Wednesday 29 October 2014

Wartawan dibunuh tentera pernah jadi pengawal peribadi Suu Kyi


Than Dar, isteri wartawan yang dibunuh, Par Gyi, menunjukkan gambar beliau, suaminya dan anak perempuan mereka bergambar dengan Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon semalam. - Foto REUTERS
RABU, 29 OKTOBER 2014 @ 9:46 AM

YANGON: Seorang wartawan Myanmar yang terbunuh dalam tahanan tentera bulan ini pernah bergiat sebagai aktivis demokrasi dan bekas pengawal peribadi pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi.
Than dar, isteri kepada wartawan yang terbunuh itu, Par Gyi, berkata dalam satu temu ramah bahawa beliau bercadang untuk mengadakan kempen di peringkat nasional untuk mencari punca kematian suaminya.
Satu gambar di dinding rumah papan dua tingkatnya menunjukkan Par Gyi tersenyum ketika bergambar dengan beliau dan anak perempuan mereka bersama Suu Kyi.
Keluarganya juga semalam menerima surat takziah daripada Suu Kyi.
Par Gyi ditahan pada 30 September lalu selepas selesai tugas merakam gambar mengenai pertempuran di antara tentera kerajaan dan 'Democratic Karen Benevolent Army' dan terbunuh pada 4 Oktober lalu, kata Persatuan Bantuan Tahanan Politik yang berpusat di Myanmar (AAPP).
AAPP mempertikaikan kenyataan pihak tentera yang menyatakan Par Gyi ditembak ketika dia cuba mencuri sepucuk pistol daripada seorang askar dan melarikan diri.
Than Dar berkata beliau mengesyaki suaminya mati akibat didera, menyebabkan pihak tentera mengebumikan mayatnya dengan secara rahsia.
Beliau meminta polis menggali semula mayat itu dan melakukan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. - REUTERS

No comments:

Post a Comment