Thursday 9 October 2014

Cara terbaru Myanmar usir etnik Rohingya

Foto
POLIS Myanmar mengawal penempatan Rohingya ketika bancian dilakukan.

Yangon: Pihak berkuasa Myanmar menutup beberapa perkampungan selama beberapa bulan di daerah yang majoriti penduduknya penganut Islam.Malah, ada juga penduduk ditahan atau dipukul kerana enggan mendaftarkan diri dengan pegawai imigresen.Perbuatan itu dilihat tindakan agresif kerajaan Myanmar untuk memaksa golongan Rohingya dikenal pasti sebagai pendatang dari Bangladesh.Pegawai imigresen, pengawal sempadan dan anggota pasukan khas di wilayah utara Rakhine yang menempatkan 1.3 juta penduduk Rohingya mendakwa mereka sekadar mengemas kini senarai keluarga, sama seperti tahun-tahun terdahulu.Namun tahun ini, selain soalan mengenai perkahwinan, kematian dan kelahiran, mereka turut menyertakan ruangan mengenai keturunan etnik.Pihak berkuasa Myanmar tidak mengiktiraf kewujudan Rohingya di negara itu, sebaliknya mendakwa golongan terbabit sebenarnya berbangsa Benggali.Penduduk mendakwa, mereka yang enggan bekerjasama dalam bancian itu menerima padah.Seorang penduduk, Khin Maung Win berkata, penduduk kini terperangkap.“Pihak berkuasa mewujudkan tempat pemeriksaan di luar kampung saya, Kyee Kan Pyin, sekitar pertengahan bulan lalu.“Kami dilarang keluar, walaupun untuk membeli makanan di pasar berhampiran, mengerjakan sawah atau membawa anak ke sekolah.“Jika kami tiada dokumen yang membuktikan kami bekerjasama - iaitu dokumen yang menunjukkan kami Benggali - kami tidak dibenarkan keluar,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

No comments:

Post a Comment