Friday 12 December 2014

46 warga Myanmar, Bangladesh dikurung di Sungai Petani

Sebahagian daripada 46 warga Myanmar dan Bangladesh yang ditemui dalam keadaan dikurung di sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. - Foto Omar Osman
SUNGAI PETANI: Seramai 46 warga Myanmar dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun ditemui polis pagi tadi dalam keadaan dikurung dalam sebuah rumah di Taman Sejati Indah, di sini.
Difahamkan, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berjaya menemui semua warga asing itu pada jam kira-kira 5 pagi tadi berikutan penahanan tiga lelaki termasuk seorang daripadanya warga tempatan yang disyaki mengurung mereka.
Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu pada mulanya dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis berhampiran sebuah hotel, di sini.
"Daripada penahanan lelaki tempatan berusia 40-an dan dua warga Bangladesh berusia 30-an itu, anggota polis dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan perumahan.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui senarai 46 warga Myanmar dan Bangladesh dikurung antara dua hari hingga sebulan di dalam rumah terbabit," katanya.
Sumber berkata, semua suspek dan warga asing berkenaan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment