Thursday 24 March 2016

Suu Kyi jadi menteri

Naypyidaw: Aung San Suu Kyi dicalonkan menyertai Kabinet dalam kerajaan baru Myanmar, seterusnya memberi pejuang demokrasi itu jawatan rasmi dalam pentadbiran walaupun disekat dari jawatan presiden.
Pemenang anugerah Nobel Keamanan itu yang sebelum ini berikrar akan ‘memerintah di sebalik’ bakal presiden Htin Kyaw, yang pertama dibacakan namanya daripada senarai menteri oleh Speaker kepada ahli Parlimen, namun tidak dinyatakan jawatan sebenar akan disandangnya atau orang lain.
“Saya dengan ini membentangkan senarai nama bagi mereka yang akan menjadi menteri yang dicadangkan kepada Parlimen oleh bakal presiden,” kata Speaker, Mahn Win Khaing Than.
Undian untuk mengesahkan jawatan berkenaan dijangka diadakan lewat minggu ini.
Pemerhati berkata, Suu Kyi mungkin mengambil peranan Menteri Luar, seterusnya serentak memberinya jawatan Kabinet, pengaruh antarabangsa dan tempat di Majlis Keselamatan negara itu yang berpengaruh dan masih dikuasai tentera.
Suu Kyi, 70, dihalang daripada memegang jawatan presiden oleh Perlembagaan yang digubal tentera junta kerana suaminya, Michael Aris dan dua anaknya warga Britain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 8:49 AM


SUU Kyi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124814#sthash.jI6QzXB4.dpuf

No comments:

Post a Comment