Wednesday 13 July 2016

Kosmo! Online -Polis Thailand selamatkan 19 imigran Myanmar

Kosmo! Online - Dunia: "YANGON – Seramai 19 mangsa pemerdagangan manusia warga Myanmar diselamatkan di Thailand, lapor media tempatan dan kumpulan hak asasi manusia semalam, kejayaan polis yang jarang berlaku dalam kempen membanteras rangkaian penjenayah yang menguasai rantau itu.



 Kumpulan itu ditemui polis Thailand dalam keadaan dikurung di dalam sebuah bot nelayan yang mengibarkan bendera Indonesia di luar pantai Pattani, selatan Thailand pada Ahad lepas, lapor akhbar tempatan,



 Global New Light of ­Myanmar.

Serbuan polis dibuat selepas ahli keluarga beberapa mangsa memberi maklumat kepada Persatuan Myanmar di Thailand iaitu sebuah kumpulan sokongan yang membela nasib imig­rannya.

Pengarah persatuan itu,



 Kyaw Thaung membe­ritahu agensi berita AFP bahawa semua mangsa, sebahagiannya berumur seawal 13 tahun, terpedaya selepas dijanjikan pe­luang pekerjaan di Bangkok, namun berakhir dengan mereka dikurung di dalam bot nelayan itu.



 “Pasukan polis menyerbu bot ikan milik Indonesia dan menemui 19 pekerja Myanmar. Mereka berada di dalam bot ini sejak 10 hari lepas,” katanya sambil menambah, seorang broker pemerdagangan manusia Myanmar turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Polis Thai tidak memberikan sebarang kenyataan tetapi sumber di Nay­pyidaw mengesahkan 19 warganya telah diselamatkan. – AFP"



'via Blog this'

Gesa etnik Rohingya dipanggil Benggali - Global - Sinar Harian

Gesa etnik Rohingya dipanggil Benggali - Global - Sinar Harian:

Gesa etnik Rohingya dipanggil Benggali

 "Nasionalis berhimpun untuk mengadakan protes anti-Rohingya.





 YANGON - MYANMAR. Nasionalis Myanmar mengadakan bantahan kelmarin, bertujuan mendesak kerajaan menggunakan istilah 'Benggali'  merujuk kepada masyakat minoriti Islam di negara itu.

"Kerajaan Aung San Suu Kyi perlu membuat kenyataan awam yang mengatakan bahawa mereka mendengar luahan rakyatnya sendiri.



Kami membantu kerajaan, kami tidak menyebabkan sebarang masalah dan konflik," menurut Presiden Rangkaian Nasional Myanmar, Win Ko Ko Latt.

Penunjuk perasaan berarak kira-kira lima minit dari monumen bersejarah Pagoda Shwedagon sebelum dihalang anggota keselamatan.



 Protes berkenaan adalah salah satu daripada kebimbangan nasionalis yang khuatir Rohingya akan mengambil alih negeri Rakhine, dan mereka mengancam untuk terus mengadakan demonstrasi jika kerajaan tidak mengubah penggunaan istilah tersebut.



 Sebelum ini Suu Kyi menolak menggunakan istilah Rohingya atau Benggali, sebaliknya merujuk golongan minoriti tersebut sebagai orang Islam yang tinggal di Rakhine.

Difahamkan, bantahan sama telah diadakan di Rakhine hujung minggu lalu, dan satu lagi protes dijangka dianjurkan di Yangon minggu depan, lapor Channel News Asia."



'via Blog this'

Rohingya diseksa, di mana pemimpin Asean? - Global - Sinar Harian

Rohingya diseksa, di mana pemimpin Asean? - Global - Sinar Harian:

Rohingya

"Gambar hiasan



SHAH ALAM – Pemuda Pas menegaskan sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini termasuk kerajaan memberi tekanan diplomasi kepada Myanmar susulan keganasan terhadap masyarakat Muslim Rohingya yang masih berlaku di negara itu.



 Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, jenayah kemanusiaan itu malangnya berlaku pada era moden dalam wilayah Asean.

“Di mana maruah pemimpin-pemimpin Asean saat sekelompok penduduk di dalam wilayahnya menerima penyeksaan demi penyeksaan selama puluhan tahun?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



 Katanya, keganasan yang berlaku sejak puluhan tahun itu tidak pula digelar ekstremis mahupun pengganas.

“Hanya sekadar ‘ultra-nasionalis’ sepertimana kebanyakan gelaran yang diberikan media antarabangsa.



 “Setelah penderitaan panjang yang dihadapi masyarakat Muslim Rohingya, pendirian Myanmar tidak kelihatan begitu tegas untuk menanganinya. Pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi gagal berfungsi seperti yang diharapkan,” katanya.



 Sehubungan itu, pihaknya menggesa seluruh rakyat dan NGO untuk sama-sama bersolidariti bagi menyatakan sokongan moral terhadap masyarakat Rohingya di samping memberikan signal yang jelas kepada Putrajaya mahupun Kedutaan Myanmar sendiri supaya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.



 Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan kumpulan yang menggelar diri mereka Nasionalis Myanmar mengadakan bantahan minggu lalu untuk mendesak kerajaan menggunakan istilah 'Benggali'  merujuk kepada masyakat Rohingya.



 Penunjuk perasaan berarak kira-kira lima minit dari monumen bersejarah Pagoda Shwedagon sebelum dihalang anggota keselamatan.

Namun, Suu Kyi dilaporkan sebelum ini menolak menggunakan istilah Rohingya atau Benggali, sebaliknya merujuk golongan minoriti tersebut sebagai orang Islam yang tinggal di Rakhine."



'via Blog this'

Hanya pejuang sebenar layak terima Nobel Keamanan - Global - Sinar Harian

Suu Kyi



Hanya pejuang sebenar layak terima Nobel Keamanan - Global - Sinar Harian: "Suu Kyi





SHAH ALAM - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi sekali lagi dituntut agar anugerah Nobel Keamanan diterimanya sebelum ini ditarik balik.

Kali ini gesaan itu dibuat melalui sebuah petisyen yang dilancarkan secara atas talian,



 'Take Back Aung San Suu Kyis's Nobel Peace Prize' yang dimulakan beberapa bulan lalu.

Melalui petisyen itu, dibangkitkan soal kenyataan Suu Kyi yang kesal diwawancara seorang wartawan Muslim, Mishal Husain dari BBC Today pada 2013.



 Kenyataan itu jelas mengecewakan banyak pihak kerana ia keluar dari mulut seorang pejuang demokrasi yang juga penerima anugerah Nobel Keamanan.

“Sebagai pejuang demokrasi, kenyataan bersifat rasis itu tidak wajar diucapkan kerana merosak nilai-nilai demokrasi yang menghormati perbezaan kepercayaan.



 “Anugerah Nobel Keamanan adalah penghargaan tertinggi diberikan khusus untuk orang yang memberikan seluruh usaha terbaik demi persaudaraan. Nilai-nilai perdamaian ini harus tetap dijaga para penerima anugerah Nobel Keamanan termasuk Suu Kyi hingga akhir hayatnya,” antara kenyataan dalam petisyen itu.



 Petisyen itu turut menyifatkan jika penerimanya tidak dapat menjaga keamanan, selayaknya penghargaan itu ditarik kembali oleh pihak Nobel.

“Kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Nobel Keamanan,



 Kaci Kullman Five menarik balik penghargaan yang diberikan kepada Suu Kyi.

“Hanya mereka yang serius dalam mengekalkan keamanan kepada dunia layak diberikan penghargaan itu,” katanya.

Sebelum ini, Suu Kyi menjadi sasaran kemarahan orang ramai gara-gara gagal menangani ketidakadilan yang menimpa masyarakat Rohingya di negara itu.



 Malah beliau dilaporkan enggan menggunakan istilah Rohingya untuk kaum minoriti itu.

Petisyen yang mensasarkan 75,000 tandatangan dari seluruh dunia itu berjaya mengumpul 72,991 sokongan dan mencari kira-kira 2,000 sokongan lagi untuk mencapai sasarannya sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Nobel Norway 2016."



'via Blog this'

Sunday 3 July 2016

Sikap Suu Kyi kecewakan Rohingya


3 JULAI 2016
Aung San Suu Kyi


Aung San Suu Kyi
BANGKOK - THAILAND. "Kami orang Rohingya, jadi tolonglah panggil kami Rohingya," demikian rayu Hajee Ismail, seorang aktivis Rohingya ketika ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, melawat Thailand dalam kujungan pertama beliau ke negara ini baru-baru ini.

Pejuang hak masyarakat Rohingya itu menaruh harapan tinggi terhadap Suu Kyi selepas parti pimpinannya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya Myanmar yang amat bersejarah.

Antara perkara yang menjadi harapannya ialah agar Suu Kyi memperbaiki nasib dan kehidupan setengah juta masyarakat Rohingya di Myanmar, setelah mereka dizalimi sejak berpuluh tahun lalu.

Bagaimanapun, harapan yang diletakkan kepada Suu Kyi terus berubah menjadi kemarahan apabila wanita bergelar penjuang demokrasi itu bukan sahaja gagal menangani ketidakadilan yang menimpa kumpulan minoriti tersebut, malah enggan memanggil mereka sebagai Rohingya.

"Segala yang kami harapkan daripada tokoh demokrasi itu berkecai semuanya. Kami benar-benar tidak menyangka pemenang Hadiah Nobel ini sanggup mengambil pendirian politik bersifat keras dan negatif serta tidak demokratik seperti itu," katanya.

Selama ini, Hajee, yang memimpin pertubuhan Kumpulan Rohingya Thailand, menyangka pemimpin de-facto Myanmar itu, yang lebih mesra dengan panggilan 'Amay Suu' (Ibu Suu) oleh rakyat negara itu, termasuk masyarakat Rohingya, adalah pemimpin paling layak untuk menamatkan penderitaan masyarakat Rohingya.    

Ternyata, beliau silap!

Menurut Hajee, walaupun Suu Kyi sudah berkuasa di Myanmar, beliau tidak nampak kaum Rohingya akan menikmati masa depan yang lebih cerah dan oleh itu, mereka amat kecewa serta merayu bantuan segera daripada dunia untuk membela nasib mereka.

Lawatan rasmi Amay Suu ke Thailand dari 23 hingga 25 Jun lalu adalah yang pertama baginya selepas dilantik sebagai Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar.

Dalam rangka lawatan itu, beliau mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-o-cha mengenai isu kepentingan bersama kedua-dua negara.

Bagaimanapun, seperti diduga, isu mengenai nasib Rohingya tidak pernah dibincangkan kerana kedua-dua pemimpin itu memberi tumpuan terhadap usaha untuk menyelesaikan isu pekerja Myanmar di Thailand.

Suu Kyi menimbulkan kekecohan baru-baru ini kerana mengelak menggunakan istilah 'Rohingya' tetapi merujuk kepada kumpulan etnik itu sebagai 'Bengali' dengan alasan penggunaan istilah emotif itu akan menyulitkan usaha mencari penyelesaian bagi masalah berkenaan.

Seorang lagi aktivis Rohingya di Thailand, Maung Kyaw Nu, daripada Persatuan Rohingya Burma di Thailand, juga amat berharap Suu Kyi dapat menamatkan penderitaan yang ditanggung kumpulan minoriti itu sejak berpuluh tahun lepas, namun harapannya juga hancur berkecai.

Beliau menyifatkan keengganan Suu Kyi untuk mengaku kewujudan Rohingya di Myanmar sama seperti 'membuang' anaknya sendiri.

"Orang di Myanmar, termasuk Rohingya, memanggilnya Amay Suu (Ibu Suu) kerana kami menganggap beliau sebagai emak sendiri, tetapi apa yang dilakukannya terhadap kami (Rohingya) adalah umpama 'membuang' anaknya sendiri (dari rumah).

"Beliau tidak mahukan kami (Rohingya)," kata Kyaw Nu.

Sementara itu, bagi Nur Muhammad, yang meninggalkan kampung halamannya di Negeri Arakan, Myanmar, 20 tahun lepas untuk mengadu nasib di Thailand serta untuk mengelak daripada menjadi mangsa kezaliman berkata, segala cerita duka yang ada sekarang tidak melunturkan harapannya untuk menikmati masa depan lebih cerah.

"Kami tidak akan berputus asa," katanya sambil memegang gambarnya bersama-sama sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar di Bangkok yang menuntut pembebasan Suu Kyi daripada dikenakan tahanan rumah oleh rejim tentera beberapa tahun lalu.

Tahun lepas, satu lagi pusingan gerakan kezaliman berlaku di Arakan yang memaksa beribu-ribu masyarakat Rohingya melarikan diri dengan bot ke negara jiran, termasuk Malaysia dan Indonesia hingga mencetuskan krisis kemanusiaan serantau.

Sementara itu, Gabungan bagi Memperjuangkan Hak Pelarian dan Orang Tidak Bernegara (CRSP), yang berpejabat di Thailand, menggesa kerajaan Myanmar menyemak semula Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982, kata Setiausahanya Siwawong Suktavee.

Langkah itu, kata beliau, perlu diambil untuk menangani masalah orang Rohingya yang tidak bernegara dan mengembalikan kewarganegaraan kumpulan etnik itu yang sebelum ini diberi kewarganegaraan Myanmar. - Bernama

Perusuh Buddha bakar masjid di Myanmar

03 Julai 2016 2:41 PM

Yangon 2 Julai – Sekumpulan perusuh Buddha bertindak melampau apabila membakar sebuah masjid di sebuah kampung di utara Myanmar semalam, memaksa sebanyak 100 orang anggota polis berkawal di rumah ibadat tersebut.
Kejadian pada bulan Ramadan itu merupakan yang kedua berlaku dalam tempoh lebih seminggu di negara ini.
Insiden tersebut terjadi di Kampung Hpakant, di utara negeri Kachin.
“Masalah bermula apabila komuniti Buddha mendapat tahu masjid itu dibina berhampiran kuil mereka. Penduduk Islam melarang perobohan masjid itu,” kata pegawai polis, Moe Lwin.
Polis bagaimanapun berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perusuh-buddha-bakar-masjid-di-myanmar-1.349612#sthash.OIpnfp6a.dpuf