Tuesday 19 November 2013

Aktivis Kachin dipanggil henti pertempuran



YANGON 19 Nov. - Beberapa kumpulan aktivis yang berkempen untuk etnik Kachin dipanggil semalam, bagi menamatkan segera pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik yang menyebabkan ratusan penduduk termasuk pelajar sekolah terperangkap dengan makanan serta perlindungan terhad di kawasan pedalaman di negara ini.
Menurut kenyataan badan bukan kerajaan yang diedarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertempuran tersebut turut menjejaskan sekurang-kurangnya 2,300 penduduk di kawasan Bhamo-Mansi, yang kebanyakan mereka telah dipindahkan kerana pertempuran sebelumnya.
Kumpulan itu menyuarakan kebimbangan terhadap kira-kira 700 penduduk selepas sebuah sekolah berasrama di kawasan itu dikepung oleh tentera Myanmar Sabtu lalu.
"Kesemua pelajar dan guru telah dikepung di dalam kawasan sekolah, tetapi telah dibebaskan selepas gesaan oleh gereja Katolik," kata kenyataan tersebut.
Pertempuran di Kachin berhampiran sempadan utara dengan China meletus pada Jun 2011, apabila perjanjian gencatan senjata 17 tahun berakhir menyebabkan 100,000 kehilangan tempat tinggal.
Kerajaan Presiden, Thein Sein yang menjalankan pembaharuan, telah mencapai perjanjian damai dengan kebanyakan kumpulan utama pemberontak etnik minoriti di negara ini, yang berdepan perang saudara sejak kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1948.
Ketua pemberontak Kachin, Jeneral Gum Maw Sabtu lalu mengesahkan berlaku bertempuran di sekitar sekolah di kampung Nam Lim Pa berhampiran sempadan China.
Jelasnya, tentera Myanmar memasuki kawasan tersebut bersama sepasukan konvoi bantuan sebelum berlaku pertempuran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_08/Aktivis-Kachin-dipanggil-henti-pertempuran#ixzz2lFcN27oO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment