Wednesday, 13 July 2016

Rohingya diseksa, di mana pemimpin Asean? - Global - Sinar Harian

Rohingya diseksa, di mana pemimpin Asean? - Global - Sinar Harian:

Rohingya

"Gambar hiasan



SHAH ALAM – Pemuda Pas menegaskan sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini termasuk kerajaan memberi tekanan diplomasi kepada Myanmar susulan keganasan terhadap masyarakat Muslim Rohingya yang masih berlaku di negara itu.



 Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, jenayah kemanusiaan itu malangnya berlaku pada era moden dalam wilayah Asean.

“Di mana maruah pemimpin-pemimpin Asean saat sekelompok penduduk di dalam wilayahnya menerima penyeksaan demi penyeksaan selama puluhan tahun?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



 Katanya, keganasan yang berlaku sejak puluhan tahun itu tidak pula digelar ekstremis mahupun pengganas.

“Hanya sekadar ‘ultra-nasionalis’ sepertimana kebanyakan gelaran yang diberikan media antarabangsa.



 “Setelah penderitaan panjang yang dihadapi masyarakat Muslim Rohingya, pendirian Myanmar tidak kelihatan begitu tegas untuk menanganinya. Pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi gagal berfungsi seperti yang diharapkan,” katanya.



 Sehubungan itu, pihaknya menggesa seluruh rakyat dan NGO untuk sama-sama bersolidariti bagi menyatakan sokongan moral terhadap masyarakat Rohingya di samping memberikan signal yang jelas kepada Putrajaya mahupun Kedutaan Myanmar sendiri supaya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.



 Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan kumpulan yang menggelar diri mereka Nasionalis Myanmar mengadakan bantahan minggu lalu untuk mendesak kerajaan menggunakan istilah 'Benggali'  merujuk kepada masyakat Rohingya.



 Penunjuk perasaan berarak kira-kira lima minit dari monumen bersejarah Pagoda Shwedagon sebelum dihalang anggota keselamatan.

Namun, Suu Kyi dilaporkan sebelum ini menolak menggunakan istilah Rohingya atau Benggali, sebaliknya merujuk golongan minoriti tersebut sebagai orang Islam yang tinggal di Rakhine."



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment