Friday 3 October 2014

Warga Myanmar mengaku bunuh pelancong Britain


Bangkok: Seorang lelaki Myanmar mengaku membunuh dua pelancong Britain di Koh Tao baru-baru ini, kata polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Left Jen Jaktip Chaijinda berkata siasatan polis menunjukkan kejayaan apabila tiga lelaki warga Myanmar ditahan untuk membantu siasatan.


“Selepas DNA diambil dan penyelidikan sedang dibuat, seorang daripada mereka mengaku melakukan pembunuhan itu,” katanya.



Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui dengan kesan kecederaan parah pada kepala pada 15 September lalu.


Mereka datang melancong ke Koh Tao - sebuah pulau yang terkenal dengan kecantikan batu karang serta aktiviti menyelam.


Pulau itu juga didiami ramai pekerja warga asing dari Myanmar.

Sejak berita pembunuhan itu tersebar, polis Thailand menerima tekanan dari dalam dan luar negara untuk segera menyelesaikan kes berkenaan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment