Pembaharuan sistem kehakiman dilihat akan menjadikan mahkamah lebih berintegriti dan komited terhadap keadilan.
Pembaharuan sistem kehakiman dilihat akan menjadikan mahkamah lebih berintegriti dan komited terhadap keadilan.
YANGON - MYANMAR. Myanmar  mengumumkan rancangan untuk memperbaharui sistem kehakiman, selepas sistem lama diragui berikutan undang-undang sebelum ini adalah satu birokrasi berlebihan.

Menurut pelan tiga tahun baharu yang dimumkan Mahkamah Agung, mahkamah di seluruh negara akan dipermodenkan dan lebih komited terhadap kebebasan integriti dan kedaulatan undang-undang.

Dalam laporan itu, Ketua Hakim Mahkamah Agung Htun Htun Oo berkata, keamanan dan kemakmuran hanya boleh dicapai apabila prinsip keadilan, kebebasan dan kesaksamaan dipertingkatkan.

Menurut CNA, pelan hala tuju kehakiman 2015 hingga 2017 turut menggariskan keutamaan sistem mahkamah sebagai sebahagian daripada pembaharuan di bawah kerajaan awam yang berjaya membawa negara keluar daripada pengasingan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Laporan dari Suruhanjaya Perundangan Antarabangsa tahun lalu mendedahkan, sekatan kekal ke atas peguam dan rasuah sistematik terus menjejaskan setiap aspek kerjaya mereka.