Wednesday 23 March 2016

Suu Kyi dicalonkan sebagai menteri


YANGON – Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dicalonkan untuk jawatan menteri dalam kabinet baharu negara itu, kata Speaker Parlimen, Mann Win Khiang Than semalam.
Khiang Than berkata, bakal Presiden Myanmar, Htin Kyaw menyenaraikan 18 calon untuk 21 kementerian termasuk Suu Kyi yang merupakan pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Menurut seorang pegawai kanan NLD, Suu Kyi akan memegang sekurang-kurang­nya satu jawatan dalam kabinet baharu ­Myanmar.
“Beliau pastinya akan memegang jawatan menteri luar supaya dapat terlibat dalam Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara(NDSC),” kata pegawai berkenaan kepada agensi berita dpa dalam satu wawancara telefon.
Kesebelasan ahli NDSC mempunyai kuasa tertinggi dalam kerajaan Myanmar. Majlis keselamatan itu turut dianggotai enam pegawai tentera termasuk panglima angkatan bersenjata negara itu.
Selain menteri luar, Suu Kyi juga akan dilantik untuk memegang portfolio pendidikan di samping menjadi utusan hal ehwal tenaga dan elektrik di pejabat Presiden. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz43g0RyLAb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment