Saturday 4 October 2014

Myanmar mahu tahan etnik Rohingya


YANGON 3 Okt. - Kumpulan hak asasi manusia, hari ini menyelar rancangan kerajaan Myanmar untuk menahan beribu-ribu penduduk minoriti Rohingya Islam yang tidak layak mendapat status kewarganegaraan.
Timbalan Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia dalam satu kenyataan berkata, Pelan Tindakan Negeri Rakhine itu dirangka bagi melucutkan harapan penduduk Rohingya dan memaksa mereka keluar dari Myanmar.
Dalam kenyataan lain, Doktor untuk Hak Asasi Manusia memaklumkan bahawa tindakan kerajaan Myanmar menahan penduduk Rohingya di kem tahanan merupakan satu jenayah kemanusiaan.
Menurut satu draf yang diterima Reuters, dalam pelan tindakan itu kerajaan mengusulkan supaya pihak berkuasa membangunkan kem sementara untuk menahan penduduk yang enggan mendaftar sebagai etnik Benggali dan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_07/Myanmar-mahu-tahan-etnik-Rohingya#ixzz3F7Ru9kcT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment