Monday, 28 March 2016

Tatmadaw mahu kekal


28 MAC 2016
Tatmadaw mahu kekal

 Tatmadaw mahu kekal Aung Hlaing melakukan pemeriksaan kawalan kehormat ketika sambutan Hari Angkatan Tentera di Naypyidaw, semalam.
NAYPYIDAW - MYANMAR.  Ketua Angkatan Tentera Myanmar (Tatmadaw), semalam menegaskan terhadap keperluan mengekalkan kuasa politik terhadap mereka, beberapa hari sebelum kerajaan baharu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan buat pertama kali dalam tempoh 56 tahun.

Jeneral Min Aung Hlaing mengeluarkan kenyataan itu, ketika sambutan Hari Angkatan Tentera di ibu negara dan beliau turut percaya tentera berfungsi sebagai kuasa penyatuan tunggal dan pelindung kepada Perlembagaan.

"Tatmadaw perlu hadir sebagai tonggak utama dalam politik negara ini," tegasnya.

Difahamkan, Myanmar mula dipimpin junta tentera selepas rampasan kuasa pada 1962, namun ia membuka ruang kepada penubuhan kerajaan separa awam pada 2011 sebagai persediaan untuk pilihan raya umum pada November lalu.  

Beliau turut mempertahankan kandungan Perlembagaan dengan menyatakan ia telah digubal oleh hasil usaha diselaraskan golongan intelektual, pakar daripada pelbagai bidang dan wakil kaum serta disahkan oleh referendum di seluruh negara.  

Perlembagaan 2008 itu memperuntukkan kuasa politik meluas kepada tentera.

Satu perempat daripada kerusi Parlimen yang dikhaskan untuk pegawai tentera telah memberikan mereka kuasa veto terhadap perubahan kandungan piagam dan ketua tentera kekal mengawal tiga kementerian utama. - Reuters

Saturday, 26 March 2016

Geng Rohingya aktif 
pecah rumah ditahan

 26 Mac 2016 12:32 AM
Wan Mohd. Zahari Wan Busu (tengah) menunjukkan antara barangan



Wan Mohd. Zahari Wan Busu (tengah) menunjukkan antara barangan kes yang dirampas daripada geng Rohingya di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam. Utusan/Abdul Rashid Abdul Rahman


RAUB 25 Mac – Tiga lelaki etnik Rohingya yang juga pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) seolah-olah tidak bersyukur dengan kebenaran berlindung di negara ini apabila aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini. Mereka berusia antara 20 dan 40 tahun dikatakan mengambil kesempatan bekerja sebagai buruh binaan untuk mengenal pasti rumah-rumah mangsa untuk dipecah masuk.

Namun kelicikan mereka yang telah tinggal di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu itu tidak berpanjangan apabila ditahan polis dalam serbuan antara 10 Mac hingga 16 Mac lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas risikan dan maklumat awam, polis menahan tiga suspek dalam serbuan di Sentul, Kuala Lumpur dalam tempoh berkenaan. Katanya, penahanan mereka dipercayai dapat menyelesaikan kira-kira 15 kes pecah rumah di daerah itu yang dilaporkan sejak setahun lalu. “Hasil penahanan ketiga-tiga suspek, kita merampas pelbagai jenis barangan seperti jam tangan, kamera digital, barang kemas, telefon bimbit dan peralatan elektronik.

“Polis masih menyiasat dan sedang mengesan suspek-suspek yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. Berdasarkan siasatan awal, katanya, suspek mengambil kesempatan meninjau kawasan perumahan di daerah itu yang tidak berpenghuni untuk melakukan kegiatan jenayah mereka. “Kesemua suspek yang tinggal di Kuala Lumpur dipercayai menjual barangan yang dicuri kepada orang tidak dikenali dan akan membahagikan hasil jualan kepada setiap ahli,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah di Selangor dan Melaka. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/geng-rohingya-aktif-8232-pecah-rumah-ditahan-1.204769#sthash.O2xD1zH9.dpuf

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Suu Kyi enggan ditemu bual wartawan Islam


