Friday 31 October 2014

Myanmar timbang pinda perlembagaan benarkan Suu Kyi bertanding

Presiden Myanmar, Thein Sein (kiri) bersalaman dengan pemimpin pembangkang,
Aung San Suu Kyi sebelum pertemuan yang diadakan di pejabat
 presiden di Naypyidaw hari ini. - Foto AFP
NAYPYITAW: Parlimen Myanmar akan menimbang untuk meminda perlembagaan yang kini menghalang pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi daripada menjadi Presiden, menjelang pilihan raya tahun depan, kata pegawai hari ini.
"Mereka bersetuju membincang isu pindaan perlembagaan itu di Parlimen berdasarkan undang-undang," kata jurucakap Pejabat Presiden, Ye Htut selepas Presiden Thein Sein mengadakan pertemuan yang julung kali diadakan dengan pemimpin atasan tentera dan pesaing politiknya, termasuk Suu Kyi.
Perlembagaan Myanmar sekarang menghalang mana-mana pemimpin politik yang mempunyai pasangan hidup warga asing daripada bertanding dalam pilihan raya di negara itu.
Suu Kyi berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat (AS), Michael Aris, yang meninggal dunia pada 1999 selepas menghidapi kanser prostat.
Pemerhati politik menyifatkan pertemuan itu hari ini sebagai satu usaha pemerintah untuk menunjukkan kepada pemimpin dunia, termasuk Presiden AS, Barack Obama yang akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) itu bahawa dialog politik diadakan secara berterusan. - AP

Obama hubungi Thein Sein, Suu Kyi menerusi telefon

Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi. - Foto EPA
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membincang lawatannya ke Myanmar dengan dua pemimpin politik negara berkenaan semalam.
Jurucakap Rumah Putih berkata, Obama mengadakan dua perbualan telefon secara berasingan dengan Presiden Thein Sein dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi.
Dalam perbualan dengan Thein Sein, Obama menekankan betapa pentingnya beliau mengambil langkah bagi meredakan ketegangan dan mengambil perhatian soal kemanusiaan di kawasan bergolak Rakhine, kawasan di mana terdapat ramai penduduk Muslim Rohingya.
Beliau juga menegaskan kepada pemimpin Myanmar itu mengenai proses wibawa dan inklusif dalam usaha mengadakan pilihan raya tahun depan.
Obama juga membincang soal pilihan raya itu dengan Suu Kyi dan status mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang sedang dijalankan di Burma.
Obama akan melawat Burma bulan depan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi. - AP

Wednesday 29 October 2014

Wartawan dibunuh tentera pernah jadi pengawal peribadi Suu Kyi


Than Dar, isteri wartawan yang dibunuh, Par Gyi, menunjukkan gambar beliau, suaminya dan anak perempuan mereka bergambar dengan Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon semalam. - Foto REUTERS
RABU, 29 OKTOBER 2014 @ 9:46 AM

YANGON: Seorang wartawan Myanmar yang terbunuh dalam tahanan tentera bulan ini pernah bergiat sebagai aktivis demokrasi dan bekas pengawal peribadi pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi.
Than dar, isteri kepada wartawan yang terbunuh itu, Par Gyi, berkata dalam satu temu ramah bahawa beliau bercadang untuk mengadakan kempen di peringkat nasional untuk mencari punca kematian suaminya.
Satu gambar di dinding rumah papan dua tingkatnya menunjukkan Par Gyi tersenyum ketika bergambar dengan beliau dan anak perempuan mereka bersama Suu Kyi.
Keluarganya juga semalam menerima surat takziah daripada Suu Kyi.
Par Gyi ditahan pada 30 September lalu selepas selesai tugas merakam gambar mengenai pertempuran di antara tentera kerajaan dan 'Democratic Karen Benevolent Army' dan terbunuh pada 4 Oktober lalu, kata Persatuan Bantuan Tahanan Politik yang berpusat di Myanmar (AAPP).
AAPP mempertikaikan kenyataan pihak tentera yang menyatakan Par Gyi ditembak ketika dia cuba mencuri sepucuk pistol daripada seorang askar dan melarikan diri.
Than Dar berkata beliau mengesyaki suaminya mati akibat didera, menyebabkan pihak tentera mengebumikan mayatnya dengan secara rahsia.
Beliau meminta polis menggali semula mayat itu dan melakukan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. - REUTERS

7 perusuh Buddha dipenjara


Yangoon: Tujuh orang dipenjarakan semalam selepas didapati bersalah membunuh 10 penumpang bas beragama Islam hingga mencetuskan kekacauan agama di Rakhine, dua tahun lalu.
Ketujuh-tujuh mereka dipenjara tujuh tahun setiap seorang oleh mahkamah di Tahandwe.
Dalam kejadian itu, penumpang terbabit diheret keluar dari kenderaan itu dan dibunuh oleh perusuh, kata seorang pegawai pejabat pentadbiran bandar berkenaan.
“Saya tidak tahu sama ada mereka Buddha atau tidak. Yang pasti, mereka yang melakukan jenayah itu,” kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.
Ketujuh-tujuh lelaki itu adalah penduduk Taungote yang kebanyakannya penganut Buddha.
Kejadian pada 3 Jun 2012 itu mencetuskan keganasan yang menyebabkan 200 orang terbunuh dan 140,000 hilang tempat tinggal. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4879#sthash.5JBSJ3vQ.dpuf

Monday 27 October 2014

8,000 Rohingya larikan diri


Yangon: Seorang pakar mengenai Muslim Rohingya berkata, tekanan dikenakan ke atas masyarakat itu memaksa mereka berpindah beramai-ramai.
Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa berkata, 8,000 etnik Rohingya melarikan diri dengan bot dalam masa kurang dua minggu lalu.
Purata 9,000 orang sehari bersesak-sesak menaiki kapal kargo yang berlabuh di pantai negeri Rakhine sejak 15 Oktober lalu.
Seramai 1.3 juta etnik Rohingnya tidak diberi kerakyatan dan tidak mempunyai sebarang hak.

Serangan sami Buddha menyebabkan beratus-ratus etnik Rohingya mati dan 140,000 terperangkap di dalam kem.
Kempen agresif dilancarkan pihak berkuasa untuk mengkategorikan mereka secara rasmi sebagai Benggali-menandakan mereka pendatang haram dari Bangladesh - merumitkan lagi keadaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:00 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4207#sthash.WVswCmxE.dpuf

Sunday 26 October 2014

Tujuh lelaki dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh



26 Oktober 2014 2:43 AM
YANGON 26 Okt. - Sebuah mahkamah Myanmar semalam menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun terhadap tujuh lelaki kerana kesalahan membunuh 10 penumpang bas dalam satu serangan bas penumpang pada tahun 2012.
Serangan tersebut merupakan serangan balas dendam kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja yang didakwa dilakukan oleh seorang lelaki.
Dalam kejadian pada Jun 2012, kira-kira 300 lelaki menahan sebuah bas yang dinaiki sekumpulan penduduk sebelum mengheret 10 daripada penumpang dan memukul mereka sehingga mati sebelum membakar bas tersebut di Taunggup, Rakhine. - DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tujuh-lelaki-dijatuhi-hukuman-penjara-kerana-membunuh-1.16794#sthash.GNB2G2hP.dpuf

Saturday 25 October 2014

Mengapa Myanmar terus menindas orang Islam Rohingya?

Rohingya
Seorang wanita Rohingya pelarian memegang bayi yang baru lahir dikelilingi oleh kanak-kanak di sebuah kem untuk orang-orang Rohingya di Sittwe, Myanmar. (Gemunu Amarasinghe / AP)
Myanmar menganggap Rohingya sebagai pendatang dari Bangladesh dan Bengal Barat, meskipun sebagian besar tidak baru-baru ini tiba. Mereka adalah keturunan dari keluarga yang tinggal di Myanmar dengan baik sebelum ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Sesetengah ahli sejarah percaya ada Rohingya yang asli ke negara Rhakine, tetapi kebanyakan Rohingya asalnya berhijrah dari wilayah Bengal dalam ke-19 dan ke-20.Walau apa pun, mereka tidak adalah orang asing dan tidak boleh diperlakukan seperti itu.
Myanmar Banci
Pembanci Myanmar Banci berjalan bersama-sama dengan pegawai-pegawai polis untuk mengumpul maklumat di kem Dar Paing untuk pelarian Islam di utara Sittwe, Myanmar. (Khin Maung Win / AP)
Rancangan sesat kerajaan baru akan memerlukan semua Rohingya untuk menyatakan diri Bengali (yang mereka berkata mereka tidak) dan kemudian cuba untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk kewarganegaraan melalui piawaian undang-undang tahun 1982. Mereka yang gagal memenuhi standard yang akan dimasukkan ke dalam apa Myanmar sebagai "zon penempatan semula." Mereka yang menolak untuk pergi melalui proses yang akan ditugaskan ke sebuah kamp pengungsian.
kewarganegaraan, itu adalah jalan menuju penahanan tanpa batas waktu. Myanmar harus memo itu dan merombak undang-undang kewarganegaraan untuk mengenali akar sejarah orang Rohingya di negara ini.



Saturday 18 October 2014

Bekas menteri Myanmar dipenjara


18 Oktober 2014

YANGON - MYANMAR . Bekas menteri keagamaan Myanmar dijatuhi hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan menggunakan dana negeri untuk membina sebuah pagoda di atas nama keluarganya dan hasutan.

Menurut laporan media tempatan, tuduhan hasutan itu dikaitkan berhubung penentangannya terhadap sebuah serbuan polis di sebuah biara pada Jun lalu.

19 Jun lalu, Hsan Sint dibuang dari jawatannya kerana didakwa mengambil sekitar AS$10,000 (RM33,000) untuk membayar pagoda tersebut yang dibina di Naypyidaw dalam bulan ini, dipetik dari laporan dpa.

Thursday 16 October 2014

SELAMATKAN ROHINGYA




Bayangkan betapa hancurnya perasaan seorang ayah di Rohingya ini. Anaknya sedang sakit keras dan perlukan  pertolongan medis, namun ia tak dapat membawa buah hatinya berubat karena minimnya ubat ubatan dan peralatan medis di Rohingya. Dan akhirnya ia harus melihat buah hatinya kembali kepada Allah SWT dipangkuannya.

Sahabat sekalian, saat ini suku rohingya banyak yang tinggal di pengungsian. Namun tempat tinggal mereka tidak layak kesehatannya. Sehingga cerita diatas adalah salah satu contoh akibatnya.

Inginkah Anda membantu mereka?

Mayat lelaki Myanmar ditemui dengan kesan tikaman

SEORANG lelaki warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tikaman di badan serta tetakan dan kelar di leher dalan kejadian hadapan sebuah kedai di Taman Impian Ria Machang Bubok, Bukit Mertajam - Foto NSTP
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan kelar dan tikaman di badan di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata mayat Htoo Aung, 30, ditemui oleh orang awam pada jam 12.45 tengah malam.

"Mayat lelaki itu ditemui di kaki lima kawasan deretan kedai tiga tingkat dalam keadaan tertiarap. Pemeriksaan polis mendapati kesan tikaman di dada, rusuk kiri, perut dan bahu serta kelar di leher.

"Mangsa dipercayai baru pulang bekerja berdasarkan pakaian dipakainya iaitu seluar jeans, T-shirt biru dan kasut 'safety boot'. Kami turut menemui dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit lelaki itu dalam poket seluarnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, dekat sini itu dipukul sekumpulan rakyat asing berpunca perselisihan faham antara mereka.

Rusli berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Wednesday 15 October 2014

4 maut dalam letupan


Yangon: Empat orang awam termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila bom mortar meletup di sebuah jalan sesak di timur Myanmar, semalam. .

Menurut sumber semalam, kejadian berlaku di Karen, berhampiran sempadan Thai, yang dilaporkan berlaku pertelingkahan sejak beberapa minggu lalu antara anggota tentera dengan kumpulan pemberontak terdiri daripada golongan etnik Karen.

Usaha mengadakan perbincangan bertujuan mencapai gencatan senjata antara semua pihak menemui jalan buntu bulan lalu seterusnya secara tidak langsung membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai keamanan di wilayah berkenaan menjelang pilihan raya tahun depan.

Seorang anggota polis yang enggan dinamakan berkata, sebuah 'senjata berat' meletup di jalan raya antara bandar Kawkareik dan Myawaddy.

"Tiga lelaki dan seorang budak berusia 12 tahun terbunuh manakala dua wanita dan lapan lelaki lain termasuk seorang paderi dari biara berhampiran turut cedera," katanya.

Seorang pegawai hospital tempatan mengesahkan jumlah kematian.

Menurut saksi, bom mortar itu meletup berhampiran sekumpulan orang ramai yang meninggalkan kenderaan masing-masing selepas laluan itu dihalang lori yang rosak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1440#sthash.SmXf8wBM.dpuf

Sunday 12 October 2014

Empat orang awam maut dalam letupan bom di Myanmar

AHAD, 12 OKTOBER 2014 @ 4:19 PM

 
YANGON: Empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam letupan bom di kawasan sesak di timur Myanmar.

Kejadian berlaku semalam di negeri Karen berhampiran sempadan Thai, yang menyaksikan pertempuran sejak beberapa minggu lalu di antara tentera dan kumpulan serpihan pemberontak mewakili penduduk minoriti Karen.

"Satu letupan berlaku di jalan raya yang terletak antara bandar Kawkareik dan Myawaddy pagi semalam.

"Tiga lelaki dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun terbunuh. Dua lagi mangsa wanita dan lapan lelaki mengalami kecederaan," kata seorang pegawai polis.



Setakat ini pihak polis belum mengetahui siapa yang meletupkan bom berkenaan.

Menurut saksi, sebutir bom meletup ketika sekumpulan penumpang kereta meninggalkan kenderaan mereka apabila ia dihalang oleh lori rosak di jalan raya berkenaan.

Penduduk tempatan berkata serangan itu mungkin ada kaitan dengan pertempuran terbaru di antara tentera dengan pemberontak daripada Persatuan DemokratikKaren Budhhist (DKBA), iaitu kumpulan serpihan Kesatuan Kebangsaan Karen. - AFP

Saturday 11 October 2014

rohinya tersiksa

Etnik Rohingya diacu pistol enggan daftar sebagai Benggali


Gambar tidak bertarikh merakamkan beberapa orang anggota polis Myanmar mengawal sekumpulan etnik Rohingya semasa konflik agama di Rakhine. - AGENSI
YANGON 10 Okt. - Pihak berkuasa Myanmar dilaporkan memukul dan menahan etnik Islam Rohingya yang enggan memberi kerjasama dengan pegawai imigresen untuk mendaftarkan mereka sebagai etnik Benggali sebagai syarat mendapatkan taraf kerakyatan.
Laporan Associated Press yang memetik kenyataan saksi berkata, pihak berkuasa turut menyerbu perkampungan Rohingya yang dilabelkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai minoriti paling teruk ditindas di dunia, untuk memaksa mereka mengaku sebagai pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh.
Seorang penduduk, Khin Maung Win berkata, pusat pemeriksaan polis juga telah dibina di luar kampungnya di Kyee Kan Pyin sejak pertengahan bulan lalu untuk melarang penduduk kampung itu, terutamanya etnik Rohingya membeli makanan di pasar tempatan atau menghantar anak ke sekolah.
"Jika kami tidak mempunyai surat atau dokumen yang menunjukkan kami terlibat dalam pendaftaran sebagai etnik Benggali, kami tidak boleh meninggalkan kampung ini," katanya.
Di beberapa kampung Rohingya, nama individu yang berpengaruh dipaparkan pada papan kenyataan bagi memujuk penduduk kampung lain mengambil bahagian dalam proses pendaftaran itu atau mereka bakal dipenjarakan selama dua tahun jika enggan bekerjasama.
Malah beberapa saksi mendakwa pegawai kerajaan memaksa etnik Rohingya menandatangani dokumen pendaftaran selepas diacukan pistol atau diugut akan dihantar ke kem tahanan jika mereka enggan berbuat demikian.
"Ada sejumlah penduduk kampung (Rohingya) juga ditendang dan dipukul menggunakan belantan sebelum ditahan kerana enggan terlibat dalam proses pendaftaran itu," kata sumber itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141011/lu_03/Etnik-Rohingya-diacu-pistol-enggan-daftar-sebagai-Benggali#ixzz3FmgcD2k3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 9 October 2014

Anggota penyelamat Myanmar cari juruterbang helikopter yang hilang

FOTO bertarikh 28 September 2014 menunjukkan helikopter Eurocopter EC-130 milik Advance Aviation Thailand berlepas dari Lapangan Terbang Putao, Kachin, Myanmar pada 27 September lalu sebelum terputus hubungan ketika menjalankan misi menyelamat. - Foto EPA
BANGKOK: Anggota penyelamat sedang mencari juruterbang helikopter yang cedera di kawasan terpencil di utara Myanmar selepas menemui dua anggota kru yang masih hidup.
Pasukan penyelamat berkata semua tiga lelaki dijumpai 10 hari selepas helikopter mereka hilang perhubungan ketika menjalankan misi untuk menyelamatkan dua pendaki Myanmar yang hilang di Kachin, Himalaya.
Salah seorang daripada anggota kru helikopter terbabit dijumpai di kawasan perkampungan terpencil semalam dan dia kemudian membawa anggota penyelamat untuk mencari juruterbang Thai yang cedera itu.
Menurut pegawai syarikat helikopter berkenaan, usaha juga dilakukan bagi mencari seorang lagi juruterbang Myanmar yang turut berada dalam penerbangan itu.
"Semalam kami jumpa seorang penumpang yang memberi kami lokasi dua lagi mangsa yang terselamat tetapi cedera sedikit dan tidak boleh berjalan," kata Punyisa Chausong, Pengurus Jualan Advance Aviation Thailand.
"Pagi ini, pasukan penyelamat menemui kapten Thai itu tapi belum temui kapten Myanmar terbabit.
"Adalah tidak jelas sama ada helikopter itu terhempas," katanya.
Sementara itu usaha untuk menyelamatkan dua pendaki dihentikan Sabtu lalu berikutan penurunan salji tebal. - AFP

Cara terbaru Myanmar usir etnik Rohingya

Foto
POLIS Myanmar mengawal penempatan Rohingya ketika bancian dilakukan.

Yangon: Pihak berkuasa Myanmar menutup beberapa perkampungan selama beberapa bulan di daerah yang majoriti penduduknya penganut Islam.Malah, ada juga penduduk ditahan atau dipukul kerana enggan mendaftarkan diri dengan pegawai imigresen.Perbuatan itu dilihat tindakan agresif kerajaan Myanmar untuk memaksa golongan Rohingya dikenal pasti sebagai pendatang dari Bangladesh.Pegawai imigresen, pengawal sempadan dan anggota pasukan khas di wilayah utara Rakhine yang menempatkan 1.3 juta penduduk Rohingya mendakwa mereka sekadar mengemas kini senarai keluarga, sama seperti tahun-tahun terdahulu.Namun tahun ini, selain soalan mengenai perkahwinan, kematian dan kelahiran, mereka turut menyertakan ruangan mengenai keturunan etnik.Pihak berkuasa Myanmar tidak mengiktiraf kewujudan Rohingya di negara itu, sebaliknya mendakwa golongan terbabit sebenarnya berbangsa Benggali.Penduduk mendakwa, mereka yang enggan bekerjasama dalam bancian itu menerima padah.Seorang penduduk, Khin Maung Win berkata, penduduk kini terperangkap.“Pihak berkuasa mewujudkan tempat pemeriksaan di luar kampung saya, Kyee Kan Pyin, sekitar pertengahan bulan lalu.“Kami dilarang keluar, walaupun untuk membeli makanan di pasar berhampiran, mengerjakan sawah atau membawa anak ke sekolah.“Jika kami tiada dokumen yang membuktikan kami bekerjasama - iaitu dokumen yang menunjukkan kami Benggali - kami tidak dibenarkan keluar,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Wednesday 8 October 2014

Pengedar dadah warga Myanmar maut ditetak


TASEK GELUGOR 7 Okt. - Seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai pengedar dadah kepada rakan senegaranya di kawasan Pokok Machang, maut setelah ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki, malam tadi, dipercayai akibat hutang dadah.
Dalam kejadian di sebuah kawasan ladang sawit di Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, pukul 10 tengah malam, mangsa, K. Arichandaran, 34, mati di tempat kejadian dengan kesan kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan kirinya hampir putus.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.50 tengah malam daripada seorang lelaki warga Myanmar yang memaklumkan rakannya telah diserang sekumpulan lelaki.
"Berdasarkan keterangan rakannya yang dikenali sebagai Janggu atau Raja itu, mangsa dalam perjalanan ke rumah rakannya dengan menunggang motosikal sebelum muncul sekumpulan lelaki lalu menyerangnya.
"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca kerana dendam ekoran mangsa gagal membayar hutang kepada beberapa kumpulan pengedar dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, pihaknya turut mendapati mangsa mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan pernah ditahan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, setakat ini polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa rakan mangsa dan usaha mengesan kesemua suspek yang terbabit dalam kejadian itu sedang dijalankan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141008/je_04/Pengedar-dadah-warga-Myanmar-maut-ditetak#ixzz3FVEDHWws
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Yangon bebas 3,000 tahanan


YANGON 7 Okt. - Myanmar dilaporkan mula membebaskan kira-kira 3,000 banduan termasuk seorang tahanan politik dan bekas tokoh risikan tentera negara itu atas dasar 'kemanusiaan', dalam satu pengampunan secara besar-besaran, hari ini.
Menurut status Facebook yang dimuat naik oleh Menteri Penerangan Myanmar, Ye Htut, Presiden negara itu, Thein Sein mengampunkan sekurang-kurangnya 3,073 orang banduan termasuk 58 warga asing, sambil memetik ia dibuat atas alasan 'kestabilan negara itu, kedaulatan undang-undang' dan 'kemanusiaan'.
Wakil daripada Kumpulan Sokongan Bekas Banduan Politik yang bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam rundingan membebaskan baki penentang kerajaan, Ye Aung berkata, seorang banduan yang ditahan atas faktor politik adalah antara yang dibebaskan.
"Kami hanya boleh mengesahkan pembebasan seorang daripada tahanan politik dari penjara Myitkyina. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di bawah Akta Bahan Letupan pada 2013.
"Membebaskan banduan adalah baik. Kami menyambut baik langkah itu. Namun, kami mahu kerajaan membebaskan lebih banyak lagi (tahanan). Secara politiknya, ia tidak bermakna tanpa pembebasan lebih banyak tahanan politik,'' katanya, sambil menambah kata, masih terdapat 75 tahanan politik yang dipenjara.
Myanmar yang sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah mesyuarat pemimpin tempatan dan antarabangsa pada November ini telah melaksanakan beberapa siri pengampunan sebagai sebahagian usaha pembaharuan politik sejak berakhirnya era pentadbiran tentera pada 2011.
Sebelum usaha pembaharuan di Myanmar dilaksanakan, kumpulan hak asasi manusia menuduh kerajaan secara salah memenjarakan kira-kira 2,000 tahanan politik dengan kebanyakan mereka menurut aktivis dilakukan sebelum lawatan pemimpin-pemimpin antarabangsa ke negara ini.
Bagaimanapun menurut penggerak kempen pembebasan tahanan politik, berpuluh-puluh orang ditahan di bawah undang-undang baharu Myanmar dengan kebanyakan mereka ditahan kerana mengadakan demontrasi tanpa kebenaran, walaupun kerajaan mengumumkan tiada lagi tahanan politik pada Disember tahun lalu.
Wartawan turut tidak terkecuali menjadi 'mangsa' tahanan, manakala bekas tahanana politik kembali ditahan kerana meneruskan aktiviti mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141008/lu_06/Yangon-bebas-3000-tahanan#ixzz3FVBSuhF4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 7 October 2014

Presiden Myanmar mengampunkan tahanan politik

SELASA, 7 OKTOBER 2014 @ 4:33 PM

 
YANGON: Kumpulan Hak Asasi di Myanmar berkata presiden sudah mengampunkan berbelas-belas tahanan politik dan bekas perisik tentera sebagai sebahagian daripada janjinya untuk membebaskan mereka yang dipenjarakan atas jenayah politik menjelang penghujung tahun ini.

Jawatankuasa Rasmi Penelitian Tahanan Politik berkata pengampunan itu adalah sebahagian daripada langkah pembebasan kira-kira 3,000 penjenayah, kebanyakannya melakukan jenayah kecil.

Ahli jawatankuasa berkenaan, Ye Aung, berkata beliau percaya sekurang-kurangnya 13 tahanan politik dibebaskan dengan separuh daripadanya pegawai perisikan kanan tentera yang ditahan selepas penyingkiran Perdana Menteri Khin Nyunt pada 2004.

Thein Sein, bekas jeneral dipilih pada 2011 selepas lima dekad pemerintahan tentera, berjanji akan membebaskan semua pesalah politik menjelang penghujung tahun ini. - AP

Monday 6 October 2014

Isu Rohingya perlu diselesai dengan adil


NEW YORK 5 Okt. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta Myanmar supaya memastikan 'penyelesaian yang adil dan saksama' berhubung isu kewarganegaraan etnik Rohingya ketika kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mengkritik rancangan kerajaan menangani isu itu sebagai diskriminasi.
Ketika ditanya mengenai rancangan Myanmar yang dilapor memaksa etnik minoriti itu untuk mengakui diri mereka sebagai etnik Benggali atau berdepan tindakan tahanan, pengarah operasi Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA), John Ging berkata, rancangan tersebut akan dibincangkan.
"Kami dimaklumkan langkah itu menimbulkan rasa kurang yakin kepada mereka yang terlibat khasnya masyarakat Rohingya," katanya sebagaimana lapor Burma Times.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_10/Isu-Rohingya-perlu-diselesai-dengan-adil#ixzz3FJJW4mlV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 4 October 2014

Dua lelaki Myanmar mengaku bunuh pasangan Britain dengan cangkul



AGENSI - DUA suspek warga Myanmar semalam menunjukkan cara-cara mereka membunuh pasangan kekasih warga Britain di satu kawasan pantai di pulau Koh Tao, Thailand.


BANGKOK – Dua lelaki warga Myanmar mengaku merogol dan membunuh seorang wanita warga Britain dan kekasihnya dengan menggunakan cangkul dalam satu kejadian di pulau Koh Tao dekat sini, lapor akhbar MailOnline semalam.
Dua lelaki yang dikenali sebagai Win dan Saw ditahan pihak polis selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mereka sepadan dengan sampel yang dijumpai di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang jurucakap polis, Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata, dua individu itu akan ditahan secara rasmi tidak lama lagi.
Mayat pasangan tersebut, Hannah Witheridge, 23, dan kekasihnya, David Miller, 24, ditemui dalam keadaan separuh bogel di satu kawasan pantai di pulau berkenaan pada 15 September lalu.
Bedah siasat yang dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand menunjukkan Witheridge mati akibat cedera parah di kepala selepas dirogol manakala Miller mati selepas dipukul dan dilemaskan di laut.
Satu kamera yang dipasang di pulau itu menunjukkan tiga lelaki yang menunggang sebuah motosikal keluar dari pulau itu pada 14 September.
Bagaimanapun, hanya dua daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang suspek ketiga menafikan dia terlibat dalam jenayah itu.
Menurut akhbar Nation yang memetik kenyataan Win sebagai berkata, dia melihat pasangan itu melakukan hubungan seks menyebabkan dia merancang untuk merogol wanita berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3F7dcLMHW 
Hakcipta terpelihara 

Myanmar mahu tahan etnik Rohingya


YANGON 3 Okt. - Kumpulan hak asasi manusia, hari ini menyelar rancangan kerajaan Myanmar untuk menahan beribu-ribu penduduk minoriti Rohingya Islam yang tidak layak mendapat status kewarganegaraan.
Timbalan Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia dalam satu kenyataan berkata, Pelan Tindakan Negeri Rakhine itu dirangka bagi melucutkan harapan penduduk Rohingya dan memaksa mereka keluar dari Myanmar.
Dalam kenyataan lain, Doktor untuk Hak Asasi Manusia memaklumkan bahawa tindakan kerajaan Myanmar menahan penduduk Rohingya di kem tahanan merupakan satu jenayah kemanusiaan.
Menurut satu draf yang diterima Reuters, dalam pelan tindakan itu kerajaan mengusulkan supaya pihak berkuasa membangunkan kem sementara untuk menahan penduduk yang enggan mendaftar sebagai etnik Benggali dan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_07/Myanmar-mahu-tahan-etnik-Rohingya#ixzz3F7Ru9kcT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 3 October 2014

Dua warga Myanmar mengakui bunuh pasangan pelancong dari Britain

JUMAAT, 3 OKTOBER 2014 @ 10:29 AM
Pelancong tiba di Pulau Koh Tao di Thailand, tempat di mana dua warga Britain dibunuh pada 15 September lalu. - Foto REUTERS


BANGKOK: Polis Thai berkata dua lelaki dari Myanmar mengakui membunuh sepasang pelancong dari Britain di mana mayat mereka dijumpai di sebuah pulau peranginan bulan lalu.
"Dua suspek Myanmar mengakui melakukan pembunuhan kedua-dua mereka," kata Ketua Polis Nasional Somyot Poompanmoung.
Katanya, DNA mereka didapati sepadan dengan kesan yang diperoleh di tempat kejadian di Pulau Koh Tao di mana David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, dijumpai mati pada 15 September lalu.
Somyot berkata kedua-dua mereka yang membuat pengakuan itu adalah antara tiga warga Myanmar yang ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam jenayah berkenaan.
"Suspek ketiga berkata dia meninggalkan tempat kejadian sebelum pembunuhan itu berlaku," kata Somyot.
"Keputusan ujian DNA (daripada kedua-dua lelaki terbabit) mengesahkan DNA yang sama pada tubuh mayat mangsa (wanita)," katanya.
Tambahnya, polis sedang menanti mahkamah mengeluarkan waran bagi membolehkan kedua-dua mereka didakwa.
Sementara itu Ketua polis wilayah Kiattipong Khaosamang berkata tertuduh juga mengakui merogol Witheridge.
"Kedua-dua mereka merogol mangsa wanita terbabit," kata Kiattipong.
Beliau juga berkata kedua-dua mangsa dibunuh dengan kayu dan cangkul, yang dijumpai di tempat kejadian. - AFP
BH

Laman web berita Myanmar digodam


3 Oktober 2014


YANGON - MYANMAR . Sebuah portal berita popular di Myanmar digodam selepas mendakwa pelampau Buddha di negara tersebut sebagai radikal.

Penggodam melancarkan serangan siber ke atas The Irrawaddy kerana mendakwa portal berita berbahasa Inggeris itu menyokong penduduk minoriti Islam di negara tersebut.

Kumpulan yang bertanggungjawab melakukan penggodaman itu turut mendakwa portal berita berkenaan menyokong aktiviti jihad dan cuba menyerang mereka menggunakan kebebasan bersuara.

Editor The Irrawaddy, Aung Zaw menggambarkan serangan siber itu sebagai 'ganas' selain mendedahkan laman Facebook mereka turut dihujani emel berbaur ancaman.

"Saya percaya ada dalang di sebalik serangan siber ini. Amat jelas mereka adalah penjenayah," katanya, dipetik dari laporan AFP.

Warga Myanmar mengaku bunuh pelancong Britain


Bangkok: Seorang lelaki Myanmar mengaku membunuh dua pelancong Britain di Koh Tao baru-baru ini, kata polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Left Jen Jaktip Chaijinda berkata siasatan polis menunjukkan kejayaan apabila tiga lelaki warga Myanmar ditahan untuk membantu siasatan.


“Selepas DNA diambil dan penyelidikan sedang dibuat, seorang daripada mereka mengaku melakukan pembunuhan itu,” katanya.



Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui dengan kesan kecederaan parah pada kepala pada 15 September lalu.


Mereka datang melancong ke Koh Tao - sebuah pulau yang terkenal dengan kecantikan batu karang serta aktiviti menyelam.


Pulau itu juga didiami ramai pekerja warga asing dari Myanmar.

Sejak berita pembunuhan itu tersebar, polis Thailand menerima tekanan dari dalam dan luar negara untuk segera menyelesaikan kes berkenaan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Buddhis ekstrem 969 dan Bodu Bala Sena bersatu melawan Muslim



Dicatat oleh ustazcyber di 5:24:00 PG

Arrahmah.com – Kempen kontra “Islamisasi” tidak hanya terjadi di Eropah atau Amerika, di negara Asia seperti Myanmar dan Sri Lanka, kaum Buddha bersatu untuk menentang perpindahan ke agama Islam.

Seorang pendeta Buddha Myanmar dituding telah menghasut kekerasan terhadap Muslim dan sebuah kelompok Buddhis yang terkenal ekstrem di Sri Lanka mengatakan pada Selasa (30/9/2014) bahwa mereka akan bekerjasama untuk menghimpun kelompok Buddhis lainnya untuk menentang perpindahan ke agama Islam, demikian dilaporkan Reuters.

Ashin Wirathu, ketua kelompok Buddhis ekstrem 969 mengatakan bahwa kesepakatan dengan Bodu Bala Sena (BBS) Sri Lanka adalah langkah pertama aliansi besar melawan “Islamisasi” di wilayah mereka.

Kesepakatan itu tidak memberikan rincian terkait apa yang akan mereka rencanakan untuk mencegah apa yang mereka sebut sebagai resiko umat Buddha menjadi “korban” masuk Islam oleh “para ekstremis.”

“Kedua belah pihak baik Bodu Bala Sena maupun gerakan 969 merasakan bahwa mereka sekarang harus bergerak maju untuk mendapatkan cara-cara praktis dan bermakna untuk mengatasi isu-isu yang membakar ini yang tidak boleh dibiarkan bagi ahli politik untuk ditangani,” kata kesepakatan itu.

Dikatakan bahwa kedua kelompok tersebut akan bekerjasama untuk membangun jaringan di antara masyarakat Buddhis dan menyatukan sumber daya untuk berperang demi keyakinan mereka.

“Tujuannya adalah untuk membentuk kekuatan Buddhis internasional dengan cara kami memiliki kekuatan Buddhis secara nasional di negara ini,” kata Sekjen BBS Galagoda Aththe Gnanasara terkait pakta dengan gerakan Wirathu.

Dunia telah mengetahui bagaimana kekejaman yang dilakukan oleh kaum Buddhis terhadap umat Islam di Myanmar, khususnya di negara bahagian Arakan. Serupa dengn Myanmar, kekerasan terhadap Muslim di Sri Lanka telah meningkat sejak 2012, di mana umat Buddha menempati 70 persen dari 21 juta total penduduk.

Dengan adanya kesepakatan tersebut, diindikasi dapat memicu meningkatnya serangan-serangan anti-Muslim di kedua negara tersebut, sebagaimana yang telah terjadi sebelumnya yang telah menelan korban Muslim dalam jumlah yang sangat besar. Laa haulaa wa laa quwwata illa billah.

Wednesday 1 October 2014

Polis Tahan Lima Lelaki, Selamatkan 28 Warga Myanmar



Gambar hiasan.
Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 10:45 PM
NIBONG TEBAL: Polis menahan lima lelaki Myanmar yang dipercayai anggota sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan 28 orang warga negara yang sama selepas menyerbu sebuah rumah kedai di Sungai Bakap, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, polis menahan 33 orang warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun di bangunan dua tingkat berkenaan.

"Serbuan dengan kerjasama Polis SPS, Kontinjen Pulau Pinang dan Bukit Aman itu susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki yang juga warga Myanmar mendakwa kakak dan abang ipar serta anak mereka berusia empat tahun ditahan anggota sindiket berkenaan.

"Sindiket terbabit meminta wang daripada lelaki berusia 27 tahun itu jika mahu tiga anggota keluarganya itu dibebaskan dengan selamat dan kerana bimbang keselamatan mereka dia membuat laporan polis," katanya.

Katanya semasa serbuan lima lelaki dipercayai anggota sindiket pemerdagangan orang yang berusia 26 hingga 48 tahun itu berada di dalam premis tersebut bagi mengawasi pergerakan yang lain.

Wan Hassan berkata 28 orang yang diselamatkan itu dalam keadaan lemah setelah tidak diberi makanan.

"Berdasarkan maklumat awal, mereka (28 orang) telah masuk ke negara ini sejak dua minggu lepas dan dikurung di premis berkenaan sementara menunggu anggota keluarga atau majikan membayar wang," katanya.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi anggota sindiket pemerdagangan orang yang terlibat dalam kes berkenaan.
mstar