250 orang terbunuh, selain turut menggelapkan proses pembaharuan politik yang berlaku di negara itu. Satu laporan dalam akhbar kerajaan New Light of Myanmar semalam berkata, serbuan awal di sebuah rumah tamu di kawasan Yangon menemui suspek berusia 34 tahun sedang membuat bom pada 13 November lalu.

Siasatan lanjut mendorong polis menahan dua lagi suspek berusia 31 dan 28 tahun Sabtu lalu.

Akhbar itu melaporkan seorang daripada lelaki terbabit menerima latihan membuat bom di sempadan dan menyasarkan ‘rumah ibadah’ sebagai tumpuan serangan. - AFP
Foto
PENGUNJUNG melihat tayangan gambar penderitaan penduduk Rohingya di Myanmar dipamerkan di dinding Muzium Memorial Perang Amerika Syarikat di Washington kelmarin. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB meluluskan resolusi mendesak Myanmar memberi taraf kewarganegaraan kepada Muslim negara itu.

Wednesday, 20 November 2013

106 pendatang Rohingya ditahan

106 pendatang Rohingya ditahanSebahagian daripada pendatang Rohingya ditahan di Jawa Barat.
GARUT - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 106 pendatang asing dari wilayah Rakhine, Myanmar ditahan polis tempatan ketika cuba menyeberang ke Australia melalui perairan di wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Polis Garut, Arif Racman berkata, mereka dipercayai menaiki bas pelancong dari Jakarta.

"Pihak polis memeriksa bas itu di Balai Polis Cibalong pada jam 4 pagi waktu tempatan selepas disyaki membawa pendatang tanpa izin.

"Hasil siasatan mendapati daripada 106 yang ditahan, seramai 19 daripadanya wanita dan 20 lagi kanak-kanak," katanya. - Antara

Tuesday, 19 November 2013

Wajah-wajah pengganas buddha yang tidak mengizinkan wakil-wakil Pertubuhan Negara-Negara Islam [OIC] masuk ke negara mereka.

Wajah-wajah pengganas buddha yang tidak mengizinkan wakil-wakil Pertubuhan Negara-Negara Islam [OIC] masuk ke negara mereka. Cuba menutup pintu agar dunia luar tidak mengetahui kezaliman dan pembunuhan yang mereka lakukan terhadap Muslim Rohingya.

Semoga Allah timpakan bala pada mereka. Aamiin..
 

Aktivis Kachin dipanggil henti pertempuran



YANGON 19 Nov. - Beberapa kumpulan aktivis yang berkempen untuk etnik Kachin dipanggil semalam, bagi menamatkan segera pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik yang menyebabkan ratusan penduduk termasuk pelajar sekolah terperangkap dengan makanan serta perlindungan terhad di kawasan pedalaman di negara ini.
Menurut kenyataan badan bukan kerajaan yang diedarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertempuran tersebut turut menjejaskan sekurang-kurangnya 2,300 penduduk di kawasan Bhamo-Mansi, yang kebanyakan mereka telah dipindahkan kerana pertempuran sebelumnya.
Kumpulan itu menyuarakan kebimbangan terhadap kira-kira 700 penduduk selepas sebuah sekolah berasrama di kawasan itu dikepung oleh tentera Myanmar Sabtu lalu.
"Kesemua pelajar dan guru telah dikepung di dalam kawasan sekolah, tetapi telah dibebaskan selepas gesaan oleh gereja Katolik," kata kenyataan tersebut.
Pertempuran di Kachin berhampiran sempadan utara dengan China meletus pada Jun 2011, apabila perjanjian gencatan senjata 17 tahun berakhir menyebabkan 100,000 kehilangan tempat tinggal.
Kerajaan Presiden, Thein Sein yang menjalankan pembaharuan, telah mencapai perjanjian damai dengan kebanyakan kumpulan utama pemberontak etnik minoriti di negara ini, yang berdepan perang saudara sejak kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1948.
Ketua pemberontak Kachin, Jeneral Gum Maw Sabtu lalu mengesahkan berlaku bertempuran di sekitar sekolah di kampung Nam Lim Pa berhampiran sempadan China.
Jelasnya, tentera Myanmar memasuki kawasan tersebut bersama sepasukan konvoi bantuan sebelum berlaku pertempuran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_08/Aktivis-Kachin-dipanggil-henti-pertempuran#ixzz2lFcN27oO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 18 November 2013

Setiausaha Agung OIC menangis ketika kunjungi etnik Rohingya



Sebahagian etnik Rohingya berteduh di sebuah kem di Sittwe, Rakhine, Myanmar selepas rusuhan agama tercetus pada 15 Mei lalu. - AGENSI
YANGON 17 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengakui dia menangis ketika melawat kem etnik Islam Rohingya di Sittwe, hari ini.
"Saya menangis apabila melihat keadaan kem yang daif, selain kebajikan penghuninya tidak diuruskan dengan baik," katanya.
Ekmeleddin dan delegasi OIC kini dalam lawatan empat hari ke Myanmar sejak Jumaat lalu atas jemputan Presiden, Thein Sein.
Delegasi itu kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Thein Sein, di sini semalam.
Sementara itu, OIC menggesa Myanmar mengurangkan sekatan ke atas hak kebebasan asas selepas menilai hak asasi etnik Islam Rohingya dan penduduk Islam lain di negara ini akibat konflik agama yang berlaku sejak kebelakangan ini.
"OIC menggesa kerajaan untuk meneruskan reformasi undang-undang, termasuk memansuhkan undang-undang sekatan kebebasan asas," menurut Thein Sein yang dipetik oleh akhbar The New Light of Myanmar hari ini.
Konflik keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine di barat Myanmar pada tahun lalu, menyaksikan sekurang-kurangnya 167 orang maut, terutamanya etnik Rohingya Islam.
Etnik minoriti itu berdepan dengan diskriminasi apabila kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf kerakyatan mereka dan mendakwa golongan itu berasal dari Bangladesh.
OIC dalam pada itu berjanji untuk menghulurkan bantuan kepada Myanmar, namun menggesa agar negara ini menghentikan diskriminasi ke atas etnik minoriti dan agama yang tertakluk di bawah peruntukan hak asasi manusia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_08/Setiausaha-Agung-OIC-menangis-ketika-kunjungi-etnik-Rohingya#ixzz2l0pd425y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 14 November 2013

Perbezaan antara Buddha Rakhine dengan Muslim Rohingya di kem pelarian di Arakan.

Perbezaan antara Buddha Rakhine dengan Muslim Rohingya di kem pelarian di Arakan.

Apabila ditanya, apakah status buddha disana?
Jawablah, mereka KAFIR HARBI yang WAJIB DIPERANGI !

Mereka sama seperti regim bashar assad, zionis israel, amerika, russia dan sekutu dengannya.

MYANMAR / BURMA



Sami-sami buddha berarak melalui bandar Rangoon pada hari Selasa lepas untuk memprotes lawatan Pertubuhan Negara-Negara Islam [OIC] di Myanmar. Ini bagi mengelakkan dunia luar mengetahui kezaliman dan kekejaman yang dilakukan mereka terhadap Muslim Rohingya. 

Selain daripada itu, kerajaan Myanmar tidak memainkan peranan penting atas apa yang berlaku dimana mereka hanya melihat dan berpura-pura mengambil berat nasib yang menimpa Muslim Rohingya. Ini dapat dibuktikan apabila polis dan tentera turut bekerjasama dengan puak Rakhine membantai, mendera dan membunuh ummat Islam disana.

INFO ROHINGYA / PEMERINTAH ZALIM MYANMAR :

Muslim Rohingya bertapak di negara itu sejak abad ke-8 lagi. Mereka berasal dari keturunan imigran India / Bangladesh dan Yunnan di China. Ada juga dari keturunan pedagang, pelaut Arab zaman para sahabat yang singgah di wilayah Arakan dalam perjalanan ke China.

Semasa Jeneral Ne Win memegang kuasa pada tahun 1962, ramai orang Islam yang berkhidmat dalam tentera dipecat. Terjadinya diskriminasi dan tekanan ke atas penduduk minoriti Islam. Pemerintah menafikan hak kerakyatan penduduk Rohingya. Pada 1982, hak kerakyatan mereka dilucutkan, justeru tidak boleh bergerak bebas atau berkahwin tanpa permit.

Tahun 1997, hampir 1,500 sami buddha mencetuskan provokasi di Mandalay, bandar ke-2 terbesar di Myanmar. Mereka berarak menjerit ANTI-ISLAM. Mereka menyerang, merosakkan harta benda, membakar Masjid, Al Quran, rumah, kedai, dan kenderaan milik Muslim Rohingya.

Tragedi yang perlu di ingat, seramai 20 jemaah yang sedang bersolat di Masjid Hantha, daerah Pegu dibunuh. Keganasaan dua hari itu mengakibatkan 200 orang ummat Islam syahid, 11 Masjid dan 400 rumah dibakar dan hampir keseluruhan harta Muslim Mohingya dimusnahkan. Penganut Buddha dilarang berurus niaga dan mengambil orang Islam sebagai pekerja. Barang keluaran ummat Islam diboikot.

Sejarah hitam itu tidak pernah berhenti apabila wilayah Arakan kembali bergolak pada tahun 2012. Ribuan Muslim Rohingya dibunuh sehingga ke hari ini. Gerakan Buddhist 969 ini diketuai seorang sami bernama U Wirathu.

Sejak tahun lalu, 140,000 Muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan kampung, dan tinggal di kem-kem pelarian. Ada yang bersembunyi didalam hutan, kuil dan dimana saja tempat asalkan tidak terlihat puak Rakhine. Ada yang nekad menaiki bot-bot kecil ke Acheh dan negara kita. Ramai yang mati di laut kerana bot karam. Dianggarkan dua juta orang Rohingya meninggalkan Myanmar.

Pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus dan Jose Ramos-Horta mengkritik dasar baru pemerintah Myanmar yang tidak membenarkan keluarga Rohingya mempunyai lebih dua anak. Melihat pada kekejaman dilakukan terhadap penduduk Islam serta usaha menafikan hak dan identiti mereka, keadaan ini boleh diibaratkan sebagai pembersihan etnik seperti pernah dilakukan ke atas penduduk Bosnia. Doctors Without Borders mengatakan Rohingya adalah kumpulan penduduk paling teraniaya di dunia.

Soalnya, berapa kerat yang mengambil tahu urusan saudaranya? Selain dari Syria, Mesir dan Palestin, adakah kita peduli nasib Muslim Rohingya berkulit gelap ini? Lihat saja bagaimana sikap kita terhadap warga asing Myanmar yang bekerja di negara ini. Dicemuh, dihina. Adakah kita bertanya apa agamanya? Ada ditanya apa yang menyebabkan mereka berhijrah ke sini? Hanya suka-suka atau mengelakkan dari dibunuh musuh-musuh Islam? Mungkin kata-kata dari Nabi ini dapat menyedarkan kita.

Sabda Rasulullah S.A.W,

1. “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

2. “Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya”

Kedua-dua hadith di atas menerangkan tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara yang lain. Kewajiban seorang muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi.

Jom peduli ummah… !

