Thursday 9 October 2014

Anggota penyelamat Myanmar cari juruterbang helikopter yang hilang

FOTO bertarikh 28 September 2014 menunjukkan helikopter Eurocopter EC-130 milik Advance Aviation Thailand berlepas dari Lapangan Terbang Putao, Kachin, Myanmar pada 27 September lalu sebelum terputus hubungan ketika menjalankan misi menyelamat. - Foto EPA
BANGKOK: Anggota penyelamat sedang mencari juruterbang helikopter yang cedera di kawasan terpencil di utara Myanmar selepas menemui dua anggota kru yang masih hidup.
Pasukan penyelamat berkata semua tiga lelaki dijumpai 10 hari selepas helikopter mereka hilang perhubungan ketika menjalankan misi untuk menyelamatkan dua pendaki Myanmar yang hilang di Kachin, Himalaya.
Salah seorang daripada anggota kru helikopter terbabit dijumpai di kawasan perkampungan terpencil semalam dan dia kemudian membawa anggota penyelamat untuk mencari juruterbang Thai yang cedera itu.
Menurut pegawai syarikat helikopter berkenaan, usaha juga dilakukan bagi mencari seorang lagi juruterbang Myanmar yang turut berada dalam penerbangan itu.
"Semalam kami jumpa seorang penumpang yang memberi kami lokasi dua lagi mangsa yang terselamat tetapi cedera sedikit dan tidak boleh berjalan," kata Punyisa Chausong, Pengurus Jualan Advance Aviation Thailand.
"Pagi ini, pasukan penyelamat menemui kapten Thai itu tapi belum temui kapten Myanmar terbabit.
"Adalah tidak jelas sama ada helikopter itu terhempas," katanya.
Sementara itu usaha untuk menyelamatkan dua pendaki dihentikan Sabtu lalu berikutan penurunan salji tebal. - AFP

No comments:

Post a Comment