Saturday 26 March 2016

Geng Rohingya aktif 
pecah rumah ditahan

 26 Mac 2016 12:32 AM
Wan Mohd. Zahari Wan Busu (tengah) menunjukkan antara barangan



Wan Mohd. Zahari Wan Busu (tengah) menunjukkan antara barangan kes yang dirampas daripada geng Rohingya di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam. Utusan/Abdul Rashid Abdul Rahman


RAUB 25 Mac – Tiga lelaki etnik Rohingya yang juga pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) seolah-olah tidak bersyukur dengan kebenaran berlindung di negara ini apabila aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini. Mereka berusia antara 20 dan 40 tahun dikatakan mengambil kesempatan bekerja sebagai buruh binaan untuk mengenal pasti rumah-rumah mangsa untuk dipecah masuk.

Namun kelicikan mereka yang telah tinggal di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu itu tidak berpanjangan apabila ditahan polis dalam serbuan antara 10 Mac hingga 16 Mac lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas risikan dan maklumat awam, polis menahan tiga suspek dalam serbuan di Sentul, Kuala Lumpur dalam tempoh berkenaan. Katanya, penahanan mereka dipercayai dapat menyelesaikan kira-kira 15 kes pecah rumah di daerah itu yang dilaporkan sejak setahun lalu. “Hasil penahanan ketiga-tiga suspek, kita merampas pelbagai jenis barangan seperti jam tangan, kamera digital, barang kemas, telefon bimbit dan peralatan elektronik.

“Polis masih menyiasat dan sedang mengesan suspek-suspek yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. Berdasarkan siasatan awal, katanya, suspek mengambil kesempatan meninjau kawasan perumahan di daerah itu yang tidak berpenghuni untuk melakukan kegiatan jenayah mereka. “Kesemua suspek yang tinggal di Kuala Lumpur dipercayai menjual barangan yang dicuri kepada orang tidak dikenali dan akan membahagikan hasil jualan kepada setiap ahli,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah di Selangor dan Melaka. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/geng-rohingya-aktif-8232-pecah-rumah-ditahan-1.204769#sthash.O2xD1zH9.dpuf

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment