Saturday 19 March 2016

Bakal Presiden Myanmar mahu rombak 12 kementerian


YANGON – Parlimen baharu Myanmar semalam membahaskan perubahan besar melibatkan beberapa kementerian yang akan dilaksanakan semasa pentadbiran akan datang, demikian menurut beberapa laporan semalam.
Laman berita Mizzima melaporkan, bakal Presiden Myanmar, Htin Kyaw memberitahu kelmarin bahawa beliau mahu merombak lebih 12 buah kementerian.
Myanmar mempunyai banyak kumpulan etnik, manakala pemberontakan etnik kerap berlaku terutamanya di kawasan sempadan. Penduduk etnik merangkumi antara 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan populasi Myanmar.
Bakal parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pernah berkempen untuk meningkatkan penglibatan etnik minoriti dalam politik Myanmar.
Menurut Htin Kyaw, enam kementerian yang sebelum ini berada bawah pejabat Presiden akan digabungkan menjadi satu dalam rombakan tersebut, demikian menurut Mizzima.
Junta tentera yang masih berkuasa di Myanmar akan melantik beberapa menteri utama termasuk untuk portfolio pertahanan dan hal ehwal dalam negeri.
Usul rombakan itu dibahaskan semalam oleh Parlimen baharu Myanmar yang kini dikuasai wakil rakyat NLD susulan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum pada November tahun lalu. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz43JklUr8k 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment