Tuesday 7 October 2014

Presiden Myanmar mengampunkan tahanan politik

SELASA, 7 OKTOBER 2014 @ 4:33 PM

 
YANGON: Kumpulan Hak Asasi di Myanmar berkata presiden sudah mengampunkan berbelas-belas tahanan politik dan bekas perisik tentera sebagai sebahagian daripada janjinya untuk membebaskan mereka yang dipenjarakan atas jenayah politik menjelang penghujung tahun ini.

Jawatankuasa Rasmi Penelitian Tahanan Politik berkata pengampunan itu adalah sebahagian daripada langkah pembebasan kira-kira 3,000 penjenayah, kebanyakannya melakukan jenayah kecil.

Ahli jawatankuasa berkenaan, Ye Aung, berkata beliau percaya sekurang-kurangnya 13 tahanan politik dibebaskan dengan separuh daripadanya pegawai perisikan kanan tentera yang ditahan selepas penyingkiran Perdana Menteri Khin Nyunt pada 2004.

Thein Sein, bekas jeneral dipilih pada 2011 selepas lima dekad pemerintahan tentera, berjanji akan membebaskan semua pesalah politik menjelang penghujung tahun ini. - AP

No comments:

Post a Comment