Wednesday 13 July 2016

Hanya pejuang sebenar layak terima Nobel Keamanan - Global - Sinar Harian

Suu Kyi



Hanya pejuang sebenar layak terima Nobel Keamanan - Global - Sinar Harian: "Suu Kyi





SHAH ALAM - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi sekali lagi dituntut agar anugerah Nobel Keamanan diterimanya sebelum ini ditarik balik.

Kali ini gesaan itu dibuat melalui sebuah petisyen yang dilancarkan secara atas talian,



 'Take Back Aung San Suu Kyis's Nobel Peace Prize' yang dimulakan beberapa bulan lalu.

Melalui petisyen itu, dibangkitkan soal kenyataan Suu Kyi yang kesal diwawancara seorang wartawan Muslim, Mishal Husain dari BBC Today pada 2013.



 Kenyataan itu jelas mengecewakan banyak pihak kerana ia keluar dari mulut seorang pejuang demokrasi yang juga penerima anugerah Nobel Keamanan.

“Sebagai pejuang demokrasi, kenyataan bersifat rasis itu tidak wajar diucapkan kerana merosak nilai-nilai demokrasi yang menghormati perbezaan kepercayaan.



 “Anugerah Nobel Keamanan adalah penghargaan tertinggi diberikan khusus untuk orang yang memberikan seluruh usaha terbaik demi persaudaraan. Nilai-nilai perdamaian ini harus tetap dijaga para penerima anugerah Nobel Keamanan termasuk Suu Kyi hingga akhir hayatnya,” antara kenyataan dalam petisyen itu.



 Petisyen itu turut menyifatkan jika penerimanya tidak dapat menjaga keamanan, selayaknya penghargaan itu ditarik kembali oleh pihak Nobel.

“Kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Nobel Keamanan,



 Kaci Kullman Five menarik balik penghargaan yang diberikan kepada Suu Kyi.

“Hanya mereka yang serius dalam mengekalkan keamanan kepada dunia layak diberikan penghargaan itu,” katanya.

Sebelum ini, Suu Kyi menjadi sasaran kemarahan orang ramai gara-gara gagal menangani ketidakadilan yang menimpa masyarakat Rohingya di negara itu.



 Malah beliau dilaporkan enggan menggunakan istilah Rohingya untuk kaum minoriti itu.

Petisyen yang mensasarkan 75,000 tandatangan dari seluruh dunia itu berjaya mengumpul 72,991 sokongan dan mencari kira-kira 2,000 sokongan lagi untuk mencapai sasarannya sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Nobel Norway 2016."



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment