Wednesday 15 October 2014

4 maut dalam letupan


Yangon: Empat orang awam termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila bom mortar meletup di sebuah jalan sesak di timur Myanmar, semalam. .

Menurut sumber semalam, kejadian berlaku di Karen, berhampiran sempadan Thai, yang dilaporkan berlaku pertelingkahan sejak beberapa minggu lalu antara anggota tentera dengan kumpulan pemberontak terdiri daripada golongan etnik Karen.

Usaha mengadakan perbincangan bertujuan mencapai gencatan senjata antara semua pihak menemui jalan buntu bulan lalu seterusnya secara tidak langsung membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai keamanan di wilayah berkenaan menjelang pilihan raya tahun depan.

Seorang anggota polis yang enggan dinamakan berkata, sebuah 'senjata berat' meletup di jalan raya antara bandar Kawkareik dan Myawaddy.

"Tiga lelaki dan seorang budak berusia 12 tahun terbunuh manakala dua wanita dan lapan lelaki lain termasuk seorang paderi dari biara berhampiran turut cedera," katanya.

Seorang pegawai hospital tempatan mengesahkan jumlah kematian.

Menurut saksi, bom mortar itu meletup berhampiran sekumpulan orang ramai yang meninggalkan kenderaan masing-masing selepas laluan itu dihalang lori yang rosak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1440#sthash.SmXf8wBM.dpuf

No comments:

Post a Comment