Friday 31 October 2014

Obama hubungi Thein Sein, Suu Kyi menerusi telefon

Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi. - Foto EPA
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membincang lawatannya ke Myanmar dengan dua pemimpin politik negara berkenaan semalam.
Jurucakap Rumah Putih berkata, Obama mengadakan dua perbualan telefon secara berasingan dengan Presiden Thein Sein dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi.
Dalam perbualan dengan Thein Sein, Obama menekankan betapa pentingnya beliau mengambil langkah bagi meredakan ketegangan dan mengambil perhatian soal kemanusiaan di kawasan bergolak Rakhine, kawasan di mana terdapat ramai penduduk Muslim Rohingya.
Beliau juga menegaskan kepada pemimpin Myanmar itu mengenai proses wibawa dan inklusif dalam usaha mengadakan pilihan raya tahun depan.
Obama juga membincang soal pilihan raya itu dengan Suu Kyi dan status mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang sedang dijalankan di Burma.
Obama akan melawat Burma bulan depan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi. - AP

No comments:

Post a Comment