Kunjungan OIC ke Rakhine dibantah


Sebahagian daripada sami Buddha, memegang sepanduk membantah kunjungan delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar bagi melihat sendiri nasib etnik Rohingya Islam akibat rusuhan agama di Yangon, semalam. - AP
YANGON 13 Nov. - Berpuluh-puluh sami Buddha mengadakan tunjuk perasan di luar lapangan terbang bagi membantah kehadiran delegasi daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang tiba di sini, hari ini bagi memantau keadaan berhubung rusuhan agama.
Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan beberapa pegawai lain yang mewakili pertubuhan 57 negara Islam itu, akan bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan Myanmar di Naypyitaw untuk membincangkan isu keganasan etnik yang melanda negara ini.
Lebih 240 orang terbunuh dan 240,000 lagi menjadi pelarian dalam rusuhan agama pada tahun lalu, dengan kebanyakan mangsa terbunuh merupakan etnik Rohingya Islam yang diburu oleh penduduk Buddha dan tidak dihalang oleh pihak keselamatan Myanmar.
Delegasi OIC terbabit yang diwakili pegawai dari Indonesia, Malaysia, Turki, Arab Saudi, Mesir, Djibouti dan Bangladesh, dijangka menerima bantahan besar-besaran pada Jumaat ini apabila berkunjung ke negeri Rakhine bagi melihat sendiri keadaan mangsa dan kem pelarian.
Pegawai Indonesia, Ark Hananto berkata, kerajaan Myanmar memberi jaminan akan mengenakan kawalan yang ketat terhadap kumpulan khas OIC sepanjang kunjungan di negara ini.
Ark berkata, selain mengutuk dan menyuarakan kebimbangan tentang nasib umat Islam di Myanmar, OIC juga akan bertemu secara langsung dengan mangsa konflik terbabit.
Jelasnya, pegawai delegasi akan mengadakan perbincangan dengan masyarakat dan pemimpin-pemimpin agama di kawasan itu.
"Tujuan OIC ke sini adalah untuk mencari jalan membina komunikasi antara kedua-dua pihak terlibat," katanya. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_06/Kunjungan-OIC-ke-Rakhine-dibantah#ixzz2kb8bqoUU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 13 November 2013

ROHINGYA



Pelarian Rohingya berteduh di dalam sebuah bangunan yang dimiliki oleh sebuah masjid menjelang ketibaan Taufan Mahasen. 

Kisah yang berlaku pada 15 Mei 2013.

Monday, 4 November 2013

Pasukan khas OIC ke Myanmar


Sebahagian pelarian Rohingya ditempatkan di kem pelarian di negeri Rakhine, Myanmar. - AGENSI
JEDDAH 3 Nov. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menghantar satu pasukan khas bagi menyiasat situasi hak asasi manusia di Myanmar dan Palestin, tidak lama lagi.
Keputusan itu dibuat selepas berakhirnya mesyuarat hari ketiga Suruhanjaya Hak Asasi Tetap Bebas OIC (IPHRC), di sini pada Khamis lalu.
Mesyuarat selama lima hari itu dipengerusikan oleh Duta Nigeria ke Arab Saudi, Mohammad Kawu Ibrahim yang juga merupakan pengerusi baharu OIC.
Suruhanjaya tersebut membuat keputusan untuk menghantar pasukan khas ke Myanmar pada pertengahan November ini bagi meninjau keadaan penduduk Islam Rohingya yang dilihat menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negara itu.
Menurut sumber kepada laman web berita Saudi Gazette, penghantaran pasukan khas itu diharapkan dapat membela nasib penduduk Islam Rohingya.
Selain itu, satu seminar yang melibatkan dialog antara pemimpin agama Buddha dan Islam Myanmar turut dirancang untuk kepentingan kedua-dua pihak.
Pasukan khas juga dijangka dihantar ke Palestin dan beberapa negara Arab yang lain bagi tujuan sama.
Suruhanjaya itu melahirkan kebimbangan tentang penindasan penduduk Palestin oleh Israel yang semakin ghairah membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.
IPHRC membuat keputusan untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi melindungi hak asasi penduduk Palestin kepada Majlis Menteri-Menteri Luar OIC.
Bagi misi ke Palestin, IPHRC bakal menyediakan pasukan khas bagi empat kategori iaitu hak asasi wanita dan kanak-kanak, Islamofobia, masyarakat minoriti Islam dan hak pembangunan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_03/Pasukan-khas-OIC-ke-Myanmar#ixzz2jcOpmQiF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 3 November 2013

Saudara Rohingya kita, Noor Husson dibunuh hari ini di Arakan

Saudara Rohingya kita, Noor Husson dibunuh hari ini di Arakan, Burma ketika beliau keluar mencari kayu api. Dia dibunuh hanyalah kerana dia muslim. Sekarang lima orang anaknya menjadi anak yatim. Lihat tanggannya yang masih terikat dan yang menyedihkan tiada siapa yang bertanya tentang siapa pembunuhnya.

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL