Friday 31 October 2014

Myanmar timbang pinda perlembagaan benarkan Suu Kyi bertanding

Presiden Myanmar, Thein Sein (kiri) bersalaman dengan pemimpin pembangkang,
Aung San Suu Kyi sebelum pertemuan yang diadakan di pejabat
 presiden di Naypyidaw hari ini. - Foto AFP
NAYPYITAW: Parlimen Myanmar akan menimbang untuk meminda perlembagaan yang kini menghalang pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi daripada menjadi Presiden, menjelang pilihan raya tahun depan, kata pegawai hari ini.
"Mereka bersetuju membincang isu pindaan perlembagaan itu di Parlimen berdasarkan undang-undang," kata jurucakap Pejabat Presiden, Ye Htut selepas Presiden Thein Sein mengadakan pertemuan yang julung kali diadakan dengan pemimpin atasan tentera dan pesaing politiknya, termasuk Suu Kyi.
Perlembagaan Myanmar sekarang menghalang mana-mana pemimpin politik yang mempunyai pasangan hidup warga asing daripada bertanding dalam pilihan raya di negara itu.
Suu Kyi berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat (AS), Michael Aris, yang meninggal dunia pada 1999 selepas menghidapi kanser prostat.
Pemerhati politik menyifatkan pertemuan itu hari ini sebagai satu usaha pemerintah untuk menunjukkan kepada pemimpin dunia, termasuk Presiden AS, Barack Obama yang akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) itu bahawa dialog politik diadakan secara berterusan. - AP

No comments:

Post a Comment