26 Mac 2016 12:32 AM


YANGON 25 Mac – Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dilaporkan berang selepas diasak berulang kali oleh wartawan BBC Today berhubung penindasan terhadap etnik minoriti beragama Islam, Rohingya di negara ini dalam satu temu bual pada tahun 2013.
Insiden berkenaan yang hanya didedahkan oleh penulis, Peter Popham dalam bukunya yang bertajuk The Lady And The Generals: Aung San Suu Kyi And Burma’s Struggle For Freedom, menyaksikan Suu Kyi turut mengeluarkan kenyataan rasis.
Ketika kejadian, wartawan, Mishal Husain terus memberi tekanan kepada pemimpin Liga Kebangsaan bagi De­mok­rasi (NLD) itu supaya memberi jawapan berhubung isu berkenaan.
Mail Online melaporkan, ketika rakaman wawancara dihentikan seketika, Suu Kyi yang marah didengar berkata; “Tiada siapa maklumkan saya akan ditemu bual oleh seorang Muslim.”
Wawancara terbabit disiarkan pada Oktober 2013.
Sepanjang temu bual itu juga, Suu Kyi enggan mengutuk sentimen anti-Islam dan gelombang pembunuhan Rohingya di Myanmar walaupun didesak oleh Mishal.
“Saya rasa terdapat banyak penganut Buddha yang juga meninggalkan negara atas pelbagai alasan. Keadaan ini adalah hasil daripada penderitaan yang dialami akibat pentadbiran rejim diktator,’’ katanya.
Suu Kyi pernah dikritik berikutan sikapnya yang berpeluk tubuh dan mengunci mulut dalam isu penindasan Rohingya, bertentangan dengan Ha­diah Nobel Keamanan yang dite­rimanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suu-kyi-enggan-ditemu-bual-wartawan-islam-1.204755#sthash.NOw1SDqj.dpuf

Thursday, 24 March 2016

Suu Kyi jadi menteri

Naypyidaw: Aung San Suu Kyi dicalonkan menyertai Kabinet dalam kerajaan baru Myanmar, seterusnya memberi pejuang demokrasi itu jawatan rasmi dalam pentadbiran walaupun disekat dari jawatan presiden.
Pemenang anugerah Nobel Keamanan itu yang sebelum ini berikrar akan ‘memerintah di sebalik’ bakal presiden Htin Kyaw, yang pertama dibacakan namanya daripada senarai menteri oleh Speaker kepada ahli Parlimen, namun tidak dinyatakan jawatan sebenar akan disandangnya atau orang lain.
“Saya dengan ini membentangkan senarai nama bagi mereka yang akan menjadi menteri yang dicadangkan kepada Parlimen oleh bakal presiden,” kata Speaker, Mahn Win Khaing Than.
Undian untuk mengesahkan jawatan berkenaan dijangka diadakan lewat minggu ini.
Pemerhati berkata, Suu Kyi mungkin mengambil peranan Menteri Luar, seterusnya serentak memberinya jawatan Kabinet, pengaruh antarabangsa dan tempat di Majlis Keselamatan negara itu yang berpengaruh dan masih dikuasai tentera.
Suu Kyi, 70, dihalang daripada memegang jawatan presiden oleh Perlembagaan yang digubal tentera junta kerana suaminya, Michael Aris dan dua anaknya warga Britain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 8:49 AM


SUU Kyi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124814#sthash.jI6QzXB4.dpuf

Wednesday, 23 March 2016

Suu Kyi dicalonkan sebagai menteri


YANGON – Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dicalonkan untuk jawatan menteri dalam kabinet baharu negara itu, kata Speaker Parlimen, Mann Win Khiang Than semalam.
Khiang Than berkata, bakal Presiden Myanmar, Htin Kyaw menyenaraikan 18 calon untuk 21 kementerian termasuk Suu Kyi yang merupakan pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Menurut seorang pegawai kanan NLD, Suu Kyi akan memegang sekurang-kurang­nya satu jawatan dalam kabinet baharu ­Myanmar.
“Beliau pastinya akan memegang jawatan menteri luar supaya dapat terlibat dalam Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara(NDSC),” kata pegawai berkenaan kepada agensi berita dpa dalam satu wawancara telefon.
Kesebelasan ahli NDSC mempunyai kuasa tertinggi dalam kerajaan Myanmar. Majlis keselamatan itu turut dianggotai enam pegawai tentera termasuk panglima angkatan bersenjata negara itu.
Selain menteri luar, Suu Kyi juga akan dilantik untuk memegang portfolio pendidikan di samping menjadi utusan hal ehwal tenaga dan elektrik di pejabat Presiden. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz43g0RyLAb 
Hakcipta terpelihara 

Monday, 21 March 2016

Demokrasi kembali di Myanmar

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

 21 MAC 2016

Demokrasi kembali di Myanmar

Hytin Kyaw semasa majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Myanmar baru-baru ini.


  POLITIK di negara Myanmar sentiasa mendapat perhatian masyarakat dunia. Politik negara itu sentiasa mempunyai warna-warni dan pasang surut yang menyebabkan masyarakat dunia sukar meramal apa yang akan berlaku selepas ini.
Menceritakan dahulu kisah sejarah politik negara itu, Myanmar ataupun dahulu dikenali sebagai Anglo-Burma ditemui pada abad ke-16 oleh dua orang raja yang dikenali sebagai Tabinshwehti dan Bayinnaung.
Kedua-dua orang raja ini berjaya menyatukan beberapa pecahan negeri Anglo-Burma menjadi sebuah negara. Namun, pada tahun 1824, negara tersebut menghadapi peperangan setelah negara tersebut dijajah oleh pihak British.
Peperangan tersebut telah menyebabkan Anglo-Burma hilang beberapa buah negeri seperti Assam, Manipur, Chachar dan beberapa buah negara lain. Pada tahun 1942, negara Jepun menjajah Burma dan ini menyebabkan mereka terlepas daripada jajahan British.
Setelah lima tahun dijajah Jepun, British akhirnya kembali menjajah Burma dengan bantuan daripada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Rakyat (AFPFL), Aung San pada tahun 1947. Daripada penjajahan tersebut, bermulalah pemerintahan ala tentera yang dilakukan oleh Burma.
Aung San, pemimpin pertama Myanmar
Menceritakan sedikit mengenai latar belakang Aung San, beliau dilahirkan pada tahun 1915 yang mana, ayahnya, U Phar adalah seorang peguam. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah agama di Natmauk.
Pada tahun 1933, beliau menyambung pengajian di Universiti Rangoon pada tahun 1933 dalam jurusan undang-undang. Pensyarah yang mengajar Aung San mengatakan beliau adalah seorang pelajar pintar dan cepat belajar.
Atas kebijaksanaannya, Aung San telah dipilih sebagai presiden persatuan pelajar universiti tersebut pada tahun 1938. Namun, jawatan tersebut bertahan hanya beberapa bulan setelah beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menyertai arena politik.
Beliau telah menyertai sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Rakyat Burma (Dobama Asiayone). Daripada persatuan tersebut, Aung San telah berjuang melawan penjajahan British untuk memerdekakan Burma.
Aung San kemudiannya bersatu dengan beberapa parti di negara tersebut untuk melawan British. Namun, tindakan beliau dihidu pada tahun 1939, setelah British mengeluarkan notis tangkapan terhadap beliau.
Melihat notis itu, Aung San melarikan diri ke China untuk memohon bantuan daripada tentera negara itu. Namun, beliau menukar fikiran dengan meminta pertolongan daripada tentera Jepun.
Dan akhirnya pada tahun 1943, British akhirnya keluar daripada Burma setelah Jepun menyerang negara tersebut. Pada Ogos 1943, tentera Jepun telah mengisytiharkan Burma sebagai sebuah negara merdeka manakala Aung San dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Namun perkara tersebut tidak bertahan lama setelah Aung San merasakan tentera Jepun menipu dirinya serta rakyat Burma. Justeru itu, beliau secara senyap-senyap, menghubungi tentera British di India dan tentera Komunis untuk memohon pertolongan.
Dalam masa yang sama, Aung San turut mencetuskan pemberontakan di negaranya. Akhirnya pada tahun 1947, British kembali berjaya menjajah Burma setelah Jepun tewas dalam peperangan.
Selepas berjaya menawan Burma, British telah mengadakan pilihan raya pada April 1947. Dalam pilihan raya tersebut, parti AFPFL pimpinan Aung San berjaya memenangi 176 kerusi daripada 210 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Namun pada Julai 1947, sebuah kumpulan telah menceroboh pejabat kerajaan Burma dan membunuh Aung San serta enam orang menterinya ketika beliau sedang melakukan persiapan untuk majlis peralihan kuasa British kepada Burma sepenuhnya.

Suu Kyi kekal ketua NLD, mungkin tak pegang jawatan kerajaan

ISNIN, 21 MAC 2016 @ 11:40 AM

TOKOH demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

NAYPYITAW: Tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, akan mengemudikan kerajaan yang akan dibentuk parti pimpinannya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), kekal sebagai ketua dan berkemungkinan tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Parlimen Myanmar minggu lalu melantik rakan rapat pemenang hadiah Nobel keamanan itu, Htin Kyaw, sebagai presiden, menjadikan beliau sebagai ketua negara pertama bukan daripada latar belakang tentera sejak 1960-an. Suu Kyi mengetuai NLD mencatatkan kemenangan bersejarah pada pilihan raya November lalu, tetapi Perlembagaan yang dirangka bekas junta menghalang beliau menjadi presiden kerana dua anak dan mendiang suaminya tidak memiliki kerakyatan Myanmar. Suu Kyi berikrar menentang Perlembagaan yang digambarkan tokoh kanan NLD sebagai 'mengarut', berjanji negara itu ditadbir oleh 'tokoh yang lebih berkuasa daripada presiden.' Parti itu tidak menjelaskan bagaimana pengurusan akan dilakukan, menyemarakkan spekulasi mengenai kemungkinan jawatan dipegang Suu Kyi selepas kerajaan mengambil alih pemerintahan pada 1 April ini. "Memegang jawatan tidak penting lagi. Di Amerika Syarikat, ramai ahli perundangan terkenal yang amat berpengaruh berada dalam Parlimen, tetapi mereka tiada jawatan dalam Kabinet. "Perkara sama berlaku di sini. Suu Kyi akan mengetuai parti pemerintah, beliau akan mengetuai kerajaan yang dibentuk parti," kata jurucakap NLD, Zaw Myint Maung dalam kenyataan paling lengkap mengenai isu itu yang dikeluarkan tokoh kanan parti setakat ini. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135669

Saturday, 19 March 2016

Bakal Presiden Myanmar mahu rombak 12 kementerian


YANGON – Parlimen baharu Myanmar semalam membahaskan perubahan besar melibatkan beberapa kementerian yang akan dilaksanakan semasa pentadbiran akan datang, demikian menurut beberapa laporan semalam.
Laman berita Mizzima melaporkan, bakal Presiden Myanmar, Htin Kyaw memberitahu kelmarin bahawa beliau mahu merombak lebih 12 buah kementerian.
Myanmar mempunyai banyak kumpulan etnik, manakala pemberontakan etnik kerap berlaku terutamanya di kawasan sempadan. Penduduk etnik merangkumi antara 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan populasi Myanmar.
Bakal parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pernah berkempen untuk meningkatkan penglibatan etnik minoriti dalam politik Myanmar.
Menurut Htin Kyaw, enam kementerian yang sebelum ini berada bawah pejabat Presiden akan digabungkan menjadi satu dalam rombakan tersebut, demikian menurut Mizzima.
Junta tentera yang masih berkuasa di Myanmar akan melantik beberapa menteri utama termasuk untuk portfolio pertahanan dan hal ehwal dalam negeri.
Usul rombakan itu dibahaskan semalam oleh Parlimen baharu Myanmar yang kini dikuasai wakil rakyat NLD susulan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum pada November tahun lalu. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz43JklUr8k 
Hakcipta terpelihara